Akar Kopi Cafe

Salam hi semua!

Last weekend aku ade job kat Kuantan. Dah alang-alang ada kat sana, aku try la beberapa tempat makan yang agak popular.

Yang mana sempat jela terjah kan. Masa sekarang ni memang cepat wei berlalu. huhu

Ok, tempat pertama aku pegi Akar Kopi Cafe. Cafe ala-ala hipster kan, agak menarik.

Jom-jom!

Nampak agak menarik kan?
Aku lepak sini haritu dah petang, dalam jam 6pm+ kalau tak silap.
Kaunter

Nak order terus ke sini. Self service yer

Berikut adalah antara menu-menu yang ada dekat Akar Kopi Cafe.

Semua minuman adalah berasaskan kopi, makanan berasaskan roti. 
So, haritu aku order
2x Kopi Panas
2x Roti Bakar Telur Didih
Total RM17+ 
*resit takde, maybe sebab tak mintak kot
Harga boleh tahan, agak mahal.
So, jom kita ke persekitaran nak cari tempat duduk.
Konsep rimba. Nyamuk ada jugak, maybe aku lepak dah petang sangat haha
Duduk tempat yang paling dekat. Unik kan?

Tadaaaaa!

Roti Bakar Telur Didih

Roti dia rasa unik. Tapi tak kena dengan tekak. So rasa biasa jer. Yang serbuk macam hitam-hitam tu, macam rasa kopi pun ader huhu
Kopi panas dia pulak,
Biasa je, takde ape yang special. Cuma kopi dia macam ada rasa hazelnut sikit. Yang lain, semua biasa jer huhu
So overall, aku bagi 4 bintang dari 10. huhu
Lepak situ sejam lebih gakla. Lama lepak kat situ, bukannyer ape, tempat dia unik so bergambar jela banyak :p
Suasana cafe bila dah nak malam, cantik ๐Ÿ™‚
Babai, Akar Kopi. Sampai ketemu lagi ๐Ÿ™‚
So sesaper yang minat nak try, korang boleh Google Map je alamat kat bawah ni;
Akar Kopi Cafe,

Alamat: 2-8, Exit Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang

No fon:  013-953 1526
Adios,
ASTraveler 2017

Leave a Comment