Che Nah Cafe

Monday, November 20, 2017

Salam semua.

Happy Monday!

Last weekend, outstation ke Melaka dari 17-19 November. Then, macam biasa cari hotel last minit dengan Booking.com, dapat stay dekat Gold Leaf Hotel. Hanya, RM47.17/night.

So aku book untuk 3H2M, total RM104 inc GST etc.

Aku suka Booking.com ni, last minit pun boleh dapat harga promo gila-gila. Memang value for money!

So jangan lupa visit,

Booking.com 

dan wajib download aps Booking.com ni dekat phone. Senang nak tempah!

Macam biasa, soalan nak makan mana dan nak makan apa adalah soalan yang paling susah nak jawab.

Bila kita dah pernah try satu restoran tu dan kena dengan tekak, baik terus ke restoran tu jer. Kalau nak try on the spot mana-mana restoran lain tu memang payah. Kang mesti tak tau dekat mana, dan nak makan apa pun tak tau.. huhu

Melainkan memang kita dah review mana-mana restoran sebelum pegi dan dah tahu nak try makan apa :p

So, kitorang malas nak pikir nak makan kat mana, decide je pegi Che Nah Cafe untuk breakfast, selama 2 hari.

Pilih Che Nah Cafe, sebab memang dah tau sedap..


Che Nah Cafe ni ada, 2 cawangan. Satu kat Melaka dan satu lagi dekat Shah Alam dan aku pernah try dekat dua-dua tempat. Menu memang tak lari dari menu yang sedap untuk makan tengahari atau makan malam (like goreng-goreng bagai)


Selain tu, restoran ni sangat menjaga kebersihan. So, senang hati la nak makan sini. hihi


Bersih kan?

So ni antara breakfast yang aku makan pada sabtu lepas sebelum on job.


Total RM18.60 ajer untuk 2 orang makan. 
  • Nasi lemak
  • Telur mata 
  • Sosej
  • Sambal belacan
  • Ulam raja
  • Rendang ayam
  • Milo Ais
  • Nescafe Ais
  • Air kosong
Tu penuh pinggan, macam-macam ade :p

Selain nasi lemak belah pagi, menu tengahari pun dah disediakan. Orang kata boleh Brunch terus la, kalau makan kat sini. Masakan tengahari dia rata-rata semua sedap. So berbaloi la nak makan.


So overall memang puas hati makan dekat Che Nah Cafe.

Area Melaka, kalau nak pegi boleh Google Maps alamat kat bawah ni,

Che Nah Cafe,
Jalan PM 2, Plaza Mahkota, 75000 Melaka

Dekat area Mahkota Prade je, berhadapan dengan Menara Taming Sari..

Kalau cawangan di Shah Alam, korang boleh Google Maps alamat kat bawah ni,

Che Nah Cafe,
No 7, Jalan Plumbum 7/103, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Btw, Nasi Lemak dekat Che Nah Cafe memang superb! :D

KBai,
ASTraveler 2017

Post a Comment

Chit Chat

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.