/ Friday, July 20, 2018

Smart Selangor Parking / Flexi Parking

Hi,

Salam semua!

Lama jugak tak jengah blog. Almaklumlah lately agak busy. Macam-macam nak kena setel. huhu.

So harini kena rajinkan jugak diri nak share something dengan korang :)

Smart Selangor Parking / Flexi Parking

Pernah dengar Aps terbaru ni, under Selangor? Aps yang mudah untuk pengguna bayar parking secara online je, yang best tu via smartphone. Tak perlu bukak PC/Laptop.

Just free download di Google Playstore.

1. Flexi Parking


2. Smart Selangor Parking


Ada dua Aps. Dua-dua boleh install dan guna.

Aku install dua-dua, sebab dalam Flexi Parking masih takde MBPJ, dekat Smart Selangor dah ade. So aku install dua-dua.

Kalau korang, ikutlah nak install yang mana satu dari Aps yang aku share ni. 

Yuhuuuu!

1st time, aku guna Flexi Parking. Ade kawan inform. Dah guna dan dah berjaya guna pun. Alhamdulillah takde masalah sistem dan takde saman :p

Mudah dan menjimatkan masa kita nak mencari kupon parking kereta dekat kedai-kedai. 

Nak cari kupon tu pun satu hal, sebab bukan semua kedai ada jual kan? Lepas tu, kena pulak gores. Kalau tersilap gores jadi rugi. hahha

Kalau guna Aps ni, sangatla mudah. Ikut je step kat bawah ni,

Install Flexi Parking/Smart Selangor Parking
Register (Sekali dengan Plat No Kenderaan dsb)
 Topup (Macam kita reload Celcom/Hotlink etc)
 Bayar parking (Ada pilihan jam, monthly pun ada)
 Done

Mudah gila. Kalau nak lebih jimat, time penguatkuasa tu cek, cepat-cepat bayar :p Bila dah bayar, dorang scan plat nombor dan dalam sistem dah bayar. Tiadalah saman dikeluarkan. 

Best tak? :)

Jom kita pegi lebih details pasal Aps ni,

Korang boleh pilih daerah mana korang parking. Contoh di Shah Alam, korang pilih Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


Korang boleh masukkan beberapa no plat kereta. Contohnya kalau pakai banyak kereta, masukkan je semua plat no kereta yang korang ada. Nak bayar untuk kawan pun boleh. Masuk je plat nombor kereta kawan dalam aps korang register tu.


Nak topup pun mudah. Macam korang topup hanfon jer.


Boleh pilih mana-mana yang korang nak. Bulanan pun ada.


Nak transfer duit ke aps kengkawan pun boleh. Tapi yang ni aku tak try lagi :p

Dan macam-macam kita boleh cek dengan Aps ni, seperti dibawah,


Baki semasa pun ada dsb.


Kalau korang bayar pakai Aps ni, tapi still kena saman, korang boleh show history payment dekat pihak Penguatkuasa.

Setel :)

Hope benda macamni takkan berlaku, tapi incase berlaku la kan. :)

Yang lain-lain korang boleh explore sendiri.

Dan aku berharap, semua negeri apply smart parking ni. Sebab ianya memang mudah & menjimatkan masa :D

Oklah, tu je nak share.

Adios,
ASTraveler

4 comments:

Followers

Instagram

Tweet