Air Terjun Lepoh

Assalam.

Korang pernah pegi Sungai Lepoh?

Cantik wei, jernih gila air. Seakan membiru sikit.

Air Terjun Lepoh ni, terletak di Hulu Langat, berhampiran Kampung Pangsun atau Kampung Kuala Pansoon, Selangor. Aku pergi trip ni tahun lepas, bulan Jun kalau tak silap aku dengan member Kaki Gunung. Perjalanan dari PJ ke Kampung Kuala Pansoon, Hulu Langat mengambil masa dalam 45 minit hingga sejam+ bergantung pada trafik nak kesana.

Korang Google Search jer Sungai Lopo, sure jumpa

Bila dah sampai tu, kita akan parking dekat area Asli Adventure Base Camp. Parking berbayar yer, sebab memang ada orang jaga parking dekat-dekat situ.

Dari base camp nak ke air terjun Lopoh tu, amik masa dalam 2jam+- trekking. Trek santai je, tak hardcore pun. Cuma ada hiking sikit-sikit.

Tapi sebelum tu, kena daftar nama dulu dekat pondok pengawal. Penting ni, kalau ada apa-apa berlaku kan? Dorang dah sedia maklum

Trek santai je ok

Disebabkan trek santai gila, banyakla kitorang snap gambar sepanjang perjalanan tu. Sampai pun lambat. Bertolak dari base camp jam 12pm, sampai Lopoh Waterfall tu jam 2.30pm haha

Bergambar lagi :p

Yeay dekat nak sampai!

Bila dah sampai tu, terpegun tengok tempat dia. Cantik! Sejuk jer

Masa kitorang sampai tu, ada satu group besar tengah santai mandi. So kitorang sementara tu, prepare la ape yang patut. Lapor pun ada. So makanan dan minuman, jangan lupa bawak yer

Insect repellent pun jangan lupa. Lebah banyak huhu

Tak lama lepas tu, group tadi pun balik. Maybe dorang dah lama berkampung :p

So, turn kitorang lak mandi. Yeay!

Lepas puas mandi, makan semua. Kitorang bertolak balik sebelum hari gelap. Orang tempatan kata situ agak keras.

Tapi actualy, kalau ada sesaper yang nak camping boleh. Sebab ada campsite dekat waterfall tu. Kalau nak bermalam, aku tak sure boleh ke tak. Kena tanya orang yang jaga situ.

Masa balik tu, hujan. So kena la pakai raincoat

So sesaper yang nak plan pegi lepas ni, aku review sikit pasal Air Terjun Lepoh ni.

1. Air Terjun Lepoh atau Lepoh Waterfall. Ada juga yang panggil Air Terjun Bukit Lepoh. Kalau kita perasan, signboard nak masuk ada tulis Sungai Lopo. Tak tau mana satu official name dia.

2. Jalan masuk ke Air Terjun Lepoh adalah dari Asli Adventure Base Camp, iaitu terletak di kilometer 3.2, Sungai Lepoh, Kampung Kuala Pansoon.
3. Parking berbayar. Tak ingat berapa RM
4. Trekking dari base camp ke air terjun, mengambil masa dalam 2jam+
5. Nak masuk untuk trekking ke air terjun kalau boleh sebelum pukul 12tghari, pengawal kat situ pesan tak boleh lewat sangat. Ada banyak cerita disebaliknya. haha!
6. Kat air terjun tu, banyak lebah. So prepare apa yang patut.
7. Kepayahan trekking, bagi aku ok. Banyak landai, ada part yang kena hiking sikit-sikit.
Nak lebih info, korang bole contact Asli Adventure Base Camp (AABC) sendiri!

    Adios,
    ASTraveler 2015

    Leave a Comment