/ Monday, May 28, 2018

Nacho Cheezy Crunch - KFC Malaysia

Assalam hi!

Salam 12 Ramadhan 1439H. :)

Cepat je kan masa berlalu...

Petang ni aku nak review sikit pasal menu KFC yang terbaru tu, Nacho Cheezy Crunch ye? :p

Nama menu dia memang phewwww, gempak.

Nacho Cheezy Crunch

Gambar pun menarik sangat.


So tak sahla kalau kita tak teringin nak try kan?

Jom kita try!

Aku makan haritu, sebab saja teringin dan kebetulan nak sambut besday bff. So kitorang decide nak makan KFC.

Teringin gila.

Maklumla tengok iklan kat TV. Terliur. Tambah-tambah bulan puasa ni kan

Jom review tengok!

Tadaaaaa,


Sama tak macam dalam iklan? :p

Lagi,


Crunchy Nancho Flakes dia tu takla banyak dan padat macam dalam iklan kan? Iklan dia bukan main penuh, melambak huhu

Itu normal. Dalam gambar/iklan memang gempak. Tapi bila try sendiri dan tengok yang real takkan sama punya :D

Jom kita kasi angkat dia pulak!

Cicah dengan Spicy Jalapeno Chesee

Bila dah rasa tu, ermmm...

memang tak puas hati sangat lah. Tak se-wow iklan, yang nampak macam rangup gila. 

Pedas? 

Memang out. 

Takde rasa spicy langsung. Walaupun kita dah cicah dengan sos Spicy Jalapeno Cheese dia tu huhu

Lagi satu, cepat muak. 

Nancho Cheezy Crunch ni, overall biasa saja. Rasa dia macam kita makan ayam original, dimakan dengan keropok dan di cicah dengan cheese. huhu

Agak masin dan tak pedas.

RM14.90 1 set untuk 2 ketul Ayam + Mango Peach + Spicy Jalapeno Cheese, kenyang tapi tak puas.

Ape perasaan korang kalau makan kenyang, tapi tak puas?

Rasa macam lapar je lagi kan? hahaha

Bagi aku, ni la 1st and last!

Tekak orang lain aku tak tau la, kot sedap kan :D

Belum try, belum tahu! Selamat mencuba :D

Adios,
ASTraveler 2018

4 comments:

  1. tak berapa sangat ke? tapi teringin gak nak try :D setiap kali kfc ada menu baru mmng saya selalu cuba hehehe
    tapi bagi saya, chizza jugak yg paling best dalam banyak2 menu kfc

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah xbpe best.

      yess chizza okla dari bnyk2 menu baru dia :)

      jgn lupa try yg ni ek. lain orang lain tekak :D

      Delete
  2. dah rasa jugak. memang tak rasa pedas dia.

    ----------
    Ada akaun Instagram & dan nak menang perfume FREE.
    Jom join giveaway kami (IG: @rexylla).
    Syarat penyertaan cukup simple.

    ReplyDelete

360° View

Virtual Tour Mount Kinabalu

Follow@Instagram