Salam guys!

Dibawah ni saje aku nak share, 5 olahraga yang agak senang kalau nak buat dimasa lapang.


Tapi, kalau tak mampu atau takde masa nak buat semua dekat atas ni, kita hanya perlu berjalan jer.

Berapa langkah sehari?

Nota: Tahukah anda, untuk kekal sihat kena berjalan 10,000 langkah sehari?

So kalau nak kekal sihat, kita kena berjalan kaki, minima 10,000 langkah sehari. Sekarang memang aku tengah nak maintain kan berjalan, paling minima 10,000 langkah sehari.

Tadaaaaa!

Jom!

Adios,
ASTraveler 2017

5 Olahraga Ringan Bantu Bakar Kalori

Friday, December 15, 2017

Salam hi!

Dah makan? Aku baru lepas, siap tapau makan bawak balik rumah. Al-maklumla rumah dekat dengan opis. Jalan kaki tak sampai 10 minit dah sampai rumah. huhu

Entah sampai bila la nanti aku stay kat rumah tu?

Err, back to the topic.

KFC Chizza!

Last weekend masa balik kampung, try Chizza ni.


Aku amik set, Chizza + Seketul ayam + Fries + Pepsi RM15.90. Satu lagi Colonel Burger set.

Tadaaaa,


Chizza punye kotak takde la besar mana, sedang-sedang.

Close up sikit.


Bila dah rasa tu, not bad la. Rasa dia sebijik macam Pizza Hut, cuma beza dia ayam je tanpa roti. :p

Nak kata rasa dia out terus, takdela. Ramai yang review kata out terus. Bagi aku, okla not bad. Lagi better la dari Sawadee tu. Out terus huhu. Cuma Chizza ni kalau take away maybe tak sedap, sebab dah sejuk. Makan panas-panas more better.

So overall, aku bagi 7/10 bintang.

Ok bai,
ASTraveler 2017

KFC Chizza

Wednesday, December 13, 2017

Salam hi semua!

Last week, lepak Shah Alam. Macam biasa kalau tekak tak best, nak makan yang masam-masam. Pilihan tepat, makan tomyam lah :D

Kalau dekat Seksyen 7, Shah Alam. Aku biasa makan tomyam dekat Restoran Mai Rasa. Tapi sayangnya, restoran Mai Rasa ni dah tutup. Tukar restoran lain, maybe tukar owner.

Restoran Thai Tomyam Classic namanya...

Nama dia pun cam best je kan. So kiter try la.

Restoran Mai Rasa ni, aku tak tau sebab apa dia tutup. Nak kata tak ramai orang, ramai jer. Top menu yang best kat situ, Nasi Kambing Bakar Menangis, memang maveles! Mungkin depa ni pindah tempat lain..

Pehtu, meh la kiter singgah try sini pulak :p

Jom masuk!


Bila dah masuk tu, nampak lagi nice kan?

Intai menu jom!


Rambang mata bila tengok menu. Macam-macam ader :p Tapi disebabkan memang niat nak makan tomyam, menu utama yang aku akan order tomyam lah.

Tadaaaaa,


2x Nasi Putih
1x Tomyam Ayam
2x Telur Dadar
1x Somtam
1x Green Tea
1x Air Suam
Free Sambal belacan + Timun

So total semua RM25+-

Tomyam dia,


Mengancam kan color dia. Sedap tapi still tak boleh lawan lagi dengan tomyam dekat Pormtip Thai.

Somtam,


Telur dadar,


Jangan risau la, telur dadar ni kat mana-mana pun sedap waakakkaa!

So, overall sedap. Boleh la singgah lagi makan. Harga pun agak berpatutan, servis pun cepat.

Sesiapa yang nak try tomyam dekat sini, korang boleh Google Map alamat kat bawah ni,

Thai Tomyam Classic
2, 26, Jalan Plumbum Y 7/Y, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Adios,
ASTraveler 2017

Thai Tomyam Classic

Tuesday, December 12, 2017

Salam,

Hi semua!

Harini aku nak share lagi tempat peranginan dekat Kuantan. Tak habis lagi citer kat Kuantan. Al-maklumlah, baru lepas balik dari sana, weekend lepas.

Suka bercamping?


Haa, aku salah seorang yang memang suka bercamping. Dah lama tak buat aktiviti macamni.

Dekat tepi pantai pun jadila kan, walau sekejap.

Sebelum ke Kuantan, memang aku dah plan nak lepak sambil camping dekat sana. Nak pegi pantai Cherating la kononnya. Tapi bila search, campsite pantai area Kuantan keluar Pantai Balok. Pantai Balok ni terletak di Beserah, Kuantan. Jalan nak ke Cherating dari Kuantan.

Petang Jumaat tu, aku round la Pantai Balok. Macam takde pun orang bercamping. Resort banyakla. Kalau ada pun, agak sunyi tempatnya. Tak berani.

So, kitorang tak jadila bercamping dekat situ. Lagipun cuaca petang tu kurang baik, hujan..

Last-last kitorang balik homestay.

Then JJCM dekat Akar Kopi Cafe. Cehhh! :p

Esoknya...

Lepas job elok pulak pengantin bawak outdoor dekat Pantai Sepat.

Ni nak share sikit gambar pengantin shoot outdoor dekat sana.




More photos, visit dekat sini ea, Julfy Photography

Opss, balik pada topik :p

Bila sampai sana, ramai lak orang bercamping, makan-makan kat tepi pantai tu. Teruja betul. So aku plan la, sebelum balik PJ nak bercamping sat kat situ.

Akhirnya, tercapai jugak.


Yahooo!

Lepas check out ahad pagi tu, dalam jam 9pg+ tu kitorang sampai Pantai Sepat, setup khemah then lepak sampai 1pm+.. Ingatkan mula-mula nak lepak sekejap je. Tapi terlajak lak. Walau dok makan dan lepak-lepak je dalam khemah. Rasa tak mau balik!

Syiok wei :D


Terasa la indahnya ciptaan Dia :)


Dalam khemah, kitorang makan simple-simple jer. Nasi lemak dengan keropok lekor etc.


Pasal makanan, jangan risau. Dekat situ melambak orang dok jual :D


So, pada siapa yang plan nak berkelah tepi pantai siap berkhemah kat situ. Korang bole lah pegi Pantai Sepat ni. Tak jauhla dari bandar Kuantan. Dalam setengah jam dah sampai..

Nak pegi senang je, macam biasa Google Map Pantai Sepat. InshaAllah sampai!

Ehemmm, lepas ni nak bercamping kat maner pulak? :)

Adios,
ASTraveler 2017

Pantai Sepat

Wednesday, December 6, 2017

Salam hi semua!

Pernah dengar Kula Cakes?

Glamer dah ni. Nak datang sini pun, kena beratur panjang tau haha!

Tak caya? Nah tengok!


Nak datang sini kena ada tahap kesabaran yang tinggi dalam diri wakakakaka.

Dari pukul 3.19pm beratur, dalam pukul 4pm+ baru dapat order kat kaunter yer..


Sementara tak sampai lagi giliran, aku snap-snap la kat persekitaran kedai Kula Cakes ni. Agak unik. Hipster la dalam erti kata lain.


Menjalar daun-daun. Konsep rimba juga, mungkin?

Mamat Kula Cakes sedang layan pelanggan
Kita intai kek dari luar je dulu. Nyammm!
Kula Cakes operation hour.
Setelah beberapa lama menunggu, akhirnyaaaaa masuk juga :)

Sibuk beno nampaknye yer
Kat dalam pun ada tempat duduk, tapi ramai yang suka makan kat luar. Lagi best!

Diantara menu-menu yang ada di Kula Cakes


Ni antara kek-kek yang ada di Kula Cakes. 


Terliur tengok. 

Tapi kek yang paling glemer dan pernah di viral, adalah Mango Cheesecake.

So dah tiba giliran, kitorang order seperti yang ada kat dalam resit ni,


1x Mango Cheesecake
1x Choc Moist Cake
1x Iced Cocoa

Total RM21.10 termasuk GST

Jom cari tempat duduk!

Tadaaaaaa,


Ni la salah satu sebab kenaper orang ramai pilih makan kat bahagian luar. Nampak nyaman dan unik.

Nasib baik ada tempat kosong.

Siapakah gerangan Lila Wadi, maybe owner Kula Cakes :p

Meh close up kek yang kitorang order ni pulak,


Actualy kalau dine in, dorg tak letak pun kek dalam kotak. Tapi kitorang order take away, so dorang letak dalam kotak siap-siap.

Bukan ape, kalau full tadi takde tempat nak makan kitorang decide makan dalam kereta jer la :D

Next,

Choc Moist, wuuuuu


Tadaaaaa, Mango Cheesecake dia pulak!

Tu diaaa, wuuuu

Siap ada bg extra jus mango nak letak atas kek

Overall mesti sedap. Tapi yang paling superb, Mango Cheesecake dia la. 

Patutla ramai orang sanggup beratur tunggu semata nak makan Mango Cheesecake. Sedap giler rupanya. 

Nyesal lak aku order Choc Moist, more better lau makan Mango Cheesecake jugak haha!

Apepun korang wajib try la Mango Cheesecake ni. Lain-lain kek pun dont worry, sedap jugak

So, lau saper ade kat Kuantan. Korang bole singgah Kula Cakes ni. Google Map jer Kula Cakes atau ikut alamat kat bawah ni,


Alamat: A96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
No Fon: 017-971 1396

Adios,
ASTraveler 2017

Kula Cakes

Monday, December 4, 2017

Chit Chat

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.