/ Friday, February 9, 2018

Cara Nak Tukar Watch Face Pada Amazfit Pace

Assalam hi semua!

Petang ni aku nak share, macamane nak tukar Watch Face dekat smartwatch korang. Yang aku bagi contoh ni, untuk Smartwatch / Sportwatch Amazfit Pace. Untuk smartwatch yang lain, maybe kaedah dia lebih kurang sama :)

Aku share dekat blog jela, nak review dekat video macam tak best :p

Amazfit Pace,

Tadaaa...


Rasanya ramai yang dah sedia maklum dengan smartwatch ni. Antara gajet yang paling top sekarang, selain fitness band/fitness tracker.

Smartwatch ni, ada macam-macam function untuk kegunaan kita. Antaranya, 

1. Track steps harian
2. Check heart rate
3. Weather forecast
4. Baca WhatsApp/Email/FB etc tanpa buka smartphone
5. GPS
6. Compas

dan lain-lain.

Yang bestnya, dia punya face bole tukar-tukar. :D

So, ni yang aku nak tunjuk, macamane cara nak tukar Watch Face dia. 

Jom!

Cara Nak Tukar Watch Face Pada Amazfit Pace

Pertama,

Mestila korang kena cari, watch face yang korang bole download dari website secara free. Korang cari la dekat Google Search, taip Amazfit Watch Face. Dan akan keluar macam-macam website, then korang pilih je nak yang mana. 

Macam aku, lebih prefer website ni. Senang nak download.


So open website, then pilih jenis smartwatch mana yang korang pakai.


So aku pilih, Pace lah. 

Then, akan keluar banyak Watch Faces. Rambang mata nak pilih. Hahaha.. Dah macam nak shopping pulak. :p

Btw, benda ni free download jer.

Tapi, dekat Google Playstore ada juga yang kena bayar. Tapi aku lebih prefer yang free :p


So pilih mana yang korang suka.

Then see details.

Lepas tu, korang klik download dan akan keluar file .wfz 


Then klik pada file .wfz tu, macam kat bawah ni,


Then show in folder. Atau open je mana-mana folder yang korang save file tu.


Lepas tu, ambil Amazfit korang dan connect kan pada PC/Laptop guna USB


Lepas dah berjaya install atau connect, buka folder Amazfit dan cari folder WatchFaces.

Then, copy file .wfz, dan paste dalam folder WatchFaces pada Amazfit yang korang cari tadi.

Secara automatik, file watch face yang kita paste tadi akan masuk dalam menu watchface dalam smartwatch.

Selesai!

Then korang boleh tukar watch face direct pada smartwatch macam video kat bawah ni,


atau via aps dekat phone macamni,


Done! :)

Selamat mencuba!

Adios,
ASTraveler 2018

2 comments:

Followers

Instagram

Tweet