Persiapan Mendaki Ke Gunung Kinabalu

Assalam,

Selamat pagi semua 🙂 Sihat? Dengar-dengar GST nak naik 8%? Betul ker? Habisla nanti barang-barang #outdoor naik harga huuuu… Pasal GST kita tolak tepi la.. ekkekee..

Berbalik pada topik. Memandangkan semalam ade yang bertanya, apa perlu bawak kalau nak mendaki Gunung Kinabalu…

Disebabkan aku pernah jejak Puncak Gunung Kinabalu pada tahun 2014, alhamdulillah. Bole la aku share sikit sebanyak yang aku bawak sebelum ni ketika mendaki.

Sebelum share, aku nak tunjuk sikit gambar selfie masa atas gunung :p tadaaaaaaaa! *versi kartun!

Mulut, hidung aku tutup, kepala tutup sebab sejuk. Time aku jejak ni, suhu almost 5 darjah celcius +- Memang sangat sejuk. Rasa kebas pipi. huhu
Nak naik Kinabalu ni, mesti kena prepare barang dengan lengkap. Sebab suhu kat atas tu, bukan macam suhu gunung yang ada dekat Semenanjung. Tapi gunung yang tinggi-tinggi macam Gunung Tahan ke, Yong Belar etc tu tak tau la pulak bape suhu sejuk dia.. Sebab tak pernah jejak pun. Kalau orang ajak pun, aku tak mampu kot huhu..
Gambar kurang cantik, sebab guna fon murah :p
So, antara barang yang wajib kita bawak masa mendaki Gunung Kinabalu adalah

Long John (Thermal, yang memanaskan/kekalkan suhu badan)

    Longjohn

    Sweater/Windbraker. Pilih yang ringan-ringan

      Windbraker Jacket

      Snow cap. Nak tutup kepala. Sejuk kot. Atau setengah orang dia pakai buff jer. Buff ni bole tutup kepala dan boleh tutup hidung/mulut sekali. Lagi senang.

        Snowcap

        Buff

        Glove (thermal dan boleh sentuh skrin handphone) kang nak snap gambar pakai phone susah plak kalau yang jenis biasa tu. fon tak detect :p , atau glove getah pun ok. **Waterproof

        Karrimor Thermal Gloves. Contoh glove yang aku pakai haritu

        Hiking pole.

          Raincoat. Penting sebab kita tak tau cuaca. Kalau hujan, tak bawak raincoat memang naya.

            Raincoat, dekat 7E ada jual. Bawah RM6

            Stokin, bawak spare lebih dari satu

              First Aid. Letakla minyak panas, hansaplast, panadol etc

                Coklat bar, gula-gula bawak banyak. Untuk tenaga. 100 plus bawak sebotol, untuk spare.

                  Hydration Bladder. Penting. Air kena bawak lebih. Jangan bawak botol air, berat wehhh… Bawak hydration bladder macam kat bawah ni,

                    Hydration Bladder

                    Nanti bole minum terus dari bag, macamni..

                    Headlamp. Sebab nanti nak naik puncak start trekking jam 2.30pg, gelap. So headlamp sangat penting. Takkan ko nak tumpang orang punye lampu kan? Be prepare.. huhuuu **Jangan lupa bateri dia sekali. Kalau headlamp ada, bateri takde tak guna jugak :p

                      Headlamp

                      Bila dah pakai rupa dia gini..

                      Kasut kenala yang sesuai. Yang grip. Sebab nanti, dekat puncak memang kena jalan atas batu jer.. Nak murah kasut getah. Tapi kena kasi modify sikit. Untuk lebih selesa.

                        Rain Cover untuk bag.

                          Rain Cover. Sesetengah bag memang dah ada. Kalau takde, kena beli lain.

                          Smartphone Waterproof Case. Kalau hujan, fon yang tak bole kena air. Nahas! :p

                            Waterproof Case tuk Handphone

                            Bag 60L atau bag besar-besar (tinggal kat Laban Rata, porter bawakkan tapi kena bayar ikut berat. Kalau nak bawak sendiri pun boleh huhu) Naik puncak bawak bag kecik2 jer. Macam aku bawak bag 2L. Muat-muat bawak coklat, hydration bladder etc.

                              Bawak peralatan mandi etc. Kot la nak mandi. Kalau aku memang tak mandi, sejukk giler. Sekadar gosok gigi, dan basuh muka sudah memadai. Kang demam, tak dapat naik puncak huhu. Mandi-mandi ni dekat Laban Rata ya, bukan dekat puncak :p

                                T-Shirt, etc bawak lebih dari satu.

                                  Debu, Tayyamum untuk wudhu. Atas puncak takde air, so debu ni senang nak berwudhu untuk solat subuh yer. WAJIB solat.

                                  Debu ni ada jual, sekitar RM15 kebawah.
                                  So, ni la antara barang-barang penting yang WAJIB kita bawak. Kena buat list. Takut terlupa nak bawak. huhu. Share mana yang aku tahu jerla. Yang mana takde, korang bole tambah-tambah dekat ruangan komen 😉
                                  Good luck pada siapa yang baru nak tawan Gunung Kinabalu! 😀
                                  Wassalam,
                                  ASTraveler

                                  Leave a comment

                                  Your email address will not be published. Required fields are marked *