Texas Chicken Lebih Berbaloi?

Salam hi korang!Pernah try Texas Chicken Malaysia?

Maybe ada sesetengah tempat takde Texas Chicken ni. Dekat sekitar KL ni pun, cawangannya tak berapa banyak macam KFC/Mcd.

Kebetulan, di Damansara PJ ada satu. So aku singgah!

Aku try terjah Texas kali ni sebab, lately ramai orang viral kalau makan di KFC ayam dorang dah kecik. Dan harga pulak agak mahal. huhu. Kekadang rasa jemu pun ada, asyik KFC jer.

So kali ni kita try, Texas Chicken pulak.

Ada yang kata sedap, betul ke?

So bila masuk Texas Chicken ni, tengok senarai menu dan harga agak teruja, sebab murah sikit berbanding KFC.

Untuk permulaan, aku hanya order set yang simple-simple jer takut tak sedap haha

Check it out!

1x Set Ayam Spicy + Free Honey Butter Biscuit RM5.50
1x Spicy Tex Supreme Combo Regular + Fries + Coke RM11.75

Total: RM17.25

Oder asing-asing sebab member aku haritu nak redeem point grab dia haha

FYI: Air dia boleh refill berapa kali pun takpa!

Set Burger dia,

Dengan harga RM11+ , ayam dalam burger dia besar dan puas hati

Set ayam dia,

Ayam dia besar dan juicy. Actualy dalam gambar kat atas ni, ayam dah kena makan separuh. Kalau tak memang besar dan puas makan. Cumanya, tak berapa pedas walaupun order yang spicy.

Tak pedas.

Bagi aku memang tak pedas langsung hahaa.

Overall sedap juga dan memang puas hati sebab ayam dia besar. Siap air tu, boleh refill-refill. Pilih je mana-mana rasa. Oren, Grape, Coke dsb. Kalau tak silap ada 5-6 jenis kot.

Cuma satu jela aku xberapa puas hati, tak pedas. Kalau yang memang tak makan pedas, bagusla makan ayam dekat Texas Chicken ni.

Kalau nak dibandingkan, ayam KFC spicy yang tak berapa spicy tu pun ada la juga rasa pedas dia. huhu

Kalau cakap bab pedas, menang lagilah ayam mcd. hahaha! Memang pedas 🙂

So, pada siapa yang belum try lagi, korang trylah. Banyak lagi menu-menu lain yang korang boleh refer dekat website dia.

Not bad.

Berbaloi? Ya, bagi aku berbaloi.

Jadi betul lah, Texas Chicken ni agak berbaloi dengan harga dan rasa.

Nextime boleh singgah lagi!

Adios,
ASTraveler2019

Giveaway Cash Blogger Malaysia

Dah lama tak join GA. Kali ni aku nak join, macam syiok!

Kalau korang nak join jugak, klik banner di bawah yer

GOOD LUCK!

Hello Blogger Malaysia!

Elih dengan kerjasama blogger Cik Akak nak berkongsi sedikit rezeki dalam Giveaway Cash Blogger Malaysia bermula pada 13 Febuari 2019 (Rabu) sehingga berakhir pada 27 Febuari 2019 (Rabu) jam11:59 malam.

Giveaway ini akan berlangsung selama 2 minggu sahaja, bloggers sekalian perlu cepat kalau tak nak terlepas peluang memenangi hadiah bertuah giveaway ini. “Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu”!

Syarat Penyertaan Giveaway & Hadiah Giveaway boleh semak di Blog Elih Japahar atau klik banner diatas.

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh www.elihjapahar.net [ Elih Japahar ] dengan kerjasama www.sweetyzhanieyz83.blogspot.com [ Cik Akak ]

** support giveaway ini ya, thanks!

Berapa Kos Sewa Heli Pasukan Penyelamat?

Assalam.

Baru-baru ni, aku pergi melawat cousin. Beliau terlibat dalam kemalangan sewaktu mendaki Gunung Batu Putih, Tapah Perak pada bulan lepas.

Baru semalam aku sempat melawat.

Kaki kirinya patah, sebab terjatuh dalam perjalanan turun dari gunung dan dia dibawa turun menggunakan heli pasukan penyelamat.

Dari pengalaman yang tak diduga, dia bercerita pada aku.

Salah satunya adalah, kos sewa heli jika bantuan datang untuk selamatkan mangsa yang tercedera di atas gunung.

Sebelum ni, aku ingatkan tiada dikenakan apa-apa bayaran jika pasukan penyelamat menyelamatkan mangsa mengguna heli. Rupanya ada bayaran dikenakan.

Sekali sewa, anggaran dalam RM6k- RM7k huhu

Naya kalau pergi mendaki under trip yang tak sah, dan ada benda yang tak diingini berlaku. Hangus duit macamtu je.

Nasib baik trip yang beliau sertai sah, dan ada VVIP yang boleh tolong setelkan masalah. Kalau tak, masak jugak nak membayar.

Jadi, ini peringatkan pada kita.

Jika nak join sesuatu trip, better trip yang kita nak pergi tu sah dan ada orang yang boleh kita harapkan dan bertanggungjawab jika berlaku sesuatu perkara yang tak di ingini.

Semoga cousin cepat sembuh dari kecederaan yang dialami!

Adios,

ASTraveller 2019

Doodle Planner 2019 Giveaway

Assalam.

Dah lama rasanya aku tak buat GA untuk geng-geng blogger. So harini aku nak buat GA yang antara hadiahnya adalah sebuah Doodle Planner yang berharga RM54.90

Mahal tau!

Tak terlambat lagi rasanya nak bagi korang planner ni kan?

Exclusive untuk korang yang rajin singgah baca blog, atau yang baru nak berblog kita eratkan silaturrahim antara sesama blogger

SYIOK!

Meh kita kasi close up sikit Doodle Planner yang aku nak hadiahkan ni

Cun tak?

Kalau cun, jom join.

Syarat dia mudah jer,

1) Like page Lubuk Buku Malaysia (Penaja Hadiah Utama)
2) Like page Aku Seorang Traveller
3) Follow blog ASTraveller
4) Follow FB Julia Tarmidi
5) Tag seorang rakan blogger, suruh dia join skali :p

6) Macam biasa, copy salah satu gambar planner diatas dan backlink post ni balik dekat entry korang yang bertajuk, Doodle Planner 2019 Giveaway

7) Dah siap, jangan lupa copy link entry korang kat ruangan komen.

Nanti aku update nama peserta ye 😀

Hadiah Utama

1x Doodle Planner
4x Hadiah Saguhati

GOOD LUCK!

Masa: 11 – 28 February 2019

Peserta

1) Mek Yuni
2) Syafiqa Hatta
3) Syadiya Khairul
4) Ombak Bergigi
5) Fatina
6) yeaslmn
7) iam.fuzi
8) Adda Comel
9) Sis Nana
10) mamapp
11) Shahida Dzulkafli
12) azlan
13) nadia md radzi
14) Hani Fadlina Abd Rahman
15) Sheila Adziz
16) Syah Banu
17) Mrs Pip
18) Balqis Saidi
19) Fatin Diana
20) Shikin Razali
21) Aina Shahrizal
22) Umie Balqis Batrisyia
23) ejulz
24) S.K
25) anisahafifah
26) Miss Mulan
27) Radhia Razali
28) Abam Kie
29) Musfirahzn
30) Aini
31) Cik Puan Rrai
32) Iza Fiza
33) Ika.S

TAMAT!

Keputusan GA iin akan saya umumkan hari isnin depan, bersamaan dengan 4 Mac 2019. Stay tuned!

Eddy Cowboy Style

Assalam,

Last weekend, aku singgah PD lepas setel job di Melaka.

Macam biasa, cadang nak lepak pantai. Tapi tersinggah makan di Eddy Cowboy Style.

Pernah singgah?

Restoran ni terletak di jalan nak ke Bukit Batu Putih / Blue Lagoon. Kalau dari bandar PD, Eddy Comboy ni terletak di belah kiri jalan utama, iaitu Jalan Pantai 🙂

Aku singgah, sebab dari luar nampak menarik. Orang kata “Hipster”
So, aku try!
Restoran sangatla luas. Kemudahan Surau dan Toilet pun ada. Tengah-tengah restoran, ada band tengah santai menyanyikan lagu untuk korang.
Sedap ke tak didengar, bergantung pada telinga memasing haha
Memang unik dan banyakla barang-barang cowboy dalam restoran ni. Korang boleh bergambar.
Nak order dekat sini, 1st sekali kena pergi terus ke cashier. Order menu yang nak dimakan dan terus bayar. 
Self service. 
Kalau ada ramai member, yang lain boleh cari tempat nak duduk. Tempat luas, so pilih je belah mana yang nak lepak.
Yang order, boleh la stay 2-3 orang. Sebab nanti makanan semua kena amik sendiri. 
Pakai dulang besar. :p

Antara menu utama yang ada, tak banyak.

Hanya ada:

Makanan,

Nasi Kukus Ayam Panggang
Kailan Goreng, Kangkung Goreng
Telur Dadar

Minuman,

Jus Tembikai
Jus Oren
Teh Ais

Side Menu,

Bebola
Sosej

Orang kata kalau nak order lain, macam Nasi Goreng Pattaya ke, Nasi Goreng Kampung ke, Masak Lemak Cili Padi ke, memang takdelah ye.

Bagi aku yang suka makan goreng-goreng, memang takde pilihan sangatla. So kena hadap nasi kukus ayam panggang dia ahaha

Takpelah, janji kenyang!

Bila dah bayar tu, makanan kena amik dekat tempat dorang panggang ayam tu.

Tadaaaaa,

Busy betul mereka panggang ayam.

Nak amik makanan tu, tak tunggu lama pun. Servis mantap, cepat.

Siap!

Aku order;

2x Nasi Kukus Ayam Panggang RM6.5 x 2
Telur dadar RM2
Bebola RM1
Jus Tembikai RM2
Jus Oren RM2

Total: RM20

Close up sikit

Ayam Panggang.
Set Nasi Kukus Ayam Panggang

Sos ni bagi aku tak berapa sedapla sebab tak pedas. Manis-manis jer
Jus Oren & Tembikai. Rasa dia manis gula huhu

Overall bagi aku, 3 bintang.

Sebab,

Ayam Panggang dia, biasa jer takdelah sedap sangat. Lagipun masa amik menu tu, dah sejuk ayamnya. Maybe dah siap-siap masak, tu sebab cepat  >.<

Telur dadar pun sama, masa amik dia dah sediakan tempat telur dadar tu. Tapi terdedah lah.

Terdedah lepas tu sejuk hahhaa..

Aku harap owner restoran boleh ubah cara terdedah begini kepada makanan yang panas dan baru dimasak. Barula sedap dimakan 😀

Takpelah, kiter try je kan?

Cowboy.

Memang sesuaila kot dengan namanya. Memang koboi habis :p

So sape nak try makan kat sini, korang waze je “Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy”

Atau ikut alamat berikut,

2755, Jalan Pantai, batu 9, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Sekian!

Adios,
ASTraveller 2019

Hutlista 2 Ulu Yam

Assalam semua!

Fuh dah lama rasanya tak update blog. Alhamdulillah harini idea datang kembali :p

FYI: Aku punya blog link address dah berubah, nak renew domain lama tapi no respon dari pihak sana. So aku cari domain baru,

So sekarang dah bertukar dari www.akuseorangtraveler.com kepada www.astraveller.com

Lagi pendek dan mudah nak taip :p

Yang mana ada listkan blog aku, korang dah boleh tukar link baru dah ye. TQ

Hutlista 2, Ulu Yam.

CNY2019, Selasa & Rabu lepas bercuti.

Untuk elak dari mereput, aku cari tempat nak bercamping. Rindu layan nature wei haha. Nak cari yang dekat dan best sebab nak lepak 2D1N dalam hutan.

Ada yang suggest dekat aku area, Ulu Yam. Di Hutlista 2.

So aku decide pegi Hutlista la, sebab tengok gambar yang dishare tu agak menarik. Dan tak jauh pun dari Shah Alam, dalam 58min.

Nak pergi sana just Google Map seperti gambar dibawah,

Nak masuk Hutlista ni, dikenakan bayaran RM5/entry. Parking tak berapa luas. So kalau nak datang camping sini kena awal. Sebab sini kalau dah tengahari sikit, memang ramai family berkelah kat sini.

Masa aku sampai haritu, try park dulu. Then tengok-tengok tapak khemah kot ada yang best. Rupanya, dah penuh.

Hahaha.

Sampai tengahari kan?

Tapi, kalau ada lagi port best pun maybe aku tak camping situ. Macam takde privacy dekat sana. Ramai sangat. Air sungai pun tak berapa cantik.

Air keroh huhu

Hutlista Recreational Park ada 2:

Hutlista 1 & Hutlista 2.

Dua-dua ni sebelah-menyebelah. So overall lebih kurang sama je la >.<

So aku cancel. Terus ke Pertak Campsite.

Dah takde tempat lain setakat ni. So pegi ke Pertak untuk kali kedua.

Pertak memang best. Memang privacy.

Nak cepat dapat parking, kena pegi awal. Atau kalau malas pegi awal, pegi petang-petang, inshaAllah parking ada. Sebab kalau petang, ada yang dah balik. Mereka just berkelah dari pagi sampai ke petang.

Untuk info lanjut, korang boleh baca kat sini: http://www.astraveller.com/2018/09/sungai-pertak-campsite.html

Pertak sememangnya tenang + damai + air bersih & jernih

Tak caya?

Korang try pergi sendiri! 😀

Adios,
ASTraveller 2019

Avant Chocolate & Green View Garden

Hi.

Aku nak share lagi tempat menarik di Cameron Highlands, iaitu di

Avant Chocolate.

Kalau tak singgah sini, maybe agak rugi. Sebab banyak tempat menarik kat dalam tu kalau nak bergambar.

Siapa yang memang kaki gambar la :p

So aku post banyak sikit gambar dalam posting kali ni,

S E S I  M E R A C U N S S

Tempat menarik, coklat pun melambak huhu
Harga aku tak intai pulak, sure mahal kot. Tengok keadaan tempat pun macam exclusive :p
Aku tak jalan-jalan sangat, dalam Avant Chocolate ni. Sebab bukan nak borong chocolate pun. So aku terus masuk Green View Garden, sebelah Avant Choc jer.
Sebelum ke Garden dia, akan tempuh Cafe dulu.
Jom masuk Green View!
Ramai orang wooo. Semua kelaparan gamaknya. :p
Masuk situ jadi rambang mata. Tapi, harga makanan kat dalam tu, semua not bad. Mahal-mahal haha
Sementara tu, kengkawan tolong orderkan makanan. Berjanggut jugak tunggu
Tadaaa,
Thank you kengkawan!
Nah hasil tangkapan. Beli share-share je, almaklumlah nak bajet
Total semua, RM163.10
Nasib baik share huhu
Then lepas makan-makan, kitorang habiskan masa bergambar dalam garden dia. Memang lawa. Puas bergambar!
Dalam taman ni ada kedai souvenir
Banyak lagi gambar actually. Tapi tak larat nak masukkan dalam ni haha..
Kalau korang pegi sini, tak bergambar memang rugi. Serius cantik. Masuk taman ni tak kena bayar pun 🙂
FYI korang boleh tengok website rasmi diorang kat sini,
Adios,
ASTraveler 2018

Solat Jamak & Qasar

Assalam.

Salam Maulidur Rasul 1440H 🙂

Tengah syok bercuti ke tu? Aku tengah keje beb, arghh!! Takpelah, kerja jelah sebelum jadi freelance sepenuhnya lepas ni

>.<

Semoga dipermudahkan segala urusan!

OK, berbalik kepada tajuk.

Solat Jamak

Semalam drive dalam jem, aku dengar radio pasal Solat Jamak/Qasar semasa kita travel atau bermusafir kemana-mana.

Ustaz tu menerangkan,

Solak Jamak boleh didirikan kalau jarak perjalanan kita ke suatu tempat adalah sejauh 2 marhalah.

2 marhalah tu bersamaan dengan 90km

Ada yang bertanya pada ustaz, kalau travel selama lebih 3 hari ke suatu tempat, adakah dibolehkan untuk bersolat jamak/qasar?

Lagi ustaz tu menjawab,

Kiraan 3 hari yang dibolehkan, adalah seperti berikut.

3 hari tu tak termasuk dengan hari kita dalam perjalanan pergi dan pulang ke tempat tersebut. Bermaksud, 3 hari tu, tidak dikira pada hari kita bertolak dan hari kita pulang ke tempat yang kita nak pegi tu.

Contoh,

Saya nak pergi holiday ke Terengganu, Jumaat ini bertolak ke Terengganu dan Selasa bertolak balik ke Petaling Jaya. Total saya on leave adalah, 5 hari.

Adakah total 5 hari tu, dibolehkan saya untuk Solat Jamak?

Sebab, ada sesetengah pendapat, lebih dari 3 hari, kita dah tak boleh Solat Jamak dsb.

Jawapan,

Untuk dibolehkan kita Solat Jamak/Qasar adalah dikira berdasarkan hari yang kita betul-betul berada di Terengganu.

Contoh, hari Jumaat otw ke Terengganu, sampai Terengganu katakan Sabtu pagi. Saya betul-betul berada di Terengganu Sabtu, Ahad & Isnin (3 hari). Selasa pagi bertolak balik ke Petaling Jaya.

Jadi,

Sabtu, Ahad & Isnin (baru dikira 3hari)
Jumaat & Selasa tidak dikira sebab kita dalam perjalanan nak ke Terengganu/Petaling Jaya 🙂

Dalam perjalanan, sudah tentu boleh Solat Jamak.

Maka, sepanjang bercuti total 5 hari tu dibolehkan saya Solat Jamak.

Kalau di Terengganu saja dah lebih 5 hari, tak gerak-gerak. Contoh, kita stay di Pulau Kapas selama lebih 3 hari. Jadi, di Pulau Kapas kita dah tak boleh jamak. Melainkan kita ada jalan-jalan ke tempat lain.

Alang-alang, aku selit kan sekali niat Solat Jamak/Qasar dibawah. Cedok dari Google Image.

Clear tak?

Atau ada yang tak betul, tolong betulkan diruangan komen ye! 😀

Semoga bermanfaat!

Adios,
ASTraveler 2018

Aplikasi Flight Radar

Assalam hai.

Dah lama tak jengah blog. Amatlah sibuk sejak akhir-akhir ini 😀

Disebabkan dah lama tak update, pagi ni aku nak share satu aplikasi yang aku guna juga untuk track perjalanan family atau kengkawan kalau mereka terbang merata 🙂

Aplikasi Flight Radar

Pernah guna?

Free je untuk download di Google Playstore, kalau setakat nak track perjalanan flight seseorang.

Tadaaaa,

Banyakkan flight. Bersepah. Tapi setiap filght ada dia punya route yang dah ditetapkan. Kalau tak terbang atas route yang betul, habisla berlanggar antara satu sama lain. 🙂
Ianya dikenali sebagai Flight Routes

World Flight Routes
OK, berbalik pada Aps.
Aku biasa guna Aps ini, flightradar24
Setakat ni, info yang diberikan agak tepat. Masa ketibaan, berlepas, semua hampir tepat 🙂
Aps ni digunakan untuk kita track perjalanan flight. Selain itu, info flight yang dinaiki juga akan dipaparkan dan yang lebih best, kita boleh view live secara 2D atau 3D dalam perjalanan suatu penerbangan.
Info flight
Contoh info pagi tadi, aku track bff punya flight nak ke Labuan dari KLIA
Masa berlepas, masa tiba, jenis flight dsb semua disertakan. Kalau nak lebih details, boleh upgrade. Tapi biasalah kalau upgrade ni, kena bayar. Bulanan atau tahunan not sure, tak explore lagi :p
Paparan Live Perjalanan

Contoh flight yang dah nak sampai ke destinasi
Line yang dipaparkan adalah route yang perlu dilalui oleh sesuatu flight 🙂

Nak tengok secara 3D pun boleh 🙂

Paparan 3D

Selain track flight awam, kita jugak boleh tengok perjalanan helikopter Bomba & Penyelamat atau lain-lain yang melalui udara.
Bomba ni pun sebab aku baru ternampak tadi :p
Nak tahu info, klik je pada flight / heli tu. Akan terpapar info tersebut dibawah skrin.
Cara nak guna pun senang jer, hanya search by nombor flight. 
Sesape yang kengkawan atau family dia selalu naik flight, boleh la download aps ni untuk kita track perjalanan mereka. Moga-moga sampai ke destinasi dengan selamat 🙂
OKlah, tu jer nak share!
Adios,
ASTraveler 2018

Scammer Berleluasa

Assalam.

Salam Oktober 2018.

Lagi bape bulan je kita nak masuk tahun baru kan?

Cepat betul masa berlalu 🙂

Post kali ni takde kena-mengena dengan camping. Tapi aku nak share sikit pasal scammer yang makin berleluasa sekarang.

Ramai kot yang dah kena tipu.

KAYA SCAMMER! >.<

So direct to the point.

Facebook

Dekat fb ni, macam-macam cara orang nak scam. Kadang-kandang orang melayu kita sendiri scam kaum sendiri.

Seller jual barang, semua gambar dah tunjuk, bagi nombor akaun semua cun dah. Siap ada company punya akaun bank.

Dahsyat!

Tapi scam.

Tapi bila dah bank in, barang tak sampai-sampai. Lepas tu, dia block terus buyer tu

Tak kurang jugak pada buyer. Diorang scam seller. Pakai DP kat whatsApp, PDRM punya logo la, gambar pegawai polis la. Entah sapa-sapa punya gambar diorang rembat. Lepas tu, beli barang bank in dekat kita.

Siap tunjuk resit transaksi.

RESIT TRANSAKSI ni perlu berhati-hati. Banyak yang palsu. So, pada semua seller, kena pastikan duit betul-betul dah masuk baru proses order. Kalau tak, naya kena tipu.

Scam dari orang luar, tak payah cakap la. Berlambak!

Nak buat transaksi antarabangsa, tapi kita kena bayar dulu kos transaksi. Lepas tu, nanti dia cover balik duit kos transaksi tadi.

Er, jangan harap nak dapat balik duit tu.

Melopong la, duit lesap >.<

Apa jua yang melibatkan duit keluar dari kita, JANGAN PERCAYA

YANG TERBARU

Scam pakai Sponsored Ads untuk tarik buyer. Buat SALE GILA-GILA konon.

Contoh, jual GARMIN FENIX 5 dengan harga RM300 kebawah.

Gila apa harga FENIX 5 RM300 kebawah. Yang 1st generation pun boleh tentu dapat dengan harga tu, walau yang terpakai!

JANGAN TERPEDAYA dengan harga yang sangat murah. TAK LOGIK DEK AKAL!

Nak beli, kena survey dulu harga pasaran. Kalau betul ada SALE, pastikan trusted seller/page.

Kalau Page pun tiada review, like pun sikit.

Korang dah percaya?

Meh ni aku tunjuk sikit page-page yang buat iklan gila-gila. Marketing power siap website. Lepas tu, boleh CASH ON DELIVERY wei!

Lepas dapat barang dari courier, ko bukak dekat rumah dapat barang murah dari China. Harga RM30 pun tak sampai.

Tak nangis?

Video pada iklan, guna GARMIN FENIX punya

Gila apa, harga GARMIN FENIX RM190 :p

Banyak lagi page lebih kurang sama. Dan ramai orang tertipu

Iklan SPONSORED ok. Siap boleh CASH ON DELIVERY (COD)

Instagram

Dekat ig pulak, sekarang ni famous dengan orang nak beli duit syiling lama. Hurmmm, sanggup beli mahal-mahal dengan kita.

Aku tak sure macamane diorang berususan, tapi taktik biasa yang digunakan. Bila nak buat international transaction, kita kena bank in dulu dekat bank antarabangsa tersebut dengan jumlah sekian-sekian.

Maybe RM500, RM300 atau RM200

Main ratus-ratus je kot.

International transaction ada charge katanya. Kita kena dulu kan duit kita, lepas tu scammer tu sanggup return duit kita balik. Kira cover semua balik la :p

Contohnya,

Dia nak beli duit lama dengan kita berharga RM500. Dia akan mintak emel dan nombor akaun kita. Nak transfer la kononnya ni. Then tak lama tu, kita akan terima emel dari pihak Bank Antarabangsa tersebut, beritahu ada caj transaksi.

Scammer tu bagitau la, ada charge. Katakan charge dalam RM300. Dia bagitau, kita bank in dulu ke acc yang diberikan melalui emel tadi, RM300. Lepas dah berjaya, scammer tu akan return balik duit kita RM300 tu. So kononnya, dia akan transfer pada kita TOTAL RM800.

Tunggu punya tunggu, jangan harapla korang nak dapat balik duit RM800 tu. RM300 tu pun, buta-buta je korang bagi dia >.<

JANGAN MUDAH PERCAYA! Jangan sewenang-wenangnya transfer duit kita pada orang!

Jadi beringatla! huhu

Actualy aku post ni, supaya orang lain tak terkena dengan taktik scammer ni. Aku pernah sekali kena. Beli jam DW.

Claim original DW.

Siap COD tu, area Shah Alam.

Harga asal DW tu dalam RM400 paling busuk

Tapi scam ni jual, RM220-RM290 gitu.

Nampak memang macam original. Tapi sebenarnya tidak.

Aku dapat jam, warranty kad kosong. Tiada cop mana-mana kedai. Kotak, paper bag semua ada.

Bila aku teliti baik-baik jam tu, rupanya…

Palsu! >.< ARGGHHHHHH!

Sebab apa aku kata palsu? 1st aku cek, cermin dia. Tak kemas. Ada senget-senget. Kalau kita tak teliti memang tak perasan beb!

COPY ORI 1:1 tuuuu tapi claim original. AIYAKKKK!

Nanti aku share gambar!

FUH!

Sangat berleluasa la orang jual DW fake! Nak untung banyak, nak cepat kaya. Ni la jadinya. Menipu orang!

Beli la di kedai, yang memang authorised dealer.

Aku pernah pm page DW, dia kata kalau tiada cop pada warranty card, dorang tak boleh claim! Tanggung sendiri

HUHU

Okla, tu je nak share.

Sekian!

Adios,
ASTraveler 2018