Spicy Sawadee Crunch

Korang dah try rasa KFC terbaru ni, Spicy Sawadee Crunch?

Tengok gambar dorang iklan, bukan main hahaha

Semalam aku dah try. Order yang 3 ketul punya tu.. Share dengan kawan.

Bila dah order tu, tengok rupa ayam pun kita dah tau macam tak sedap. Tak macam dalam gambar pun.. Kalau dalam gambar, nampak bukan main crunchy hhahaa..

Takpelah dalam hati aku, mungkin rupa dia je kot. Rasa dia sedap, mana la tau kan.

Tapi bila dah makan..

Adoi!

Buat rugi order jer. Memang seriously, tak sedap langsung. Perencah serbuk terlampau banyak. Tak garing pun.. Ayam macam basah-basah sikit. Muak. Dalam erti kata lain,

OUT!

So, pada yang teringin nak try tu. Aku rasa tak payahla pegi try. Tapi tak tau la lain tekak, lain dia punye selera.

Nak tau rasa dia, kenala try sendiri kan?

 Hahahaha

Overall , aku tak nak bagi satu pun bintang!

Okbai,
ASTRaveler 2017

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *