House Of Cat, Shah Alam

House Of Cat

Pernah dengar nama cafe ni? Cafe yang menempatkan lebih dari 50 ekor kucing (pelbagai baka dari dalam & luar negara). Dibuka untuk kita release tension, bermain dengan kucing-kucing yang ada dekat dalam kedai. Comel-comel & manja… Fees RM5/hour.

 

Tapi sayang,

baru semalam aku terperasan, premis dia dah nak tutup. Harini last day dorang buka. Tak sempat aku nak pegi. Sempat tengok dalam TV je sebelum ni tahun lepas.

Baca dorang punya kes, nak tutup sebab sihir. Kemungkinan ada orang yang tak puas hati hantar. Sejak bulan 10 2016, hingga hari ini pelanggan makin kurang. Makin kurang. Sebelumnya, memang ramai.. Hampir cecah 200 orang sehari datang kedai. Tapi kini, 2-3 orang je sehari yang masuk kedai. Kesian πŸ™

https://www.facebook.com/houseofcatzzz

Sedihnya bila baca. Paham sangat perasaan dorang, hadap semua masalah apabila disihir..

Kenapa yer sesetengah orang kiter ni, kalau tak puas hati, mesti nak sihir. Mesti nak jumpa bomoh untuk gagalkan perniagaan orang lain bila nampak dah maju. Kenapa mesti ada rasa dengki dan tak puas hati. πŸ™

Aku doakan moga mereka bebas dari segala masalah yang berpunca dari sihir. Mungkin ini ujian buat mereka (HOC) untuk lebih maju dalam bidang ni. Kepada yang suka sihir atau menyekutukan Allah, taula dia punya balasannya nanti..

Sedihnya…

Untuk info, korang boleh lawat fanpage diorang ni.. House Of Cat.. Pada siapa yang tinggal dekat Shah Alam, boleh lagi pegi untuk last day pembukaan harini. Doakan mereka πŸ™

Aku tak dapat nak pegi :'(

ASTraveler

Leave a Comment