MZ Kelana Restoran

Thursday, November 30, 2017

Salam hi semua!

Last bulan November dah harini. Esok dah masuk bulan last dalam tahun 2017 ni, cepatnya masa berlalu huhu

So,

Semalam lepas terjah Decathlon Subang USJ, aku jenjalan cari makan.

Nak makan kat mana? Makan apa?

Haa, dua soalan ni memang payah nak jawabkan :p

Lepas pikir punya pikir, aku decide nak pegi makan dekat MZ Kelana Restoran. Restoran ni dulu, dikenali sebagai Ezry Kelana Kafe. Tapi Ezry ni maybe dah pindah tempat lain agaknya, atau bertukar owner.

Tapi segala menu tetap dikekalkan rasanya macam menu Ezry, oleh pemilik baru ni, MZ Kelana Restoran

Dah bape kali makan sini, so kali ni nak kasi review sikit :)

Jom lah kita intai menu.


Kitorang order,

1x Tomyam Ayam
1x Laksa
1x Roti Goyang
1x Lemon Tea
1x Air Suam

Total RM19.80

Oklah kan harga dia :D

Tomyam dia maveles. Sedap.


Not bad dia punya kaw. Boleh kasi repeat lagi nanti :D

Jom tengok laksa dia. Ni menarik. Laksa ni dalam menu tu takde pun, mungkin sebab menu baru, dorg tampal menu laksa ni kat dinding. Kebetulan member aku memang nak makan laksa. Rupanya dekat MZ Kelana ni ada jual laksa jugak.

Mai tengok!

Sebijik wei telur dia kasi :)
Tu dia....
Tengok kuah dia, pekat wei.. Banyak ikan
Bila rasa laksa ni, pergh sedap. Kuah pekat, dan banyak. Puas makan :D

Lepas tu, kita tengok set Roti Goyang lak

Roti goyang dia ni pun sedap, tak muak.


So overall memang agak sedap la makanan kat sini. Servis pun ok..

So sape nak try makan sini, korang boleh Google Map alamat kat bawah ni,

MZ Kelana Restoran,
E111, Ground Floor Kelana Park View Tower,
No 1 Jalan SS6/2,
Kelana Jaya PJ.

Adios,
ASTraveler 2017

8 comments

  1. Menarik tengok laksa tu.. Terserlah pekat dia...

    ReplyDelete
  2. uishhh terliur dengan roti goyang tuuuuu

    ReplyDelete
  3. Roti goyang pun ada kat restoran ini. Laksa tu mmg sedap. :D

    ReplyDelete
  4. laksa tu mmg terliur la tgkk..............

    ReplyDelete

Chit Chat

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.