Teluk Senangin

Assalam hi!
Sabtu lastweek, aku + family pegi bersantai Teluk Senangin. Just relax² santai, makan dekat tepi pantai. Memang syiok!
Perjalanan dari Kuala Kangsar ke Teluk Senangin, ambil masa dalam 2 jam. 93km. Tak jauh kalau ada highway. Disebabkan takde highway, so perjalanan agak lama. 2 jam. Kalau dari KL 246km, amik masa dalam 3jam.
Dah sampai tu, tengok tempat agak best dan santai. Tak sesak macam dekat Teluk Batik, Lumut. Terlampau ramai orang. Nak cari tempat pun senang.
Bersantai tepi pantai, makan nasi panas. fuhh! Best
Anak buah, sampai-sampai terus tido dalam khemah.
Kitorang lepak sini, sampai jam 7ptg. Jam 7 ni dah tak ramai orang. Tapi ada jugak segelintir yang berkhemah kat situ. Next time boleh la berkhemah situ ramai-ramai. Jimat duit tak payah sewa chalet.
So kepada sesiapa yang teringin nak pegi sini, korang boleh #waze dan korang taip perkataan ni,
Teluk Senangin Beach.
Kalau tak, payah jugak waze nak guide. Ke tempat lain plak yang dibawa.Sebab situ banyak kampung-kampung.
Bagi aku yang bestnya Teluk Senangin ni, orang tak sesak. Senang cari parking. Port nak lepak pun senang cari. Banyak pokok-pokok rendang di persisir pantai, nak lepak pun rasa sejuk-sejuk je, tak panas. 🙂
Selamat bersantai!
Okla Bai,
AkuSeorangTraveler

Leave a Comment