Assalam.

Last weekend aku dengan 2 orang kawan redah Bukit Gasing. Memang tak pernah jejak bukit ni, walaupun tak sampai setengah jam dah sampai kalau bertolak dari rumah.

Nak panaskan badan, exercise untuk bakar lemak berlebihan memang sesuaila kesini. Ramai orang pulak tu.

Aku pegi semalam, jam 9 pagi naik, turun dalam jam 12tengahari. Main redah je. Aku ingatkan ada satu trek, satu jalan. Banyak jalan rupanya..


Sepanjang hiking, redup sebab banyak pokok-pokok. So tak risau panas kalau pegi lewat sikit pun. Tak macam broga. Atas tu panas sangat. huhu



Redup kan? So nak pegi tengahari pun takde hal kot :p

1st aku naik, aku pegi area Pencawang. Tanya orang yang hiking dekat situ, pencawang tu salah satu puncak Bukit Gasing. Takde view pun. Ketinggian dalam 190meter.

Lepas sampai situ, aku turun, pegi puncak menara kawalan pulak. Ketinggian dalam 160meter.



Kat sini panas. So kejap je lepak. Lagipun ramai lepak situ. haha


Then seterusnya, kitorang plan nak turun. Jalan punya jalan, sampai kitorang terlepas ke Taman Rimba, Pantai Dalam KL. Baru aku tau Taman Rimba ni sebelah dengan Bukit Gasing jer. So, terpaksa la naik balik sebab kitorang parking dekat perumahan enterance Bukit Gasing. 

Bukit Gasing ni memang banyak dia punya laluan. Kalau kita tak tahu, memang satu bukit la kita tawaf. Haha. Nak turun tapi, tersinggah dekat jambatan gantung pulak. Ngeee...

Tadaaa...!


Nak jalan atas jambatan ni, kena jaga jarak. 5 meter katanya.. Ada tulis dekat papan tanda tu.. Lepas je dari jambatan gantung.. Trek agak mental sikit hahaa.. Tu dia,


Boleh tahan hahhaa.! Biasala kalau dah hiking, kena la hadapkan? :) Lepas naik tangga tinggi tadi tu, lepak dekat atas tu, maybe puncak lepas tangga tu. Ketinggian 172m.



View lepas harungi tangga tinggi huhu


Jam pun dah hampir pukul 12 tengahari. So decide turun.


Akhirnya turun jugak..... :D Jadila progress aku semalam dapat bakar sikit..


So, sape yang tak pernah pergi dan nak try pergi. Korang boleh waze je "Bukit Gasing, Petaling Jaya" atau taip Jalan Tanjong 54, Bukit Gasing. InshaAllah boleh sampai. Enterance dia kawasan perumahan,

P/S: Time pegi haritu, sebelum parking. Ternampak MPPJ tengah saman orang yang parking tepi jalan. So berhati-hatila.. Aku haritu parking jauh sikit dari pintu masuk ke Bukit Gasing tu. haaaa

OkBai,
ASTraveler

Bukit Gasing

Tuesday, February 14, 2017

Assalam,

Pernah makan set Nasi Kambing Bakar Menangis? Nak makan set ni, meh singgah Restoran Mai Rasa. Rasa dia, pergh mengancam!

Tak caya, meh tengok!


Kehitaman warna daging kambing yang dibakar bersama sosnyer.. Wow!


Nampak tak? Kalau tak nampak, meh nak close up lagi hahahaha!


Bersama perahan limau.. Sedap kot. ahaha

So, kalau saper rasa nak try. Korang boleh serbu Restoran Mai Rasa ni. Not sure ada cawangan ke tak. Yang aku pegi ni, area Seksyen 7 Shah Alam.

Harga dia, ok. Hanya RM10.90 saja. 

OkBai! :p
ASTraveler

Nasi Kambing Bakar Menangis

Monday, February 13, 2017

Assalam hai!

Sape pernah singgah makan dekat mana² cawangan Restoran Burger Bakar Abang Burn? Aku baru tadi berkesempatan singgah dekat cawangan Seksyen 7, Shah Alam.

Mula² lalu jer, takde plan nak kesitu. Tapi masa lalu tadi, tengok macam takde orang. So aku singgahla, sebab memang dari dulu rasa nak try. Tak tersinggah sebab kalau lalu je, mesti orang penuh. Tapi malam ni, lengang sikit. Ngeeee..

So, singgahlaaa...

Tadi dok order,

1. Beef Cheezy
2. Curly Fries
3. Teh O Ais
4. Air Kosong

Total semua tadi, RM22.50 termasuk GST. 


Tunggu tak lama pun. Cepat jugak servis dia. Memang tak sabor nak try ni.. selama ni dok tengok orang viral jer. Kali ni kiter try dengan tekak sendiri pulak. 

 Jeng jeng jeng!

Makanan udah sampai!

Tu dia kita kasi close up!

Phewwww. Beef Cheezy Burger. Nampak sedapkan? Ni kita kasi close up dia punya Curly Fries pulak! :p
 
Tu dia, Curly Fries dia. Mengancam! :p
 
Ni dia hidangan sekali air..

 
Teh O Ais. Beso bekasnyer..
Rupa cantik dah. Rasa, kita tak tahu lagi. So, ape lagi, jom makan! :D

Belahan demi belahan...
  
Ketebalan daging. Phewwww! Cheese bersepah..
 
Memang sedapla. Tak nyesal pun singgah tadi! :p Ni dia bukti sedap...
 
Licin!

So yang mana belum penah try, korang wajib try. BBAB (Burger Bakar Abang Burn) ni banyak cawangan dia. Korang bole tengok info diorang ni.

Burger Bakar Abang Burn

Alamat: PG 23, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Masa Operasi adalah 5 petang ke 12.30pagi

Twitter : @AbangBurn 

OkBai!
ASTraveler

Burger Bakar Abang Burn

Thursday, February 9, 2017


Salam,

Pertama-tama sekali, aku nak ucapkan TQ pada semua yang sudi join. Syarat dia simple jer. Follow blog aku. tag 3 orang rakan dan...

POST entry ni. Senang je kan?

Pada yang tak ikut 3 syarat ni, walau nombor dia terkena... Hadiah tak dapat. Sebab tak ikut syarat :p

Pemilihan, aku ikut rasa hati jer. Tak tahu pun blog mana, main pilih-pilih nombor jer. Simple, sebab aku pun agak busy sekarang. Tak sempat nak tengok-tengok sangat :p

Ok, jom kiter tengok saper pemenang-pemenangnyer! :D

5, 12, 23, (Topup RM10) 
7, 16, 28 (Topup RM5)

Tahniah!

So, blog yang telah aku senaraikan tu.. Boleh dah tuntut hadiah. Cara nak tuntut, WhatsApp ke +6013-2200122, hantar details-details berikut,

Nama:
Nama Blog:
No Fon:

Tuntutan sehingga ahad ni(11/2/2017)  Pada siapa takde buat sebarang tuntutan hadiah akan terbakor! (burn) haha!

Nanti next GA kiter buat lagi ek? :) Maaf kalau result GA kali ni lambat sikit!

OkBai,
ASTraveler

Keputusan Give Away by ASTraveler - 6 Jan 2017- 6 Feb 2017

Wednesday, February 8, 2017

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.