/ Friday, February 2, 2018

Malaysia Thailand Halal Food Festival (MATHAF)

Salam Februari 2018 semua!

Cepat wei masa berlalu. >.<

Ni aku nak citer pasal MATHAF. Malaysia Thailand Halal Food Festival 

Aku tak sure MATHAF ni, julung kali diadakan dekat Malaysia ni atau memang dah lama, cuma aku baru tahu :p

Mungkin MATHAF ni akan round seluruh negeri dalam Malaysia :p Maklumla festival makanan kan? :D

Korang pernah pegi MATHAF tak?

Aku baru terjah dengan member semalam, dekat area Giant Kelana Jaya, depan Paradigm Mall.



Macam-macam ada. Rambang mata tengok makanan.

1st sekali tempat yang agak menarik perhatian aku,

Nahhhh,


Jeruk, asam.. Phewwww! hahhaa.. Yang kering ada, jenis basah pun ade.


Beli timbang. Bole campur-campur katanya. So aku rembat banyak ni.


Pegi timbang banyak ni, RM10. 

Tak tau la nak kata mahal ke murah. Kalau aku beli asam jeruk dekat kedai biasa lagi mahal. Pek kecik je, RM1.20.

Pilih-pilih ni semua layan diri, so korang pilih dan sumbat je mana yang berkenan. Lepas tu pegi beratur timbang dan bayar. Harap pandaila bajet-bajet. Kang terlebih amik, banyakla kena keluar duit hahaha..

Sementara pegi timbang, biasala mata ni. Semua benda nak tengok.


Rambang mata >.<


Merembes air liur hahaha. Kecur tak? hahaha..

Round semua tempat, semua makanan nampak sedap. 

Kepak ayam madu Sabah pun ada. Feveret bff aku ni
Ketam ni. wowwww

Cekodok pun adeee

Overall, semua harga makanan kat sini nak kata mahal sangat tak, nak kata murah sangat pun tak jugak. Yang penting, macam-macam ada. Nasib baik sebelum pergi sini, dah makan. Kalau lapar, mau lepak sini makan haha.


Ramaikan lepak makan sini :p

Selain makanan, ade jugak benda lain yang dorg jual. Kira macam pasar malam jugakla. Lepas makan, cuci mata pulak.


Habis round, last sekali aku serbu Mangga 88 sebab nampak macam menarik jer..


Mula-mula nak beli mangga float, tapi harga RM10. Pergh agak mahal gak tu. Tp special la, sebab float dengan aiskrim Wall's. Disebabkan keinginan takdela kepada float, cuma nak rasa jus mangga je, aku just rembat sebotol Mangga 88 ni. RM5/botol


Dah rasa memang pekat jus mangga semata 


So sesape yang tinggal area Kelana Jaya, boleh la serbu MATHAF ni. Festival ni diadakan dekat lot parking berhadapan dengan Giant. Closing date dia 4hb ni, ahad. 

Tak lupa jugak, pada peminat durian. Ada booth durian jugak dekat situ. Tak surela harga dia, murah ke mahal sebab aku tak singgah pun, tak makan durian hahaha :p

Next MATHAF tak tau la dekat mana lepas ni.

Untuk info lanjut korang boleh view sini MATHAF

Adios,
ASTraveler 2018

2 comments:

Instagram

Followers