/ Friday, September 14, 2018

Mini Portable Stove

Hi korang!

Lately busy. So jarang-jarang sikit dapat update blog.

TQ pada yang selalu jengah, walaupun sekarang dah jarang-jarang update :)

Lepas lunch tadi, tetiba jer terkeluar idea nak post pasal dapur kecil yang senang dibawa kemana-mana, terutamanya time hiking atau bercamping.

Bukan saja-saja post. Tapi bila setiap kali aku pegi camping, dan post gambar dapur kecil tu mesti orang tanya aku,

Apa nama dia?

Beli kat mana?

2 soalan ni, memang ramai yang tanya.

Tengah masak pakai Mini Portable Stove

Maybe masih ramai lagi yang tak biasa dengan dapur mini ni atau nama komersial nya kita panggil, Ultralight Windproof Mini Portable Stove

Sebelum cebur dalam dunia outdoor ni, aku pun tak tau mana nak beli. Panggil pun dapur kecil je. Tak tau apa nama komersial dia. :D

Mini Portable Stove

Bila hiking atau camping, takkan kita nak bawak dapur yang sebesar alam tu kan? Atau bawak Portable Steamboat Stove yang macamni,

Portable Steamboat Gas Stove

Agak besar juga size nya, berbanding Mini Stove yang sememangnya kecil ni. Steamboat stove ni, nak masuk backpack pun tak muat :p

So, kalau nak memasak time hiking/camping, dapur untuk memasak tu aku suggest korang beli Ultralight Windproof Mini Portable Stove. Pilih Size yang sekecil-kecil alam.

Walaupun kecil, korang jangan ingat api dia pun kecil. Actualy nak masak guna kuali besar pun boleh.

Api dia kuat wei.

Macam dapur biasa, level api kita boleh control nak besar atau kecil.

Mudah dibawa

Ringan

Kecil
Memang size dia kecil, siap ada bag.


Boleh lipat-lipat dan masukkan dalam bag kecil

Kecil kan? Size dia bawah 10cm jer :)

Harga mini stove yang aku beli ni, 50MYR jer. Sebab maybe brand dia (Kovar Mini Stove) tak popular kot so harga dia agak murah. Aku rasa harga bawah 50MYR pun boleh dapat. 

Alhamdulillah, dah banyakali pakai, masih elok.

Kalau yang ada brand, harga cecah sehingga 300MYR pun ada.

Mungkin bergantung pada jangka hayat atau kualiti sesuatu stove.

Nak beli dimana?

Mini stove ni biasanya ada dijual di kedai-kedai outdoor. Dekat pasaraya lain tak sure, maybe ada.

Kalau nak senang, korang boleh cari di BaseCamp Malaysia ataupun korang boleh cari dekat mana-mana kedai outdoor yang aku dah list kan. Korang boleh klik link dibawah,


Okla, tu je nak share!

Adios,
ASTraveler 2018

No comments:

Post a Comment

Followers

Instagram

Tweet