/ Tuesday, January 2, 2018

Blue Lagoon Port Dickson

Assalam,

Last 2 week, aku terjah PD. Bercamping.

Lama jugak plan nak camping ni. 1st, plan nak ke CH (Cameron Highland). Nak bercamping di Sg Pauh, tapi tutup sampai New Year.

So tak jadi la ke CH.

Cari punya cari, aku jumpa 3 tempat ni

Pantai Saujana
Pantai Purnama
Blue Lagoon (Tanjung Biru)

3 tempat ni ramai yang suggest, bila tanya di group HACAM. 1st sebab 3 tempat ni antara yang terselamat la kalau nak camping berdua dihujung minggu. Sebab aku plan bercamping 2 orang je dengan bff. Saje nak relax santai, tido dalam khemah. Lebih jimat dari sewa hotel.

Aku bertolak dari PJ, sabtu pagi dalam jam 10pg. Sampai PD lebih kurang jam 2ptg+. Lambat sampai, sebab banyak tempat singgah :p Kalau ikutkan, dalam sejam lebih dah sampai :D

Dalam perjalanan tu, aku lalu Pantai Saujana dulu. Tapi, tengok dari dalam kereta je. Macam sesak. So terus ke Pantai Purnama.

Bila dah sampai Pantai Purnama tu, parking hampir full. So, try la jugak jengah kat tepi pantai. Kot la ada tempat lagi nak bercamping.

Bila dah tengok tu, memang dah full. Kalau dekat bahagian atas tu, ada la kot dalam 2-3 tapak lagi. Tapi macam tak best, sebab jauh sikit dari pantai. Tapi dekat dengan surau dan toilet.

Bincang dengan bff, try terjah Blue Lagoon. Ader yang kata sana lagi best dari Pantai Saujana & Pantai Purnama.

Dari Pantai Purnama ke Blue Lagoon tu tak jauh dah. Dalam 7-10km.

Blue Lagoon tu, memang dekat dengan Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan. Siapa yang pernah hiking dekat situ, akan tau la lokasi Blue Lagoon dekat mana. :)

Blue Lagoon


Macam best je kan?

Mula-mula sampai tu tengok, ramai dah yang bercamping. Tapi, sebelum tu ada terjumpa papan tanda tulis "Dilarang berkhemah" bla bla bla. 

Confused jugak.

Kot la belah malam memang takde orang camping.

Nak kan kepastian, aku tanya sorang peniaga yang berniaga dekat-dekat situ. 

Dorang kata, boleh. Weekend memang ramai je yang camping!

Lega! 

Yang paling best, tiada sebarang bayaran untuk bercamping. Kalau dekat Pantai Purnama, ada bayaran untuk tapak khemah.

Horeayyy, boleh bercamping. Lepas makan dekat gerai berhampiran, aku cepat-cepat cari tempat nak setup khemah. Takut full nanti!

Nasib baik ada port best. Memang betul-betul mengadap pantai :)

Rasa best bila dah siap setup!
Lepas tu kami kemas apa yang patut.

Untuk toilet dan surau, ada disediakan.


Toilet macam biasa, ada bayaran. Open 24jam. So senang kalau tengah malam nak memerut hahha. Surau ada juga disediakan dan terletak disebelah kedai. Tapi kalau tak silap aku, share lelaki perempuan. So kena bergilir kalau nak masuk.

Tapi haritu, aku pegi solat dekat masjid. Lebih selesa. Masjid dalam 2-7km

Parking juga disediakan tanpa bayaran. Tapi kalau full, kenala parking jauh dan kena menapak sikit. Better weekend kena pegi awal :)

Tengok, full :) Apartment dekat depan parking tu, adalah hotel untuk pelancong yang tak berminat untuk camping
Memang santai kalau lepak tepi pantai, dalam khemah sambil makan-makan dan tengok gelagat ramai orang :D

Masih ramai lagi yang baru setup khemah

Peralatan memasak semua dah bawak. Tinggal nak masak je. So kami plan, masak-masak lepas maghrib. Tapi pada siapa yang nak bercamping saja, malas nak memasak. Dekat sana ada gerai makan. Dorg buka sampai tengah malam. So dont worry :)

Ramai yang camping waktu malam, so takdela takut :)
Setup tempat masak.
Aku guna stove jer. Cost RM50 + RM7 gas. Set periuk tu aku beli dekat Decathlon. Mur mur jugak!
Lepas siap masak, makan-makan. Then tido :)

Apapun, bercamping di Blue Lagoon ni seronok. Pantainya memang sesuai untuk bercamping. So, pada siapa yang bercadang nak camping dan bermalam dekat pantai, korang bole je Google Map, search Blue Lagoon, Jalan Pantai Port Dickson seperti dibawah.


InshaAllah sampai. Kalau weekend, better pegi awal pagi. Takut petang dah full orang setup khemah. Then yang paling penting, pastikan tempat nak bercamping tu selamat untuk bercamping.

Meh share sikit Panorama dekat sana,


Adios,
ASTraveler 2018

14 comments:

  1. pernah camping kat sekolah jelah dulu haha tu pun dalam padang sekolah je, bestnya pengalaman camping mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mmg best tau bercamping. ilang rasa stress. tp yg penting kena cari tmpt selamat untuk bercamping :)

      Delete
  2. Lama tak bercamping.. Teringat zaman belajar.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Nak tanya le..kot sapa2 tau ada chalet dpn pantai bole camping skli??

    ReplyDelete
  4. Khemah tu kena bwk sendiri ke ? Ada servis sewa khemah x kt sana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khemah bawa sendiri, tiada servie sewa khemah disini :)

      Delete
  5. ade x campervan park skali dkat port tu.

    ReplyDelete
  6. Camping kat Blue Lagoon xperlu book apa2 kan? Kami just walkin aje?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpyh book. walk in je. sape cpt dia dapat :)

      Delete
    2. Ada orang buat campfire x kat sane? Ke dilarang?

      Delete
    3. setahu sy memasak guna unggun api atas pasir mmg dilarang. sbb ada pegawai yg akan pantau. better bawak stove :)

      Delete

Blog Archive

Instagram

Followers