/ Tuesday, December 12, 2017

Thai Tomyam Classic

Salam hi semua!

Last week, lepak Shah Alam. Macam biasa kalau tekak tak best, nak makan yang masam-masam. Pilihan tepat, makan tomyam lah :D

Kalau dekat Seksyen 7, Shah Alam. Aku biasa makan tomyam dekat Restoran Mai Rasa. Tapi sayangnya, restoran Mai Rasa ni dah tutup. Tukar restoran lain, maybe tukar owner.

Restoran Thai Tomyam Classic namanya...

Nama dia pun cam best je kan. So kiter try la.

Restoran Mai Rasa ni, aku tak tau sebab apa dia tutup. Nak kata tak ramai orang, ramai jer. Top menu yang best kat situ, Nasi Kambing Bakar Menangis, memang maveles! Mungkin depa ni pindah tempat lain..

Pehtu, meh la kiter singgah try sini pulak :p

Jom masuk!


Bila dah masuk tu, nampak lagi nice kan?

Intai menu jom!


Rambang mata bila tengok menu. Macam-macam ader :p Tapi disebabkan memang niat nak makan tomyam, menu utama yang aku akan order tomyam lah.

Tadaaaaa,


2x Nasi Putih
1x Tomyam Ayam
2x Telur Dadar
1x Somtam
1x Green Tea
1x Air Suam
Free Sambal belacan + Timun

So total semua RM25+-

Tomyam dia,


Mengancam kan color dia. Sedap tapi still tak boleh lawan lagi dengan tomyam dekat Pormtip Thai.

Somtam,


Telur dadar,


Jangan risau la, telur dadar ni kat mana-mana pun sedap waakakkaa!

So, overall sedap. Boleh la singgah lagi makan. Harga pun agak berpatutan, servis pun cepat.

Sesiapa yang nak try tomyam dekat sini, korang boleh Google Map alamat kat bawah ni,

Thai Tomyam Classic
2, 26, Jalan Plumbum Y 7/Y, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Adios,
ASTraveler 2017

9 comments:

  1. Nampak sedap²..
    Tom yam pom nampak kaww😋😋

    ReplyDelete
  2. alaa. teliur pulak tengok tomyam kaw macam ni.

    ReplyDelete
  3. saya kurang minat tomyam oren, saya suka tomyam putih

    alahai, dah lama tak makan somtam huhu

    ReplyDelete
  4. jauhnya nak p haahha.. tomyam kalau mkn dgn nasi memang sedap tp kt umah mkn dgn bihun

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. mkn dgn bihun pun sedap la. mmg kena kan :D

      Delete
  5. Lancashire is a non-metropolitan district of noteworthy inception in the North West of England. panda express gallatin tn

    ReplyDelete

Instagram

Followers