Texas Chicken Lebih Berbaloi?

Salam hi korang!Pernah try Texas Chicken Malaysia?

Maybe ada sesetengah tempat takde Texas Chicken ni. Dekat sekitar KL ni pun, cawangannya tak berapa banyak macam KFC/Mcd.

Kebetulan, di Damansara PJ ada satu. So aku singgah!

Aku try terjah Texas kali ni sebab, lately ramai orang viral kalau makan di KFC ayam dorang dah kecik. Dan harga pulak agak mahal. huhu. Kekadang rasa jemu pun ada, asyik KFC jer.

So kali ni kita try, Texas Chicken pulak.

Ada yang kata sedap, betul ke?

So bila masuk Texas Chicken ni, tengok senarai menu dan harga agak teruja, sebab murah sikit berbanding KFC.

Untuk permulaan, aku hanya order set yang simple-simple jer takut tak sedap haha

Check it out!

1x Set Ayam Spicy + Free Honey Butter Biscuit RM5.50
1x Spicy Tex Supreme Combo Regular + Fries + Coke RM11.75

Total: RM17.25

Oder asing-asing sebab member aku haritu nak redeem point grab dia haha

FYI: Air dia boleh refill berapa kali pun takpa!

Set Burger dia,

Dengan harga RM11+ , ayam dalam burger dia besar dan puas hati

Set ayam dia,

Ayam dia besar dan juicy. Actualy dalam gambar kat atas ni, ayam dah kena makan separuh. Kalau tak memang besar dan puas makan. Cumanya, tak berapa pedas walaupun order yang spicy.

Tak pedas.

Bagi aku memang tak pedas langsung hahaa.

Overall sedap juga dan memang puas hati sebab ayam dia besar. Siap air tu, boleh refill-refill. Pilih je mana-mana rasa. Oren, Grape, Coke dsb. Kalau tak silap ada 5-6 jenis kot.

Cuma satu jela aku xberapa puas hati, tak pedas. Kalau yang memang tak makan pedas, bagusla makan ayam dekat Texas Chicken ni.

Kalau nak dibandingkan, ayam KFC spicy yang tak berapa spicy tu pun ada la juga rasa pedas dia. huhu

Kalau cakap bab pedas, menang lagilah ayam mcd. hahaha! Memang pedas 🙂

So, pada siapa yang belum try lagi, korang trylah. Banyak lagi menu-menu lain yang korang boleh refer dekat website dia.

Not bad.

Berbaloi? Ya, bagi aku berbaloi.

Jadi betul lah, Texas Chicken ni agak berbaloi dengan harga dan rasa.

Nextime boleh singgah lagi!

Adios,
ASTraveler2019

2 thoughts on “Texas Chicken Lebih Berbaloi?”

  1. Wah senang dan pastinya bikin perut kenyang kakak.. hehee
    Kalau di Indonesia belum pernah saya dapati Texas Chicken ini, yang ada hanyalah KFC saja, atau mungkin sudah ada di kota-kota besar saja

Leave a Comment