/ Wednesday, March 28, 2018

Nasi Lemak Place, Kuantan Pahang

Salam hi.

Last weekend aku ade shoot dekat area Cherating, Pahang. Tapi macam biasa, aku stay dekat Kuantan 3 hari 2 malam di Apple Boutique Homestay via Booking.com

Booking.com memang aku selalu dapat rate murah dan berbaloi!

3D2N RM100 saja, bilik dengan private bathroom. TV takde, rosak gamaknya. Tinggal holder TV je. TV takde takpe, sebab aku bukan jenis duduk dalam bilik jer.

Rugi la, kalau travel tak explore mana-mana. Kan?

Sebelum bertolak ke Cherating, aku singgah makan breakfast dekat Nasi Lemak Place. Area berdekatan dengan homestay.

Search by Google Maps, taip Nasi Lemak sedap area Kuantan.

Actualy, kawan aku yang teringin nak makan nasi lemak pagi tu. So carilah.

Terjumpala restoran ala-ala hipster ni, makan nasi lemak. :D

Tadaaaa,


Kedai dia kecik je, tak besar mana pun. Tapi hipster habis. 

Jom masuk!


Dan lagi...


Hipster kan? Kalau masuk kedai diorang ni, rasa nak bergambar je. Cantik wei :p

Aku paling suka tengok mural ni. Comey!


Yang penting, Nasi Lemak Place ni dah pernah masuk JJCM 

Jomla tengok menu Nasi Lemak dia pulak!

Duduk dulu order menu.


Actualy bukan nasi lemak je diorang ada jual. Macam-macam. So disebabkan memang tujuan nak makan nasi lemak, kitorang order Nasi Lemak.


So pagi tu, kitorang order,

1x Nasi Lemak Rendang Ayam RM7
1x Nasi Lemak Sambal Kerang RM6.50
1x Limau Ais RM2
1x Nescafe Ais RM3

Total: RM18.50

Tadaaaa,

Nasi Lemak Rendang Ayam
Nasi Lemak Sambal Kerang
Servis cepat. Dan rasa Nasi Lemak dia okla, sedap. Tapi tak bape pedas sambal dia. Aku ni kuat pedas! So kalau pedas lagi tu, lagi sedap :D

Rendang ayam dia, oklah not bad. Tapi tak kena sangat dengan tekak aku. Mak aku masak lagi sedap :p

Sambal kerang dia, ok. Sedap!

Overall, okla. Nextime boleh singgah rasa menu lain pulak!

So pada sape yang teringin nak try makan dekat sini, korang bole waze alamat dekat bawah ni,

Nasi Lemak Place,
B-272/D GROUND FLOOR, LORONG AIR PUTIH 1, 
JALAN BESERAH, 25300 Kuantan, Pahang

Atau korang bole view facebook dorang Nasi Lemak Place

Tu jela nak share.

Adios,
ASTraveler 2018

4 comments:

  1. mmg hipster la kedai dia.. dekorasi pun cun..sedap pulak ngk nasik lemak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. nti dtg kuantan singgah sini :D

      Delete
  2. nice review.. memang tertarik nak pergi sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. nti kalau ke kuantan jangan lupa singgah ye :)

      Delete

Followers

Instagram

Tweet