Hutlista 2 Ulu Yam

Assalam semua!

Fuh dah lama rasanya tak update blog. Alhamdulillah harini idea datang kembali :p

FYI: Aku punya blog link address dah berubah, nak renew domain lama tapi no respon dari pihak sana. So aku cari domain baru,

So sekarang dah bertukar dari www.akuseorangtraveler.com kepada www.astraveller.com

Lagi pendek dan mudah nak taip :p

Yang mana ada listkan blog aku, korang dah boleh tukar link baru dah ye. TQ

Hutlista 2, Ulu Yam.

CNY2019, Selasa & Rabu lepas bercuti.

Untuk elak dari mereput, aku cari tempat nak bercamping. Rindu layan nature wei haha. Nak cari yang dekat dan best sebab nak lepak 2D1N dalam hutan.

Ada yang suggest dekat aku area, Ulu Yam. Di Hutlista 2.

So aku decide pegi Hutlista la, sebab tengok gambar yang dishare tu agak menarik. Dan tak jauh pun dari Shah Alam, dalam 58min.

Nak pergi sana just Google Map seperti gambar dibawah,

Nak masuk Hutlista ni, dikenakan bayaran RM5/entry. Parking tak berapa luas. So kalau nak datang camping sini kena awal. Sebab sini kalau dah tengahari sikit, memang ramai family berkelah kat sini.

Masa aku sampai haritu, try park dulu. Then tengok-tengok tapak khemah kot ada yang best. Rupanya, dah penuh.

Hahaha.

Sampai tengahari kan?

Tapi, kalau ada lagi port best pun maybe aku tak camping situ. Macam takde privacy dekat sana. Ramai sangat. Air sungai pun tak berapa cantik.

Air keroh huhu

Hutlista Recreational Park ada 2:

Hutlista 1 & Hutlista 2.

Dua-dua ni sebelah-menyebelah. So overall lebih kurang sama je la >.<

So aku cancel. Terus ke Pertak Campsite.

Dah takde tempat lain setakat ni. So pegi ke Pertak untuk kali kedua.

Pertak memang best. Memang privacy.

Nak cepat dapat parking, kena pegi awal. Atau kalau malas pegi awal, pegi petang-petang, inshaAllah parking ada. Sebab kalau petang, ada yang dah balik. Mereka just berkelah dari pagi sampai ke petang.

Untuk info lanjut, korang boleh baca kat sini: http://www.astraveller.com/2018/09/sungai-pertak-campsite.html

Pertak sememangnya tenang + damai + air bersih & jernih

Tak caya?

Korang try pergi sendiri! 😀

Adios,
ASTraveller 2019

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *