/ Tuesday, September 11, 2018

Sungai Congkak Campsite

Assalam hi korang!

Macam biasalah, lepas trip kena up dekat blog. Tak boleh tangguh. Nanti jadi malas nak update.

H A H A H A!

Last weekend, cuti lama kan? So aku decide bercamping dari mereput duduk rumah >.<

Last minit plan, aku ke Sungai Congkak dengan BFF aku.

Dekat!

Sungai Congkak

Ada beberapa campsite sebenarnya dekat sana. Tapi aku pilih Chongkak Park Resort. Kalau dalam map, jalan yang paling hujung.

Korang search je dekat google map "Sungai Congkak",


Dan sure akan jumpa pintu masuk yang macam ni,

Gambar cedok dari Selangor Tourism
Pintu masuk berpagar yer.

Parking sementara di tepi dan terus ke kaunter dan buat pembayaran.


Aku walk-in, sebab nak sewa satu tapak jer.

Pihak resort bagitau, kalau nak sewa kurang dari 5 tapak khemah tak perlu booking. Tapi, kalau banyak tapak (lebih dari 5 tapak khemah) memang korang kena booking dulu.

Korang try wasap Puan Sharihan 019-3176268

Hari Pertama (Sabtu 8/9/2018)

Aku bertolak lebih kurang jam 12pm, lewat sikit sebab baru nak beli barang-barang nak masak dekat sana nanti. Maklumla last minit plan :p

Sampai kesana dalam jam 2pm+

✔Sampai-sampai, terus ke kaunter bayaran. Kaunter bayaran terletak disebelah kanan pintu masuk berpagar.

Pondok Kaunter

Sebelum buat bayaran, kena isi borang dulu. Pen ada disediakan :p Tak perlu gusar

Aku camping 3H2M untuk 2 orang.Total RM34

Bayaran masuk

✔RM1 Seorang / Malam
✔RM10 Tapak Khemah / Malam
✔RM5 Parking / Kereta


✔Lepas setel buat bayaran tu, terus masuk dan cari mana-mana port yang best untuk setup khemah.

✔Dalam resort tu ada 6 Zon campsite. Ronda-ronda sampai Zon 6, akhirnya Zon 4 jadi pilihan. Bukan sebab Zon 4 tu paling best. Actualy kalau ronda-ronda tu, Zon 5 nampak macam paling best. Tapi dah full, so Zon 4 jerlah. Janji ada tempat :D



✔Dah ada tempat tu terus setup khemah. Pastikan setup di tempat yang disediakan untuk keselamatan.

Taraaaaa, siap  setup!


✔Lepas setup khemah, bawak masuk barang dalam khemah. Then masak-masak. Al-maklumlah, kalau dah penat mesti lapar.




✔Dah setel, kenyang. Masuk tido. Tapi sebelum tu, kitorang tengok-tengok sungai. Tengok gitu je, nak masuk air macam sejuk :p





Jernih juga air. Sebab cuaca cantik petang tu. Dah habis berjalan, masuk khemah, tido.

✔Sebelum hari gelap, kami nyalakan unggun api berhampiran dengan khemah.


Actualy, kitorang takde aktiviti pun. Just saja nak bercamping, relax santai tepi sungai. So, kami hanya lepak dalam khemah dan masak-masak, mandi sungai dsb.

Its fun! Memang relax.

Hari Kedua (Ahad 9/9/2018)

✔Pagi-pagi bangun bersarapan. Jalan-jalan di persekitaran dan berehat dalam khemah.

Aktiviti macam biasa :p Takde apa yang menarik sampaila ke malam. Tapi malam ahad banyak dalam khemah je, sebab hujan sampai ke pagi isnin. Alhamdulillah khemah kami ok, tak masuk air. Cuma ada air masuk sikit-sikit, maybe sebab kami tak pasang fly. Tak bawak!

Oh, sangat penting fly!

Cuma Ahad ni memang ramai sangat orang. So, pada sesiapa yang plan nak bercamping ahad. Disarankan datang awal pagi untuk dapatkan port yang best.

Kalau lambat, memang ber HU HU la jawapnya.

Hari Ketiga (Isnin 10/9/2018)

✔Lepas bersarapan, kami berkemas dan bertolak balik :)

Overall, camping di Sg Congkak best jugak kalau dapat port yang best. Nak bercamping pun tak takut sangat, sebab ada orang jaga dan berpagar.

Cuma aku nak bagitau kat sini, beberapa kemudahan yang resort sediakan seperti,

✔Toilet / Bilik Mandi
✔Surau
✔Bilik Persalinan
✔Chalet

Semua adalah percuma, sebab kita dah bayar masuk (kecuali Chalet lah). CUMA, kemudahan yang disediakan amatlah mengecewa kan aku. Antaranya,

Toilet

✔Sangat kotor. Sampai nak membuang pun, tak sanggup tapi terpaksa
✔Toilet di Zon 1 & 2 ada certain time tiada langsung air. Dan kebanyakan toilet takde pintu. Fuh! Teruk
✔Di zon-zon lain pun, lebih kurang sama. Kotor, rosak dsb

So korang kena ready kalau nak membuang. Memang sangat payah.

Toilet yang tiada pintu & tiada kadang-kadang tiada air

Surau

✔Surau terletak di Zon 1. Besar tapi atap dia bocor. Kalau hujan, lantai dalam surau memang basah.
✔Telekung ada, untuk muslimah, tapi busuk ahaha
✔Muslimah punya space ada, sebab bertirai. Kira tak open macam sesetengah tempat, share tiada tirai.

Macam kitorang solat diluar khemah, lapik tikar. Cuma kalau hujan, kami ke surau

Bilik persalinan

✔Rata-rata semua dalam keadaan rosak. Memang tak boleh pakai. So, kena salin di toilet atau khemah

Bilik persalinan yang rosak dan scary!

Chalet

✔Chalet ada, tapi macam dah lama tak beroperasi. Usang huuhu. Maybe orang lebih prefer bercamping dari stay dekat chalet kot. Thats why macam dah kena tinggal.

Tapi kalau nak kepastian, kena tanya pihak resort la.

Aku harap, akan datang pihak resort baik pulih apa yang rosak dan jaga sebaik-baiknya kemudahan sedia ada. Amatlah penting bagi kami sebagai pengunjung resort.

Dah berbayar kan!

So pada siapa yang nak try bercamping kat sini, korang boleh contact details dibawah,

✔WhatsApp Puan Sharihan 019-3176268

✔Boleh datang Walk-In terus kalau nak bercamping bawah dari 5 khemah, tapi pastikan datang lebih awal takut full. Ramai orang woo kalau time cuti

✔Google Map "Sungai Congkak", sure akan sampai depan pintu masuk

✔Kalau tiada khemah, boleh sewa. Pihak resort ada sediakan. Tapi kalau nak kepastian, wasap nombor diatas sebab aku dapat info sewa khemah dari signboard dekat Zon 4.


✔Pintu utama berpagar, dan sentiasa ditutup. Kalau nak keluar & masuk, pastikan resit pembayaran kita disimpan. Sebab nak masuk nanti, kita tunjuk resit then diorang akan buka pagar.

✔Nak keluar malam, boleh. Sebab ada orang jaga gate sampai jam 12tgh malam. Kalau belah pagi, tak sure dibuka seawal jam berapa. Maybe 8pg

Tu je nak share :)

Selamat bercamping!

Adios,
ASTraveler 2018


4 comments:

  1. Oh! camping macam zaman sekolah.
    Tak pernah buat pun lepas habis sekolah hehehe...

    ReplyDelete
  2. Hi, nak tanya. Kalau nak bawak kereta sampai ke dalam tu bayarannya berapa ye?

    ReplyDelete

Followers

Instagram

Tweet