Scammer

Thursday, November 9, 2017

Hi,

Dah makan?

Aku dah setel makan Nasi Kukus tadi :p

Petang ni aku nak share sikit pasal scammer. Sebagai peniaga online, biasanya akan diganggu oleh mesej-mesej dari dari nombor yang tak dikenali, terutama nombor dari luar. Contohnya +234 ********. Tapi perlu diingatkan, orang melayu kita pun, ramai je scammer yer. Sesaper la, tak kira bangsa, ugama.. Kalau nak menipu tu erm....

Mana dorang dapat nombor kita ni?

Mungkin sebagai peniaga online, mereka akan dapat nombor kita ni dari iklan-iklan yang kita publish di platform jual/beli seperti dibawah,

Mudah.my
Carousell
Facebook
Instagram

Macam-macam taktik yang diorang gunakan untuk tujuan menipu kita sebagai seller/buyer. Contohnya, WhatsApp yang aku baru je terima tadi. :p Tapi disebabkan dah biasa, kalau dorg speaking aku cakap melayu jer..


Taktik dalam conversation ni tak details la macam sebelum ni. Aku jawab macamni sebab malas nak layan scammer nigga ni..So cakap melayu jer, senang. Dorang memang tak paham. End up, senyap..

So kat sini aku akan senaraikan beberapa taktik yang diorang selalu guna. Antaranya;

1. WhatsApp nak beli barang. Dia suruh post pada kawan/family dia di mana-mana negeri dalam Malaysia ni. Katanya dia kat luar, outstation ada urusan bisnes. So, scammer ni akan mintak jumlah harga barang dan kos pos sekali. Lepas tu, dia akan bagitau. Transfer international ni, ada caj tertentu. Contoh, kos beli barang dan pos RM1K. Then kos processing, RM500 katanya. RM500 ni akan deduct melalui akaun bank kita. Dia transfer RM1k + RM500 *return kos, tapi sebelum duit dia masuk ke akaun, kita kena sediakan duit kita dulu RM500. Sebab katanya, duit akan float, selagi pihak bank sana tak dapat duit proses (RM500) dari akaun kita.

Eh berbelit. Ni la salah satu cara dorang nak menipu duit kita.

2. WhatsApp nak beli barang. Tanya kos semua, dan dia terus mintak kita email, akaun details dan nama penuh. Katanya nak transfer. Bila dah bagi tu, lepas beberapa minit kita akan terima email dari International Bank, dorang bagitau, duit sebanyak *** ini akan masuk ke akaun kita. Tapi sebelum tu, macam biasa kita kena masukkan dulu beberapa jumlah duit ke akaun yang dia suruh melalui email. 

Jenis ni jugak tolong jangan percaya.

Satu lagi call, call  dari scammer dalam malaysia. Tolong jangan percaya kalau kita takde apply apa-apa dengan mana-mana bank tempatan atau mana-mana institusi kewangan, beli barang ke aper ke..

Atau dapat hadiah tak tentu pasal, tak pernah masuk apa-apa contest tetiba call dapat hadiah duit hahaaa..

Ramai scammer sekarang ni. So kita kena lebih berhati-hati. Macam aku, nombor tak kenal memang aku takkan angkat. Nak senang korang install Aps ni dekat Google Playstore,

TRUECALLER

Kalau nombor scammer ke ape ke, dia akan keluar... So senang sikit

Hati-hati la. Sebab sampai harini, masih lagi kat luar sana tu kena tipu ribu riban dari scammer yang macamni. Naya betul.

Benda yang kita rasa agak-agak tak bape logik, tolong jangan percaya yer! huhu

ASTraveler 2017

2 comments

  1. Pernah kena juga hahaha
    Nasib baik ada install Truecaller ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. Truecaller ni agak membantu sikit la.. kalau naik scammer atau pemungut hutang bla bla, tak payah angkat

      Delete

Chit Chat

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.