ABC Special Seksyen 2, Shah Alam

Salam semua.

Korang pernah try ABC special dekat Seksyen 2, Shah Alam?

Dah lama ABC special ni popular dekat Seksyen 2 ni. Rasanya time study UiTM dulu tu pun memang dah ada ABC special ni.. Sampai sekarang masih ada..

Kira dapat sambutan la kan. Biasala foodcourt seksyen 2 tu, memang tempat lepak student untuk makan dsb.

Baru-baru ni, aku teringin lak nak makan ABC kat situ. Lama dah tak makan.

Tadaaaaa..

Perasa Coklat
Perasa Durian

Sebekas ABC harga dia RM4.50. So dua tu RM9. Not bad… Tapi tak macam yang aku pernah makan sebelum ni.. Yang aku makan sebelum ni lagi sedap. Maybe aku tersalah kedai. Tak ingat kedai yang mana haha

Actualy kat foodcourt ni, banyak kedai yang jual ABC special. So kalau korang pegi, pilih je yang mana satu. Rata-rata semua kedai, ramai orang beratur nak beli ABC.

Err, tau kan kat mana foodcourt Seksyen 2, Shah Alam ni? Kalau nak pegi UiTM, ikut gate utama, memang akan lalu foodcourt ni.. Sebelah dengan KFC seksyen 2, Shah Alam jer.. hihi

Cuma satu je aku tak bape suka dengan foodcourt ni, tahap kebersihan dia.. hahaa. Tahap kebersihan foodcourt tu, korang nilai la sendiri nanti huhu

OkBai,
ASTraveler 2017

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *