/ Friday, January 19, 2018

Natural Crystal Roll On Deodorant

Salam hi semua!

Pagi ni aku nak tulis pasal, deodorant. Sebab semalam, aku ternampak dekat group HACAM (Hiking Camping Around Malaysia) ada orang tanya, "Korang masuk hutan bawak deodorant tak?"

Deodorant. Semua orang tau kan?

Normaly kita semua pakai deodorant jenama yang popular seperti Rexona, Adidas, Dove dalam bentuk stick atau spray yang sangat wangi baunya :) Betul?


Aku pun pakai, sebab memang ada yang tahan sehingga 24 jam. Sampai ada kesan pada baju, melekat color putih dibahagian ketiak. Betul tak? hhahaha! Susah nak hilang pulak tu

Ini menunjukkan, mungkin bahan kimia yang digunakan pada deodorant tu >.<

Ada satu jenis natural deodorant yang tiada bau, yang tiada bahan-bahan kimia dan juga akan protect bau badan. Deodorant ni memang sangat sesuai bawak masuk hutan. Natural smell kan

Setakat yang aku pernah pakai, ada 2 jenis.

Brand Total Image
Yang ni tak sure brand ape haha
Bagus, takde bau wangi dan protect bau badan yang masam atau pahit haha. Dan takde kesan putih-putih dah pada baju.

Mana nak cari deodorant ni?

Haa, macam biasa dekat Watson atau Guardian ada jual. Harga adalah sekitar RM15-RM30++ bergantung pada size. Mahal jugak sebenarnya. Tapi tahan lama.

Cara nak pakai dia lain sikit, setiap kali nak pakai kena basahkan sikit pada stick tu. Kalau tak basahkan, kesat yang amat hahaha. Stick dia tu macam garam mineral. Paham-pahamla kalau stick tu dalam keadaan kering :p

So pada siapa yang memang kerap masuk hutan, aku sugest korang beli deodorant ni. Takde bau wangi, takdela si lebah atau serangga follow. Satu lagi, kalau sape yang ada masalah ketiak bau pahit, korang boleh try ni. InshaAllah berkesan.

So? Jangan lupa serbu Watson/Guardian lepas ni ye.

Tempat lain ada jual tak?

Tempat lain, tak sure. Macam giant atau tesco, tak perasan. Mungkin ada.

Okla tu je nak share!

Adios,
ASTraveler 2018

No comments:

Post a Comment

360° View

Virtual Tour Mount Kinabalu

Blog Archive

Follow@Instagram