Restoran Vicchuda Tomyam & Seafood

Assalam,

Ape kabar semua? Jerebu kembali lagi. Tengok macam makin teruk je. Kat luar tu oren je cahaya. huhu. Jaga kesihatan ok!

Ahad lepas, aku pegi makan malam dekat Restoran Vicchuda Tomyam & Seafood. Pernah dengar tak? Restoran makanan ala Thai ni banyak cawangan dia. Aku pegi cawangan Vicchuda, Damansara Uptown. Aku try Tomyam. Memang best! Makanan lain-lain pun not bad, sedap! Tak nyesal pegi.

Servis dia pun bagus. Cepat! Harga dia? Dont worry, tak mahal 🙂

Aku dengan 2 orang lagi kawan aku makan haritu,

2 Nasi Putih
2 Telur Dadar
1 tomyam merah campur
1 tomyam putih ayam
1 kuetiow tomyam
3 air kosong sejuk

Total semua, RM24. So korang kira sendiri murah ke tak 😀

Menu Tomyam boleh pilih samada tomyam putih atau tomyam merah. Aku selalu makan tomyam putih. Nyumm nyumm

Tomyam Putih + Nasi Putih + Telur Dadar = Set sendiri order
Tomyam + Sambal belacan + timun = Set Vichuda
Pergh sambal belacan dia, 2 mangkuk kecik aku bedal. Licin! hahaa
Memang bestla. Korang wajib cuba. Makanan ala thai yang lain pun, sedap. Tapi aku tak pernah order menu lain selain tomyam. Kawan aku pernah order menu lain, dan dia kata sedap. 😀 So korang kena try sendiri.
Restoran Vichuda ni memang banyak cawangan. Salah satunya, ada jugak di Shah Alam & Kota Damansara. Area lain aku tak sure lagi dekat mana yang ada. Yang ni aku redah dekat Damansara Uptown, Damansara. So sesaper yang tinggal dekat-dekat area Damansara, PJ ni. Boleh singgah makan sini. 
VICCHUDA TOMYAM & SEAFOOD (Halal)
24 Jalan SS21/35, 
Damansara Utama, 
47400 Petaling Jaya, Selangor 
Malaysia 
03-7722-3481
Dibuka dari Lunch Hour sampai lewat malam (12am+)

Gambar restoran atas ni, cedok dari Google

Okla, selamat mencuba! 😀

Nota Kaki: Perkataan yang di bold dan di merahkan kat atas ni, sebab aku tak reti nak eja. hahaha

OKBai,
AkuSeorangTraveler

Leave a Comment