/ Thursday, January 18, 2018

Insect Repellent Spray

Assalam semua.

Pernah pakai Insect Repellent Spray atau Spray Pencegah Serangga?



Insect Repellent adalah salah satu item penting yang kita kena bawak kalau nak masuk hutan. Siapa yang rajin masuk hutan mesti biasa pakai Insect Repellent ni. Tujuan dia adalah untuk mencegah dari serangga yang dok terbang-terbang ikut kita. Terutamanya lebah atau tebuan. Selain itu, nak elak dari terkena gigitan nyamuk.

Biasanya bau yang biasa aku pakai, adalah bau serai. Benda alah ni, kita spray dekat baju, atau kalau boleh nak spray satu badan sebab taknak lebah atau serangga lain follow. Tak silap aku, spray dekat muka pun takde masalah. Tapi time spray, mata kena pejam ler :p

Kenapa bau serai?

Adalah lebih bagus, kalau kita nak masuk hutan biar bau badan kita natural jer. Tak kacau penghuni hutan. Apabila kita bawak bau yang agak wangi, takut-takut mereka (serangga seperti lebah etc) terganggu.

Aku paling tak suka, bila trekking dalam hutan lebah/tebuan dok follow. Silap haribulan, kena sengat huu.

Selain dari bau wangi, lebah memang tak suka bau peluh kita. Kalau dah trekking jejauh, memangla badan kita berpeluh kan? So, nak elak lebah follow. Spray la banyak-banyak insect repellent ni. InshaAllah lebah tak follow :D

Dimana ada jual?

Biasanya, kedai-kedai outdoor banyak jual benda alah ni. Kalau tak silap, tempat lain macam Guardian/Watson, Giant pun ada jual. Harga antara RM10 - RM25 sebotol.

So para hiker atau yang rajin redah hutan, korang wajib ada satu yer!

Adios,
ASTraveler 2018

No comments:

Post a Comment

360° View

Virtual Tour Mount Kinabalu

Follow@Instagram