Masita Steak House

Wednesday, October 11, 2017

Salam,

Petang ni aku nak share lagi, dekat satu restoran ni. Area Seksyen 7 Shah Alam. Masita Steak House.


Nampak exclusive kan? Memang mahal la ni. Standard harga makanan start dari RM7.90+-. Jarang lepak ni. Tapi sekali sekala teringin nak try. Kekadang tengok ramai gak makan sini.  Biasa kalau ramai, mesti sedap.

Opss! Bak kata pepatah, dont judge a book by its cover :p

Jom intai menu!


Ade alamat dengan no fon. So korang boleh salin, nanti senang nak terjah.

Rambang mata tengok menu dia, banyak.


Pilih punya pilih, aku order Spagetti Carbonara Cheese RM9.90, member aku order Morocco Rice RM12.90. Side order, saje try Mushroom Soup & Garlic Bread. Mushroom soup dengan garlic bread ni patutnya set la. Ni dia asingkan. Soup RM4, Bread dia RM3. So kira kalau set, RM7 la :p 

**Mahal. Minum air kosong je.

Tadaaaa, Spagetti Carbonara dia. Rupa dia menarik sangat! Tapi rasa dia kita belum tau lagi sedap ke tak :p


Morocco Rice, 


Banyak ni puas makan..

Mushroom soup dengan garlic bread pulak,


Amboi, menambun kuah sup dia tu. Taula mahal :p


So, total up semua sekali harga dia.. RM29.80 excluding air. Tak silap aku air kosong, dia caj dalam 30-50 sen.. 

Mahal kan?

Rasa dia, 

Morocco Rice. Nak kata sedap sangat sampai nak repeat, takdela. Okla.. Bole telan. 

Spagetti Carbonara, bagi aku tak bape sedap kalau nak compare dengan carbonara restoran Kedai Sebelah, lagi sedap.

Overall. Boleh la.. haha! So thats why aku jarang lepak situ. Biasa kalau dekat seksyen 7 Shah Alam, aku lepak dekat Restoran Mai Rasa. Atau Padang Jawa, dekat restoran Mohd Chan. Sini memang sedap!

Untuk menu lain dekat Masita Steak House ni, aku tak try lagi. Banyak jugak western. Maybe western lagi sedap kot.. Nextime try menu lain lak dekat sini.

Okla. Tu je takat ni. Nanti aku nak review restoran Mohd Chan lak. Dah berkali datang ni. Memang best!

ASTraveler 2017

2 comments

Chit Chat

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.