/ Tuesday, November 20, 2018

Solat Jamak & Qasar

Assalam.

Salam Maulidur Rasul 1440H :)

Tengah syok bercuti ke tu? Aku tengah keje beb, arghh!! Takpelah, kerja jelah sebelum jadi freelance sepenuhnya lepas ni

>.<

Semoga dipermudahkan segala urusan!

OK, berbalik kepada tajuk.

Solat Jamak


Semalam drive dalam jem, aku dengar radio pasal Solat Jamak/Qasar semasa kita travel atau bermusafir kemana-mana.

Ustaz tu menerangkan,

Solak Jamak boleh didirikan kalau jarak perjalanan kita ke suatu tempat adalah sejauh 2 marhalah.

2 marhalah tu bersamaan dengan 90km

Ada yang bertanya pada ustaz, kalau travel selama lebih 3 hari ke suatu tempat, adakah dibolehkan untuk bersolat jamak/qasar?

Lagi ustaz tu menjawab,

Kiraan 3 hari yang dibolehkan, adalah seperti berikut.

3 hari tu tak termasuk dengan hari kita dalam perjalanan pergi dan pulang ke tempat tersebut. Bermaksud, 3 hari tu, tidak dikira pada hari kita bertolak dan hari kita pulang ke tempat yang kita nak pegi tu.

Contoh,

Saya nak pergi holiday ke Terengganu, Jumaat ini bertolak ke Terengganu dan Selasa bertolak balik ke Petaling Jaya. Total saya on leave adalah, 5 hari.

Adakah total 5 hari tu, dibolehkan saya untuk Solat Jamak?

Sebab, ada sesetengah pendapat, lebih dari 3 hari, kita dah tak boleh Solat Jamak dsb.

Jawapan,

Untuk dibolehkan kita Solat Jamak/Qasar adalah dikira berdasarkan hari yang kita betul-betul berada di Terengganu.

Contoh, hari Jumaat otw ke Terengganu, sampai Terengganu katakan Sabtu pagi. Saya betul-betul berada di Terengganu Sabtu, Ahad & Isnin (3 hari). Selasa pagi bertolak balik ke Petaling Jaya.

Jadi,

Sabtu, Ahad & Isnin (baru dikira 3hari)
Jumaat & Selasa tidak dikira sebab kita dalam perjalanan nak ke Terengganu/Petaling Jaya :)

Dalam perjalanan, sudah tentu boleh Solat Jamak.

Maka, sepanjang bercuti total 5 hari tu dibolehkan saya Solat Jamak.

Kalau di Terengganu saja dah lebih 5 hari, tak gerak-gerak. Contoh, kita stay di Pulau Kapas selama lebih 3 hari. Jadi, di Pulau Kapas kita dah tak boleh jamak. Melainkan kita ada jalan-jalan ke tempat lain.

Alang-alang, aku selit kan sekali niat Solat Jamak/Qasar dibawah. Cedok dari Google Image.

Clear tak?

Atau ada yang tak betul, tolong betulkan diruangan komen ye! :D

Semoga bermanfaat!

Adios,
ASTraveler 2018

No comments:

Post a Comment

Instagram

Followers