Nasi Goreng Kampung @ Restoran Sri Suria

Assalam,

Sejuk pagi ni. Hujan alhamdulillah.

Belek-belek gambar lama dekat instagram, jumpa gambar Nasi Goreng Kampung, time makan dekat Restoran Sri Suria. Tengok gambar bawah ni, macam sedapkan?

Restoran ni terletak di Amcorp Mall, PJ. Rasanya ramai yang tau kot, dekat mana letaknya amcorp mall. Restoran Sri Suria ni terletak dalam mall tu. Ground floor. Kalau nak ke Giant, Amcorp Mall akan lalu restoran ni sebelum turun escalator, belah kanan.

Makanan dekat situ, semua sedap-sedap. Mee kari, Mee Goreng. macam-macam lagi la. Best! Korang leh try!

Pada siapa yang niat nak berbuka puasa petang ni, boleh singgah sini.

  • Restoran Sri Suria atau Sri Suria Cafe
  • Malay Style restaurant. Kalau tak silap, thai pun ada kot.
  • Alamat: Amcorp Mall, G14, Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
  • Phone:+60 3-2274 1188
  • Waktu operasi: Dibuka dari jam 11:30pg – 8:30mlm (bulan puasa ni tak sure open dan close pukul berapa)
  • Parking kat luar amcorp, mahal. Sejam RM5 rasanya. Parking berbumbung murah dari parking luar yang tak berbumbung. Motif, mungkin sebab dekat nak masuk mall dari open space parking tu dari yang berbumbung, kena menapak jauh sikit.
  • Kalau berani, parking luar, tepi jalan bawah rail LRT Putra, FREE. Ramai je parking situ kalau weekend. Tapi kalau nasib tak baik, kena saman dengan polis trafik atau MPPJ. Aku pernah kena! Cait!!

Selamat menjamu selera! πŸ˜€

Nota Kaki: Kalau nak berjimat, jangan balik kampung! Makan Nasi Goreng Kampung takpe :p

Ok Bai,
AkuSeorangTraveler

Leave a Comment