/ Tuesday, January 23, 2018

Latihan Terbaik Untuk Persiapan Mendaki Gunung

Assalam.

Harini aku nak share sikit, pasal training. Ada yang tanya, training apa yang paling terbaik untuk kita buat sebelum mendaki mana-mana gunung yang agak tinggi.

Kena prepare tau.


Contoh training yang aku pernah buat sebelum mendaki Gunung Kinabalu dulu,

Jogging
Walking / Hiking
Squat / Naik turun tangga

3 latihan ni aku kerap buat.

Jogging, berlari anak je bukan running. Biar relax dan santai, jangan paksa diri. Bukan nak jadi runner pun. Buat sikit-sikit. Mula-mula 1km, lepas tu 3km, then 7km. Lama-lama kalau dah biasa, 10km tu dah tak rasa apa sangat :p

Walking/Hiking, Kalau dah hiking tu, dah tentula kita banyak berjalan kan? So, untuk ini aku akan hiking bukit-bukit yang rendah je. Contoh, Bukit Saga / Bukit Apek, Bukit Gasing, Bukit Broga. 3 bukit ni memang aku sarankan korang naik untuk buat training mental dan fizikal. Tp 2 bukit ni terletak dekat area Selangor/KL la. Yang mana dok luar dari Selangor/KL, boleh je mana-mana bukit. Asal buat :)

Squat / Naik Turun Tangga, untuk yang ni kalau tak jumpa tangga, korang buat squat je kat rumah. Kalau memang duduk rumah yang ada tangga tu syokla, korang naik turun tangga je hari-hari.. Latihan ni adalah untuk kuatkan lutut kita.

Ini contoh Squat,


Actualy, banyak je lagi latihan lain yang kita boleh buat. Banyak. Cuma, bagi aku, 3 latihan ni adalah paling mudah untuk aku buat. :)

So, apapun sebelum naik gunung kena la buat persiapan rapi. Fizikal dan mental kena ready. Stamina kena kuat supaya tak cepat pancit.

Goodluck pada yang nak hiking gunung tinggi-tinggi tu. Semoga impian tercapai :D

Adios,
ASTraveler 2018

10 comments:

  1. tak mampu nak panjat tinggi2.. dapat tengok gambar pun cukup lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. yela. ikut hobi masing-masing kan. sy pun dah slow hiking. skrg nak bercamping jer haha

      Delete
  2. Wow dah panjat Kinabalu, terbaik sis. Saya panjat broga pun hancuss, fitness out xD Thanks for the tips!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. lama dh tu.. alhamdulillah :) biasala tu. sy mula-mula naik broga pun pancit.. broga boleh tahan gakk ahah

      Delete
  3. Wah! saya pun suka hiking.. nice tips!! Thank you.. :)

    ReplyDelete
  4. Hobi saya dulu2 pun hiking.sekarang jer susah sikit nk hiking sbb ade baby.harap lepas nie bole teruskan hoby nie lagi.

    https://bantalhotelcorner.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete
  5. Banyakkan naik bukit pun membantu meningkatkan stamina dan mental untuk persediaan naik gunung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. naik bukit ada 3 benda ni. berjalan (trekking), tangga (hiking/squat). tp kalau takde masa nak naik bukit, guna cara ni jer :)

      Delete

Blog Archive

Instagram

Followers