Sinaran Suria Ikan Bakar

Monday, December 4, 2017

Hi semua!

Dah alang-alang aku ada di Kuantan selama 3H2M last weekend, lepas job aku pegi cari makan dekat tepi laut. Ramai orang sugest makan dekat seafood dekat Tanjung Lumpur, Kuantan.

Ana Ikan Bakar Petai

Macam biasa la, kita Google Map jer nak sampai ke sana. Perjalanan takdela jauh mana, dalam 20 minit dari homestay.


Bila dah sampai dekat restoran Ana Ikan Bakar Petai, haa tu dia. Ramai sungguh orang. Restoran dia pun sangat la besar dan ada beberapa kedai lagi dibelakang, dan cawangan.

Semua macam full :D

Kitorang ronda jap la, sekeliling kot ada lagi tempat kosong...

Surau ada juga disediakan dekat Ana Ikan Bakar Petai. Senang la nak solat.
Antara menu-menu. Wahhh!

Hurmmm, last sekali tak jadi makan dekat sini. Ramai gila ahhahaa! Almaklum la popular.

So kitorang decide pegi makan dekat restoran sebelah Ana Ikan Bakar Petai ni jer. Orang tak ramai sangat, tak sesak. 

Kita try jer. Tak cuba tak tau kan? :p Nama restoran ni, Sinaran Suria Ikan Bakar.

Jom masuk makan :D


Macam biasalah kalau nak makan benda fresh ni, kena pilih dulu ikan, sotong etc ke tempat yang disediakan. Lepas tu terus timbang, dan bagitau nak masak menu apa.

Kitorang decide makan,

1x Siakap 3 rasa
1x Telur dadar
1x Kangkung goreng belacan
1x Sambal sotong petai
2x Limau ais
1x Air kosong

So total semua yang kitorang makan untuk 2orang malam tu, RM61

Tunggu dorg habis masak tu, dalam setengah jam jugak..

Jom close up sikit makanan yang dah siap masak :D


Sambal sotong petai, waaa nampak fresh gitu. Tengok petai dia pun melambak


Siakap 3 rasa.. Wuuuuuu


Kangkung goreng belacan,


Bila dah makan semua, memang semuanya sedap. Licin ahhaha! Berbaloi la dengan harga yang dibayar. Cuma satu je, tahap kepedasan dia agak kurang. Nextime lau sape yang suka pedas, kena siap-siap mintak kasi pedas :p

Pada sape yang sedang bercuti dekat Kuantan. Korang bole la pegi makan seafood dekat Tanjung Lumpur. Sebenarnya dekat situ, memang banyak restoran seafood. Rambang mata, tak tau nak singgah restoran mana. Nak masuk parking pun, payah. 

Antara banyak-banyak restoran, biasanya, ramai orang akan sugest dekat Ana Ikan Bakar Petai. Tapi malam tu dekat Ana Ikan Bakar, memang sangat ramai orang. So kitorang decide pegi restoran yang tak sesak. Senang nak oder.

Sinaran Suria Ikan Bakar la, korang boleh try. Sebab not bad rasa dia sedap.

Nak pegi sini, korang Google Map jer Ana Ikan Bakar Petai. Restoran ni ada dekat-dekat situ jer. 

Sinaran Suria Ikan Bakar
Alamat: Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi;
Dari 5pg- 1pg

Adios,
ASTraveler 2017

4 comments

  1. salam ziarah kembali..
    macam best je blog akak ni :)
    btw sy pun sama..baik g makan tempat org tak ramai..
    sedap ke tak..kalau tak cuba kita x tahu kan?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ziarah :D betul.. tak sesak senang order. yg xramai tu tak semestinya tak sedap kan :D

      Delete
  2. sedapnya seafood... :) sy pun suka tak ramai org...mls nk tggu lama2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula. lau mkn benda fresh ni, mmg kena tunggu lama. apatah lg dkt restoran yg ramai orang kan uhuhu

      Delete

Chit Chat

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.