Eagle Feeding @ Kuala Selangor

Tuesday, October 17, 2017

Assalam,

Sabtu last week, lepas jalan-jalan bergambar di SRC 3D Art Gallery, Sekinchan. Aku pegi ke tempat nak tengok helang makan.

Eagle Feeding

Aku rasa tempat tarikan ni baru lagi di Kuala Selangor. Aku tau pun dari blog orang jugak.

So kitorg search tempat ni, guna Google Maps jer..

1st Google Maps ni bawak kitorang kat sini...


Tempat 1st yang map bawak ni, agak sunyi. Takde orang. Aku confused gak time tu. Then, pegila tanya orang yang jaga tempat tu..

Dia cakap buka, tapi kalau nak naik kena ada at least 6 orang baru bot boleh jalan. Tapi time tu aku berdua je dengan member. Dia kata, kalau nak jalan jugak 2orang, kena bayar RM100. So dia boleh proceed.

So, aku tunggu la kejap. Kot-kot ada orang lain datang nak pegi jugak kan. Tunggu punya tunggu takde gak orang. Aku pun decide, pegi cari tempat lain. Sure ada.. Sementara nak balik tu, aku tengok-tengok japla tempat dia tu..


Takde orang. So decide cari tempat lain.. 

Cari punya cari, jumpa dekat area Penambang, Kuala Selangor.. 

Yeah kita dah sampai! Dekat sini baru nampak meriah sikit...D Tours Kuala Selangor rupanya nama tempat dia :)


Kat sini pun ada pakej, kalau nak pegi Sky Mirror dan pakej nak tengok Firefly..

Tapi petang tu, aku plan nak tengok helang makan jer :p Harga tiket adalah seperti dibawah


Harga tiket:

Eagle Feeding

Dewasa: RM25
Kanak-Kanak: RM15


T-Shirt pun ada dijual kat sini sebagai kenang-kenangan.


Safety jacket jangan lupa..


Dah nak gelap dah time tu. Sebab pegi pun dah lewat, around 6pm :D Nasib baik bukak lagi..

Kasi Panorama sikit!

Boarding pass ready! Jom naik bot.


Sebelum naik bot kena tunjuk tiket ni yer.. 


Perjalanan ke tempat nak bagi helang makan tu dalam 15minit.. Seronok gak sekali sekala naik bot hehe


Air yang agak keruh kita sedia maklum yer. Jangan mengharap air muara ni jernih kebiruan macam di Pulau Kapas :p

Dah sampai tempatnya, tukang bot tu stop dan campak makanan dalam air dan dia panggil-panggil. Aku dengar haritu macam panggil ayam pun ade. 

Kurrr kurrr haha!

Tak lama tu, helang pun terbang dekat. Terus sambar makanan. Banyak!


Gambar gelap. Rugi tak bawak DSLR huhu..

Bot ni stop lebih kurang dalam 20 minit jugak.. Puas gak tengok burung. Bukan burung helang jer, burung putih pun ada.. Comel je terbang sekumpulan..


Hari makin gelap. So dah tiba masa nyer balik ke jeti :)

Selfie sikit :p
Habis dah.. Sampai jeti terus cari masjid. Dah nak masuk maghrib. Kalau ikutkan hati, nak pegi tengok kelip-kelip. Tapi penat punya pasal. Nextime lah pegi.

So pada siapa nak pegi tengok helang makan, boleh search D Tours Kuala Selangor jer dekat Google Maps. InshaAllah jumpa!

Okla bai,
ASTraveler 2017

Post a Comment

Chit Chat

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.