Marrybrown Malaysia

Tuesday, November 28, 2017

Salam hi.

Dah makan? Aku baru lepas, alhamdulillah :)

Meh harini nak review MB pulak..


Marrybrown Malaysia

Pernah try makan kat sini? Seumur hidup, baru last weekend aku try Marrybrown. Tu pun sebab dah ada depan mata. Kan payah nak jumpa restoran MB ni. Marketing dorg kat TV pun jarang.

Sebelum masuk makan, diorang memang dah letak menu dekat entrance tu. Rambang mata gak tengok menu-menu dia. Maklumla tak pernah try.


Kah Kah! Rambang mata tengok menu. Macam-macam ader.. Sampai tak tau nak pilih apa. Dah la  tengah laporr... Hahaha!

So, lepas belek-belek menu. Masukla order kat kaunter.

Last-last aku dengan kawan order,

1x Lucky Plate ™ 
1x Double Chicken Delight 

Tu jer. Nak try punya pasal kan. Tengok sibuk dorang dok promot ayam terbaru dia tu,


Ayam Epik katanya. So dua2 set tadi ada ayam, nak rasa :D

Tadaaaaaa,

Harga MB standard McD dengan KFC. So takdela terkejut sangat huhu
Mai kasi close up ayam dengan burger dia,


Waahh, warna keemasan ayam nyer :O

Tengok burger dia pulak, waaaa.. Tapi burger ni memang aku makan dulu sebab ayam lambat sikit dapat. Maybe, menu baru kan? Masih hot lagi :D


Dah gigit tu, memang sedap. Burger dia ala-ala burger A&W. Sedap! Tapi biasala sizenya takdela besar mana. :)

Fries pulak, sedap macam biasa, 



Dah complete semua, baru aku try ayam. Ayam dia memang rasa kari sangat dan agak rangup. Tahap kepedasan, bagi aku yang kuat makan pedas ni memang tak pedas langsung.

Overall ayam epik dia tu, 5/10. Sebab aku tak suka kalau ayam goreng perisa kari. hahaha! Macam KFC pernah buat dulu, tapi kalau nak compare dengan MB punya ayam epik ni lebih sedap kot KFC punya. huhu..

Burger, fries okla sedap. Kalau nak repeat pun akan datang, tak order kot dah ayam epik dia. Tak bape sedap la. Bagi aku. Bagi orang lain aku tak sure, mungkin sedap :D

So apapun, kalau akan datang aku nak try lain menu pulak. Burger dia pun macam-macam ade. Kena try! haha

Okla, tu je nak share.

Adios,
ASTraveler 2017

2 comments

Chit Chat

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.