/ Thursday, March 22, 2018

Restoran Gegey Shah Alam

Assalam.

Fuh, lama betul tak update blog. Agak bz.

Gift GA yang lepas pun saya masih tak bagi, sebabnya bungkusan tertinggal dekat kampung. So sorry >_<

P/S: Jangan risau no korang sy simpan huhu..

Ok berbalik pada topik.

Restoran Gegey Shah Alam.


Tengok sikit dekat dalam restoran.

Tadaaaaa,


Hipster tak?

Korang pernah dengar atau singgah tak restoran hipster ni?

Aku ni baru semalam try, sebab member-member ajak makan. Selama ni just lalu je, sebab dengar-dengar harga setiap menu boleh tahan mahal.

Bila dah masuk restoran ni, baru tau sebab apa mahal.

Sebab apa mahal? Sebab makanan dia banyak wei. hahaha.! Terkejut aku, makan semalam. 

Kitorang amik satu set menu + air makan untuk 4orang. Satu plate, 4 orang makan.

Korang boleh bayang tak? :p

Nah tengok sikit total harga, kitorang makan semalam,


Kitorang order,

1x Rainbow (Air)
1x Small Western Platter

Tadaaaaa,

Inilah rupa air Rainbow nya!


Besar gila beb, satu gelas minum 4orang :p Siap ada kek lagi kat atas tu. Padan lah tu dengan harga RM14.90 segelas huhu

Small Western Platter dia pulak, kita tengok banyak mana.

Tadaaaaa,


Tu dia, ada ayam, Spaghetti, Meatball, French fries. Satu dulang. Patutlah dengan harga RM44.90.. Seolah-olah kita order 4 pinggan.

Kalau korang datang makan 2 orang je, aku rasa boleh termuntah hahaa! Banyak gila. Yang kitorang order ni pun, small plate jer. Kalau plate besar taktau la macamne huhu..

Yang single plate kalau xsilap aku ade jugak. Yang tu boleh makan share 2 orang. Nextime try.

So, pada sape yang nak makan sini. Korang pegi la by group. Memang puas hati.. Pegi 2-3 orang je, takut makanan tak boleh habis huhu..

Bukan tak boleh habis sebab tak sedap, sebab banyaaakkkk! haha. Makanan dia sedap, tiptop! Wajib pegi.

So,

Kalau nak pegi sini, korang bole google map je Restoran Gegey Shah Alam. Atau korang waze alamat kat bawah ni,

Restorang Gegey, Shah Alam

Alamat: No. 12 & 14, Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin (tutup) , dari jam 12pm - 11pm

Phone No: 013-880 9896

Okbai!

Adios,
ASTraveler2018

6 comments:

  1. Nampak macam besh jer ni... Shah Alam jer pun.. bolehlah Sis terjah kat sini nanti :))

    ReplyDelete
  2. perghhhh terliur gilaaa

    hi. jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah tula. nti sy singgah :D TQ jemput

      Delete
  3. mak aihh...makan dlm dulang ker? jgn ada yg tak boleh bangun kekenyangan pulak nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah set 4org mkn dalam dulang haha. nasib baik smua bole bangun lg :p

      Delete

360° View

Virtual Tour Mount Kinabalu

Follow@Instagram