/ Monday, February 12, 2018

Alternatif Parking Untuk Para Hiker Bukit Gasing (PJ)

Assalam semua.

Last weekend, aku berpanas badan lagi dengan kengkawan dekat Bukit Gasing. Paling dekat kan? Kalau jauh, payah gak nak pegi :p

Memang ramai sangatla last week.

#LuarBiasa

Parking yang dekat dengan pintu masuk Bukit Gasing memang full giler. Terpaksa parking jauh sikit , dekat lorong-lorong yang ada kosong. Lagipun, jarang jugak parking dekat bahu jalan dekat-dekat dengan pintu masuk bukit tu. Sebab ramai sangat yang dah kena saman dengan MPPJ.

Kekadang tak paham, tempat gitu pun kena saman. Melainkan block jalan orang atau rumah-rumah orang.

Oh, Malaysia!

Then last weekend jugak, ramai dapat notis. Aku pun dapat, tapi nasib baik tak dapat surat saman :p

"Alternative Parking For Bukit Gasing Hikers"


Alternatif parking yang disuruh tu, berhampiran dengan jalan besar, Jalan Gasing. Takut kena saman gak kat situ sebenarnya. Dan agak jauh dari pintu masuk Bukit Gasing. 

Jalan jauh kalau dalam hutan takpe, ini ikut jalan raya yang panas terik huhu. Naya jugak

Disebabkan dekat PJ side pun dah susah sebab parking.

Then, better lepas ni parking dekat KL side jela sebab lebih besar space dan mungkin agak selamat. 

PJ side macam dah tak best nak parking.

Summon's everywhere! :p

PARA PENDAKI BUKIT GASING DEKAT PJ SIDE,

Korang mesti kena amik perhatian ye, sebab saman MPPJ sekarang ni dah link dengan JPJ huhu. 

Dulu tak. Sekarang, ya! Dah link. 

Nanti susah, kalau tak bayar saman, sangkut dengan JPJ pulak. hahaa

So apepun, kena ikut jelah. Kita ni rakyat marhean je hahaha

Adios,
ASTraveler 2018

8 comments:

  1. woohhhh baru tau ni saman parking link dengan JPJ huhu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas makluman ye

    ReplyDelete
  3. Rasa macam dah lama pula tak g hiking. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiking la. aktiviti terbaik utk bakar lemak :p

      Delete
  4. nak ber hiking pun tak senang bila fikir kereta kena saman

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah tau xpa. lepas ni kalau nak pegi gasing kena naik belah Pantai Hillpark KL, org kata situ byk parking free. rasanya la freee. kalau byr tak tau la pulak kan hahhaa

      Delete

360° View

Virtual Tour Mount Kinabalu

Follow@Instagram