Thai Fusion Steamboat

Assalam,

Belek-belek gambar, aku terjumpa gambar ni dekat instagram aku.

Tahun lepas aku pegi sini, makan dengan BFF aku, dekat Restoran ni.

“Thai Fusion Steamboat”

Not bad jugak makanan dia, tapi time aku makan tu, tomyam dia tak bape nak KAW macam biasa aku makan dekat Pormtip Thai Restaurant. <——- Nanti aku review restoran thai terbaik ni. 🙂

Tak kaw la, kuah tomyam dia bagi aku. Sebab mungkin aku dah biasa makan tomyam kaw-kaw kot sebelum ni.

Menu dia banyak, rambang mata kalau tengok. Tak tahu nak makan apa. Pilih punya pilih, makanan ni jugak aku order. Tomyam Steamboat.

Kat sini, aku cuma tertarik dengan persembahan pada makanan yang dorang hidang, tengok ni. Comel-comel je kan. Sayang nak makan!

Gambar menu, aku terlupa nak snap. Excited sangat nak makan. So, kalau ada sesaper yang teringin nak makan dekat sini, bole cari disini;

1) Restoran Thai Fusion Steamboat
2) Terletak di Plaza Alam Sentral, Shah Alam (PAS)
3) Ground Floor, tak silap aku pintu masuk utama PAS tu belah kanan. Kalau tak jumpa, try usha-usha sendiri atau tanya orang dekat situ :p

Errrpppphhh, #alhamdulillah kenyang makan nasi ayam lunch tadi. :p

Wassalam,
AkuSeorangTraveler

Leave a Comment