Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, EziDrive-Thru diperkenalkan bagi memudahkan pelanggan Pos Laju membuat penghantaran barangan melalui pos tanpa perlu meninggalkan kenderaan mereka.

“Perkhidmatan ini adalah yang pertama diperkenalkan dalam kalangan syarikat kurier di Malaysia, bagi memudahkan orang ramai menggunakan Pos Laju tanpa perlu menghadirkan diri di pejabat atau kaunter Pos Laju.
“Perkhidmatan ini dapat memberi kemudahan kepada usahawan untuk mela­k­sanakan perniagaan mereka de­ngan lebih cekap dan lancar tanpa perlu datang ke kaunter Pos Laju.

‚ÄúPelanggan boleh menghantar kiriman hanya melalui tingkap kereta dan sekiranya mereka memerlukan bantuan, kakitangan EziDrive-Thru akan membantu memunggah keluar barangan berkenaan,‚ÄĚ katanya semasa pelancaran stesen EziDrive-Thru di Pusat Pos Laju (PPL) Bandar Baru Bangi, dekat sini hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil.
Katanya, Pos Laju bakal me­lancarkan dua lagi stesen Pos Laju EziDrive-Thru di PPL Putrajaya dan pejabat pos Kelana Jaya pada akhir September dan tujuh lagi cawangan menjelang akhir tahun ini.

“Antara perkhidmatan yang ditawarkan di EziDrive-Thru ialah penghantaran keesokan hari (NDD), penghantaran sama hari (SDD), perkhidmatan waktu berkala (TCS) dan perkhidmatan penghantaran dalam dan luar negara.
‚ÄúStesen ini akan dibuka selama enam hari seminggu dan waktu operasi ialah pada hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam, sementara hari Sabtu, waktu urusan ialah dari pukul 8 pagi hingga 6 petang,‚ÄĚ jelasnya.