/ Monday, January 15, 2018

Degupan Jantung - Heart Rate (HR)


Sebagai nota dan info, aku nak share sikit apa yang aku baca pasal Degupan Jantung atau Heart Rate (HR)

Sebab degupan jantung seseorang adalah amat penting untuk kita tahu :)

Setiap pergerakan atau aktviti yang kita buat termasuk tidur, mempunyai nilai kadar denyutan yang berbeza-beza. Nilai yang dimaksudkan adalah seperti berikut.

  • Kadar degupan jantung antara 60 - 100 per minit adalah normal (dalam keadaan duduk, atau resting dsb)
  • Kadar degupan jantung antara 120 - 130 per minit (max 190bpm), adalah apabila seseorang melakukan aktiviti kardio, seperti berlari dsb. 
  • Degupan jantung antara 50 - 60 per minit, adalah kadar degupan semasa tidur.

Kadar degupan jantung akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan badan seseorang dan bergantung pada umur seseorang.

Sekiranya kadar denyutan jantung tidak berubah mengikut keperluan badan, itulah yang dikatakan sebagai tidak stabil atau tidak normal.

Kalau korang nak pantau HR korang setiap masa, kena la beli satu Fitness Tracker! :D

Sekian,
ASTraveler 2018

4 comments:

360° View

Virtual Tour Mount Kinabalu

Blog Archive

Follow@Instagram