Kula Cakes

Salam hi semua!

Pernah dengar Kula Cakes?
Glamer dah ni. Nak datang sini pun, kena beratur panjang tau haha!
Tak caya? Nah tengok!

Nak datang sini kena ada tahap kesabaran yang tinggi dalam diri wakakakaka.
Dari pukul 3.19pm beratur, dalam pukul 4pm+ baru dapat order kat kaunter yer..
Sementara tak sampai lagi giliran, aku snap-snap la kat persekitaran kedai Kula Cakes ni. Agak unik. Hipster la dalam erti kata lain.
Menjalar daun-daun. Konsep rimba juga, mungkin?
Mamat Kula Cakes sedang layan pelanggan
Kita intai kek dari luar je dulu. Nyammm!
Kula Cakes operation hour.

Setelah beberapa lama menunggu, akhirnyaaaaa masuk juga 🙂

Sibuk beno nampaknye yer
Kat dalam pun ada tempat duduk, tapi ramai yang suka makan kat luar. Lagi best!
Diantara menu-menu yang ada di Kula Cakes
Ni antara kek-kek yang ada di Kula Cakes. 
Terliur tengok. 
Tapi kek yang paling glemer dan pernah di viral, adalah Mango Cheesecake.
So dah tiba giliran, kitorang order seperti yang ada kat dalam resit ni,
1x Mango Cheesecake
1x Choc Moist Cake
1x Iced Cocoa
Total RM21.10 termasuk GST
Jom cari tempat duduk!
Tadaaaaaa,
Ni la salah satu sebab kenaper orang ramai pilih makan kat bahagian luar. Nampak nyaman dan unik.
Nasib baik ada tempat kosong.
Siapakah gerangan Lila Wadi, maybe owner Kula Cakes :p
Meh close up kek yang kitorang order ni pulak,
Actualy kalau dine in, dorg tak letak pun kek dalam kotak. Tapi kitorang order take away, so dorang letak dalam kotak siap-siap.
Bukan ape, kalau full tadi takde tempat nak makan kitorang decide makan dalam kereta jer la 😀
Next,
Choc Moist, wuuuuu
Tadaaaaa, Mango Cheesecake dia pulak!
Tu diaaa, wuuuu
Siap ada bg extra jus mango nak letak atas kek
Overall mesti sedap. Tapi yang paling superb, Mango Cheesecake dia la. 
Patutla ramai orang sanggup beratur tunggu semata nak makan Mango Cheesecake. Sedap giler rupanya. 
Nyesal lak aku order Choc Moist, more better lau makan Mango Cheesecake jugak haha!
Apepun korang wajib try la Mango Cheesecake ni. Lain-lain kek pun dont worry, sedap jugak
So, lau saper ade kat Kuantan. Korang bole singgah Kula Cakes ni. Google Map jer Kula Cakes atau ikut alamat kat bawah ni,

Alamat: A96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
No Fon: 017-971 1396
Adios,
ASTraveler 2017

Leave a Comment