Gunung Rajah

Hi semua,

Pernah naik Gunung Rajah? Trip gunung kedua aku, Gunung Rajah. Gunung Rajah ni terletak di Bentong Pahang. Ketinggian 1,685 meter atau 5,526 sejauh 32KM (pegi balik). Tinggi oh dari Angsi. Keputusan nak ikut trip ni, agak giler bagi aku. huhu. 

Tu dia, nak ke puncak tu memang pacak haha!


Sebelum aku follow trip ni, banyak jugakla membaca. Tanya kawan-kawan yang dah biasa hiking. Siap ada yang bagitahu, trek dia susah 6/10. Pikir jugak banyakali. Nak pegi ke tak, nak pegi ke tak. Disebabkan kawan-kawan hiker semua bagi sokongan, pergi jugak aku ke Gunung Rajah.

Trip Rajah ni, aku pegi bulan May 2014. Under trip Team Anak Gunung (TAG). Meriah sebab ramai. Kami bertolak ke Bentong hari Jumaat lepas balik keje, konvoi ramai-ramai. Sampai parking air terjung Chamang Bentong dalam jam 11pm+. 

*Air Terjun Chamang, laluan masuk ke Gunung Rajah.

Trekking terus dan sampai Lata Naning lebih kurang jam 5.30pg. Rehat kat situ sampai lepas subuh dan breakfast sekali. Dalam jam 8pg+, bertolak terus ke puncak Gunung Rajah. 


Lata Naning


Lepak Lata Naning ni memang best. Air jenih dan sejuk gilaaa. Nak camping pun boleh, ada campsite dekat sini.


Lepas puas bergambar, terus bertolak. Ke Kem Hijau, Bonsai, Tali Batu besar dan terus shoot ke puncak.

Kem Hijau

Nampak macam happy jer, padahal pewai

Bonsai

Dekat Bonsai ni memang port untuk orang bergambar. Cantik


Trek sebelum sampai puncak sangat mental. Down kejap.. huhu

Dekat point Tali Batu Besar sampai ke puncak. Semua pacak huhu. Dalam hati hanya Allah saje yang tahu.. >.<


Alhamdulillah sampai puncak dalam jam 2pm. Syukur! 

Puncak Gunung Rajah

View memang sangat awesome. View dia 360° ok. Nak naik pun bukan senang. Macam jibake dia punya canak haha.. Memang giler… huhu

Sangat cantik. Tapi, time kitorang naik, kabus agak tebal. So view terhad. 


Angkat sauh, angkat sauh! hahaa. 

Dalam jam 2.30pm+ gerak turun dah, sebab hari hujan. Kami turun dengan hujan lebat. Takut jugak, sebab Gunung Rajah ni ada sejarah, orang mati kena panah petir. Cepat-cepat kami turun terus sampai Lata Naning jam 6pm+. Rehat sekejap, jam 7pm bertolak turun. Sampai parking Air Terjung Chamang jam 12pg+. Pewai!

Macam-macam gak yang jadi sepanjang ekspedisi Gunung Rajah ni. Tapi takpelah, pengalaman tu mendewasakan kita. 🙂 Apapun aku bersyukur, sebab semuanya selamat.


Sape yang belum pegi Gunung Rajah, nak kasi review sikit pasal gunung ni.

  • Gunung Rajah
  • Terletak di Bentong, Pahang
  • Ketinggian 1,685 meter atau 5,526 kaki
  • Laluan, Air Terjun Chamang – Jalan Balak – Pintu Rimba – Sungai Y – Lata Naning – Kem Hijau – Bonsai – Tali Batu Besar – LWP – Puncah Rajah
  • Jarak pergi dan balik 32KM
  • Trek, mencabar

Selamat maju jaya pada yang baru nak hiking Gunung Rajah. View sangat cantik! Berbaloi la dengan treknya yang sangat mencabar, bagi saya 🙂

Nota Kaki: Jangan ingat sesuatu yang remeh itu mudah!

Adios,
ASTraveler 2015

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *