Slider

Assalam.

Last weekend aku dengan 2 orang kawan redah Bukit Gasing. Memang tak pernah jejak bukit ni, walaupun tak sampai setengah jam dah sampai kalau bertolak dari rumah.

Nak panaskan badan, exercise untuk bakar lemak berlebihan memang sesuaila kesini. Ramai orang pulak tu.

Aku pegi semalam, jam 9 pagi naik, turun dalam jam 12tengahari. Main redah je. Aku ingatkan ada satu trek, satu jalan. Banyak jalan rupanya..


Sepanjang hiking, redup sebab banyak pokok-pokok. So tak risau panas kalau pegi lewat sikit pun. Tak macam broga. Atas tu panas sangat. huhu



Redup kan? So nak pegi tengahari pun takde hal kot :p

1st aku naik, aku pegi area Pencawang. Tanya orang yang hiking dekat situ, pencawang tu salah satu puncak Bukit Gasing. Takde view pun. Ketinggian dalam 190meter.

Lepas sampai situ, aku turun, pegi puncak menara kawalan pulak. Ketinggian dalam 160meter.



Kat sini panas. So kejap je lepak. Lagipun ramai lepak situ. haha


Then seterusnya, kitorang plan nak turun. Jalan punya jalan, sampai kitorang terlepas ke Taman Rimba, Pantai Dalam KL. Baru aku tau Taman Rimba ni sebelah dengan Bukit Gasing jer. So, terpaksa la naik balik sebab kitorang parking dekat perumahan enterance Bukit Gasing. 

Bukit Gasing ni memang banyak dia punya laluan. Kalau kita tak tahu, memang satu bukit la kita tawaf. Haha. Nak turun tapi, tersinggah dekat jambatan gantung pulak. Ngeee...

Tadaaa...!


Nak jalan atas jambatan ni, kena jaga jarak. 5 meter katanya.. Ada tulis dekat papan tanda tu.. Lepas je dari jambatan gantung.. Trek agak mental sikit hahaa.. Tu dia,


Boleh tahan hahhaa.! Biasala kalau dah hiking, kena la hadapkan? :) Lepas naik tangga tinggi tadi tu, lepak dekat atas tu, maybe puncak lepas tangga tu. Ketinggian 172m.



View lepas harungi tangga tinggi huhu


Jam pun dah hampir pukul 12 tengahari. So decide turun.


Akhirnya turun jugak..... :D Jadila progress aku semalam dapat bakar sikit..


So, sape yang tak pernah pergi dan nak try pergi. Korang boleh waze je "Bukit Gasing, Petaling Jaya" atau taip Jalan Tanjong 54, Bukit Gasing. InshaAllah boleh sampai. Enterance dia kawasan perumahan,

P/S: Time pegi haritu, sebelum parking. Ternampak MPPJ tengah saman orang yang parking tepi jalan. So berhati-hatila.. Aku haritu parking jauh sikit dari pintu masuk ke Bukit Gasing tu. haaaa

OkBai,
ASTraveler

Bukit Gasing

Tuesday, February 14, 2017

Assalam,

Pernah makan set Nasi Kambing Bakar Menangis? Nak makan set ni, meh singgah Restoran Mai Rasa. Rasa dia, pergh mengancam!

Tak caya, meh tengok!


Kehitaman warna daging kambing yang dibakar bersama sosnyer.. Wow!


Nampak tak? Kalau tak nampak, meh nak close up lagi hahahaha!


Bersama perahan limau.. Sedap kot. ahaha

So, kalau saper rasa nak try. Korang boleh serbu Restoran Mai Rasa ni. Not sure ada cawangan ke tak. Yang aku pegi ni, area Seksyen 7 Shah Alam.

Harga dia, ok. Hanya RM10.90 saja. 

OkBai! :p
ASTraveler

Nasi Kambing Bakar Menangis

Monday, February 13, 2017

Assalam hai!

Sape pernah singgah makan dekat mana² cawangan Restoran Burger Bakar Abang Burn? Aku baru tadi berkesempatan singgah dekat cawangan Seksyen 7, Shah Alam.

Mula² lalu jer, takde plan nak kesitu. Tapi masa lalu tadi, tengok macam takde orang. So aku singgahla, sebab memang dari dulu rasa nak try. Tak tersinggah sebab kalau lalu je, mesti orang penuh. Tapi malam ni, lengang sikit. Ngeeee..

So, singgahlaaa...

Tadi dok order,

1. Beef Cheezy
2. Curly Fries
3. Teh O Ais
4. Air Kosong

Total semua tadi, RM22.50 termasuk GST. 


Tunggu tak lama pun. Cepat jugak servis dia. Memang tak sabor nak try ni.. selama ni dok tengok orang viral jer. Kali ni kiter try dengan tekak sendiri pulak. 

 Jeng jeng jeng!

Makanan udah sampai!

Tu dia kita kasi close up!

Phewwww. Beef Cheezy Burger. Nampak sedapkan? Ni kita kasi close up dia punya Curly Fries pulak! :p
 
Tu dia, Curly Fries dia. Mengancam! :p
 
Ni dia hidangan sekali air..

 
Teh O Ais. Beso bekasnyer..
Rupa cantik dah. Rasa, kita tak tahu lagi. So, ape lagi, jom makan! :D

Belahan demi belahan...
  
Ketebalan daging. Phewwww! Cheese bersepah..
 
Memang sedapla. Tak nyesal pun singgah tadi! :p Ni dia bukti sedap...
 
Licin!

So yang mana belum penah try, korang wajib try. BBAB (Burger Bakar Abang Burn) ni banyak cawangan dia. Korang bole tengok info diorang ni.

Burger Bakar Abang Burn

Alamat: PG 23, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Masa Operasi adalah 5 petang ke 12.30pagi

Twitter : @AbangBurn 

OkBai!
ASTraveler

Burger Bakar Abang Burn

Thursday, February 9, 2017


Salam,

Pertama-tama sekali, aku nak ucapkan TQ pada semua yang sudi join. Syarat dia simple jer. Follow blog aku. tag 3 orang rakan dan...

POST entry ni. Senang je kan?

Pada yang tak ikut 3 syarat ni, walau nombor dia terkena... Hadiah tak dapat. Sebab tak ikut syarat :p

Pemilihan, aku ikut rasa hati jer. Tak tahu pun blog mana, main pilih-pilih nombor jer. Simple, sebab aku pun agak busy sekarang. Tak sempat nak tengok-tengok sangat :p

Ok, jom kiter tengok saper pemenang-pemenangnyer! :D

5, 12, 23, (Topup RM10) 
7, 16, 28 (Topup RM5)

Tahniah!

So, blog yang telah aku senaraikan tu.. Boleh dah tuntut hadiah. Cara nak tuntut, WhatsApp ke +6013-2200122, hantar details-details berikut,

Nama:
Nama Blog:
No Fon:

Tuntutan sehingga ahad ni(11/2/2017)  Pada siapa takde buat sebarang tuntutan hadiah akan terbakor! (burn) haha!

Nanti next GA kiter buat lagi ek? :) Maaf kalau result GA kali ni lambat sikit!

OkBai,
ASTraveler

Keputusan Give Away by ASTraveler - 6 Jan 2017- 6 Feb 2017

Wednesday, February 8, 2017

Salam hi semua!

Harini sejuk beno. Cek suhu paling sejuk cecah 24darjah.

Ok kiter pegi terus pada tajuk! :p

Last weekend aku pegi makan dengan kengkawan. Aku makan Nasi Goreng Embah Special. Ni haaa..


Pernah makan? Sedap! Saper belum pernah makan, pi makan dekat Kedai Sebelah. Hipster restoran around Kelana Jaya. Harga sepinggan, RM8.50.

Nasi Goreng Embah ni, ader 2 versi;
  1.  Nasi Goreng Embah
  2.  Nasi Goreng Embah Special
Bezanya cuma, yang biasa tu takde ayam goreng dengan telur. Harga agak murah skit. Maybe dalam RM6. Nasi ni takde set. Sebab dekat situ, kalau order air kosong memang FREE. :)

Tadaaaa, Kedai Sebelah!


Sape belum try sini, pegi serbu!

Kedai Sebelah,
Alamat: 02, Jalan SS6/20A, Kelana Jaya, PJ Selangor.
Waktu Urusan: 9.30pg-12pg, Sabtu tutup.
Fon: +601123181463

OkBai,
ASTraveler

Nasi Goreng Embah Special

Tuesday, January 24, 2017

Nah last minit join GA dari MF

Mana tau ada rezeki kan? hahah! Kalau korang nak join, sempat lagi ni.. jom jom, jangan lupa klik banner kat bawah ni,



Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.

http://myafarisha.blogspot.my/2016/12/new-year-giveaway-by-mf.html

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

Goodluck,
ASTraveler

New Year Giveaway by MF

Wednesday, January 11, 2017

Assalam hi!

Korang nampak tak dekat sidebar ada side untuk TOP KOMENTAR? So sekarang ni, aku nak start buat, siapa yang tersenarai dalam 2 orang paling top komen dalam blog aku.. Aku nak bagi hadiah.



So, rajin-rajinla korang komen dan borak kat sini ek :p

Setakat ni dari tahun lepas, JM paling teratas. Bulan depan kalau tak berganjak. Memang kena contact 2 orang top 2 yang tersenarai tu. hihi..

Tunggu!

OKBai,
ASTraveler

Top Komentar

Tuesday, January 10, 2017

Salam,

Korang pernah dengar lagu ni?

Aku tak suka lagu dia, sebab tak sedap. Tapi lirik dia, agak bagusla banyak nasihat..


Lirik Lagu Altimet – 

Amboi Kalau Tinggal Rumah Sewa 
Tapi Beli Kereta Mewah, 
Amboi Amboi, 
Kalau Mahu Gaji Besar Tapi Kerja Sambil Lewa, 

Amboi Amboi. Amboi Amboi, 
Amboi Amboi (loop).

Mari-mari Tuan Puan Akak Adik Abang Dengar Ini Cerita, 
Ambil Teropong Kaca Mata Tengok Jenguk Dipersila, 
Nak Panggil Waras Susah Tak Baik Kalau Gelar Gila, 
Sebelanga Susu Rosak Akibat Dua Tiga Titik Nila. 

Bila Masuk Kerja Tak Pernah On Time, 
Lepas Masuk Kerja Dia Terus Online, 
Tak Boleh Buat Kerja Sibuk Jaga Hal Orang Lain, 
Tangan Mengelat, Kaki Mengular, 
Mulut Celupar, Lambat Masuk, Awal Keluar. 

Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas, 
Siapa Rasa Pedas Kata Aku Main Cakap Lepas, 
Ambil Baju Ukur Kat Badan Sendiri, 
Baru Tahu Kena Setepek Ke Tempias Sipi Sipi. 

Kalau Tinggal Rumah Sewa Tapi Beli Kereta Mewah, 
Amboi Amboi, 

Kalau Mahu Gaji Besar Api Kerja Sambil Lewa, 

Amboi Amboi. Amboi Amboi, 
Amboi Amboi (loop). 

Tak Baik Tau Pedas Kaw Kaw, 
Eh Tak Boleh Gurau Duduk Surau, 
Ambil Mc Fb Mengadu Kat Sb Dan Mcmc. 
Tarbiyah Sentap Punca Pendekar Papan Kunci Rentap, 
Masa Mengkritik Cekap Lepas Itu Confirm Lenyap, 
Keberanian Atas Talian Kejadian Harian, 
Omong Kosong Terus Disajikan. 

Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas, 
Siapa Rasa Pedas Kata Aku Cakap Lepas, 
Semua Ambil Baju Ukur Badan Sendiri, 
Mana Tahu Kena Setepek Ke Tempias Sipi Sipi. 

Kalau Tinggal Rumah Sewa Tapi Beli Kereta Mewah, 
Amboi Amboi, 

Tujuh Kali Pergi Usrah Sudah Pandai Tepis Fatwa, 
Amboi Amboi. Amboi 
Amboi, Amboi Amboi (loop). 

Sampai Bila Orang Kita Layu Ditolong (x2), 

Ketua Kampung Gadai Tanah Untuk Sepitis Wang Saku (x2), 

Tapi Apa Aku Tahu Aku Cuma Tulis Lagu (x2), 

Bukan Nak Sekolahkan Korang Aku Bahasakan Aku (x2). 

Amboi Amboi (loop).

Terbaikkan. Semua kena! :p

ASTravel

Lagu Amboi -Altimet

Salam,



semalam layan movie ni. Tiket 2 orang RM25 dengan GST tanpa popcorn bagai :p Saje nak layan semalam. Sebab tengok trailer movie ni macam best.

Bila dah tengok, rating aku boleh bagi 3.5 bintang dari 5. Takla sampah sangat, dan takla seram/menakutkan sangat.. huhu..

So korang bolehla tengok dan nilai sendiri..

Ni ada sikit review

The Icebreaker

The movie is based on the 1985 Russian tragedy, where an icebreaking cargo vessel named "Mikhail Somov" gets trapped and drifts in Antarctic ice for 133 days. The crew battles the unforgiving weather and the pressure is on the captain to safely manoeuvre the ship, as one wrong move can bring catastrophe to everyone on board.

Language: English
Classification: P13
General Release Date: 05 Jan 2017
Genre: Adventure
Running Time: 1 Hour 32 Minutes
Distributor: Rainfilm Sdn Bhd
Cast: Pyotr Fyodorov, Sergey Puskepalis, Anna Mikhalkova, Olga Filimonova
Director: Nikolay Khomeriki
Format: 2D

Sumber: http://www.cinema.com.my/

Okbai,
ASTraveler

The Icebreaker 2017

Salam,

Join ni, jom.


Nak join, klik banner kat atas ni.

ASTraveler

Pencarian Bloglist Januari & Februari 2017

Salam,



Paling sedih pagi ni. Dapat tahu akaun kucing kesayangan dah kena hack. Tak tau nak buat macamane. Email dah tak boleh log in. No fon untuk backup kebetulan memang dah tak guna.. Dahla banyak gambar kenangan dalam tu..

So,..... So tinggal page jela.. OyenTheCat

Tak boleh nak buat apa-apa.. :(

Instagram @_oyenthecat Kena Hack

Salam hi,

Sape sini kaki wayang? Dah register jadi GSC member? Sape yang belum, korang boleh register free jer dekat webiste GSC.

Ada 2 reward yang kita bole dapat.


Yang bestnya Birthday Vouchers la. Diorang akan bagi free 2 tiket voucher, dalam bulan besday kiter. Nak redeem senang jer. Print out, borang yang diorang kasi via emel,

Just isi nama, IC, tarikh lahir dan Login ID. Biasanya Login ID ni cuma emel yang korang guna untuk daftar.

Redeem on the spot di kaunter, mana-mana GSC terpilih. Then, korang akan diberi pilihan movie mana yang korang nak tengok. Dalam 5 movie terpilih jugakla, tapi terhad. So nak redeem pun kena cepat-cepat. Kalau lambat, takut citer yang tak bape nak best je tinggal. So kalau dah dapat notification dari GSC untuk reward ni, korang cepat-cepatla redeem ok :D

Biasala benda free kan?

Dari pilihan movie tu, kalau nak tengok yang 3D, kena tambah RM5.50 kalau xsilap untuk each ticket.

Reward untuk diskaun dari GSC tu, aku tak pernah try lagi. Tapi tu terhad untuk di sesetengah GSC jer..

Okla tu je nak bagitahu :p

Bai,
ASTraveler

Golden Screen Cinema, Member's Reward

Monday, January 9, 2017

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.