/ Wednesday, October 10, 2018

Scammer Berleluasa

Assalam.

Salam Oktober 2018.

Lagi bape bulan je kita nak masuk tahun baru kan?

Cepat betul masa berlalu :)

Post kali ni takde kena-mengena dengan camping. Tapi aku nak share sikit pasal scammer yang makin berleluasa sekarang.

Ramai kot yang dah kena tipu.

KAYA SCAMMER! >.<


So direct to the point.

Facebook

Dekat fb ni, macam-macam cara orang nak scam. Kadang-kandang orang melayu kita sendiri scam kaum sendiri.

Seller jual barang, semua gambar dah tunjuk, bagi nombor akaun semua cun dah. Siap ada company punya akaun bank.

Dahsyat!

Tapi scam.

Tapi bila dah bank in, barang tak sampai-sampai. Lepas tu, dia block terus buyer tu

Tak kurang jugak pada buyer. Diorang scam seller. Pakai DP kat whatsApp, PDRM punya logo la, gambar pegawai polis la. Entah sapa-sapa punya gambar diorang rembat. Lepas tu, beli barang bank in dekat kita.

Siap tunjuk resit transaksi.

RESIT TRANSAKSI ni perlu berhati-hati. Banyak yang palsu. So, pada semua seller, kena pastikan duit betul-betul dah masuk baru proses order. Kalau tak, naya kena tipu.

Scam dari orang luar, tak payah cakap la. Berlambak!

Nak buat transaksi antarabangsa, tapi kita kena bayar dulu kos transaksi. Lepas tu, nanti dia cover balik duit kos transaksi tadi.

Er, jangan harap nak dapat balik duit tu.

Melopong la, duit lesap >.<

Apa jua yang melibatkan duit keluar dari kita, JANGAN PERCAYA

YANG TERBARU

Scam pakai Sponsored Ads untuk tarik buyer. Buat SALE GILA-GILA konon.

Contoh, jual GARMIN FENIX 5 dengan harga RM300 kebawah.

Gila apa harga FENIX 5 RM300 kebawah. Yang 1st generation pun boleh tentu dapat dengan harga tu, walau yang terpakai!

JANGAN TERPEDAYA dengan harga yang sangat murah. TAK LOGIK DEK AKAL!

Nak beli, kena survey dulu harga pasaran. Kalau betul ada SALE, pastikan trusted seller/page.

Kalau Page pun tiada review, like pun sikit.

Korang dah percaya?

Meh ni aku tunjuk sikit page-page yang buat iklan gila-gila. Marketing power siap website. Lepas tu, boleh CASH ON DELIVERY wei!

Lepas dapat barang dari courier, ko bukak dekat rumah dapat barang murah dari China. Harga RM30 pun tak sampai.

Tak nangis?

Video pada iklan, guna GARMIN FENIX punya


Gila apa, harga GARMIN FENIX RM190 :p

Banyak lagi page lebih kurang sama. Dan ramai orang tertipu


Iklan SPONSORED ok. Siap boleh CASH ON DELIVERY (COD)

Instagram

Dekat ig pulak, sekarang ni famous dengan orang nak beli duit syiling lama. Hurmmm, sanggup beli mahal-mahal dengan kita.

Aku tak sure macamane diorang berususan, tapi taktik biasa yang digunakan. Bila nak buat international transaction, kita kena bank in dulu dekat bank antarabangsa tersebut dengan jumlah sekian-sekian.

Maybe RM500, RM300 atau RM200

Main ratus-ratus je kot.

International transaction ada charge katanya. Kita kena dulu kan duit kita, lepas tu scammer tu sanggup return duit kita balik. Kira cover semua balik la :p

Contohnya,

Dia nak beli duit lama dengan kita berharga RM500. Dia akan mintak emel dan nombor akaun kita. Nak transfer la kononnya ni. Then tak lama tu, kita akan terima emel dari pihak Bank Antarabangsa tersebut, beritahu ada caj transaksi.

Scammer tu bagitau la, ada charge. Katakan charge dalam RM300. Dia bagitau, kita bank in dulu ke acc yang diberikan melalui emel tadi, RM300. Lepas dah berjaya, scammer tu akan return balik duit kita RM300 tu. So kononnya, dia akan transfer pada kita TOTAL RM800.

Tunggu punya tunggu, jangan harapla korang nak dapat balik duit RM800 tu. RM300 tu pun, buta-buta je korang bagi dia >.<

JANGAN MUDAH PERCAYA! Jangan sewenang-wenangnya transfer duit kita pada orang!

Jadi beringatla! huhu

Actualy aku post ni, supaya orang lain tak terkena dengan taktik scammer ni. Aku pernah sekali kena. Beli jam DW.

Claim original DW.

Siap COD tu, area Shah Alam.

Harga asal DW tu dalam RM400 paling busuk

Tapi scam ni jual, RM220-RM290 gitu.

Nampak memang macam original. Tapi sebenarnya tidak.

Aku dapat jam, warranty kad kosong. Tiada cop mana-mana kedai. Kotak, paper bag semua ada.

Bila aku teliti baik-baik jam tu, rupanya...

Palsu! >.< ARGGHHHHHH!

Sebab apa aku kata palsu? 1st aku cek, cermin dia. Tak kemas. Ada senget-senget. Kalau kita tak teliti memang tak perasan beb!

COPY ORI 1:1 tuuuu tapi claim original. AIYAKKKK!

Nanti aku share gambar!

FUH!

Sangat berleluasa la orang jual DW fake! Nak untung banyak, nak cepat kaya. Ni la jadinya. Menipu orang!

Beli la di kedai, yang memang authorised dealer.

Aku pernah pm page DW, dia kata kalau tiada cop pada warranty card, dorang tak boleh claim! Tanggung sendiri

HUHU

Okla, tu je nak share.

Sekian!

Adios,
ASTraveler 2018

4 comments:

  1. sha mmg takkan beli brg kat ads fb hahaha

    ReplyDelete
  2. this is the reason why I rarely buy stuffs online. all these scammers tho, smh.

    ReplyDelete

Followers

Instagram

Tweet