Salam selasa!

Last october dah wei. Cepat masa berlalu..

>.<

Last weekend, aku terjah Restoran Pormtip Thai lagi. Kawan aku ajak, dia teringin sangat nak makan tomyam kat sana.

So aku pun on jer, sebab dah lama gak tak makan kat sana..

Makan kat pormtip ni, selalu pun takpe, sebab hampir semua menu diorang ni padu!

Paling syiok makan kat situ, tomyam dia. Fuh!

Dalam banyak-banyak restoran, kat sini paling kaww punya tomyam. Superb lah!

So malam tu, aku order,

1x Bihun Tomyam Small RM9.90
1x Green Curry Small RM10.90
1x Telur Dadar Special RM5.90
1x Air Kosong
1x Ais Lemon Tea RM3.50

Total semua termasuk GST/Service Charge RM37.80+- macamtu.

Mahal kan? haha! Tapi jangan risau, kuantiti dia memang banyak. Kalau tak kuat makan, satu mangkuk boleh share 2-3 orang sekali makan hihi

Mai close up,


Mengancam tak color tomyam dia? :p

Green Curry pun salah satu feveret aku. Sebab sedap woooo


Phewwww haha!

Telur dadar special pulak


Overall memang puas hati. Sesiaper yang belum pernah try lagi makan kat sini, kena pergi try ok. Memang sedap dan wajib rasa :p

Nak pegi, boleh Google Map alamat kat bawah ni

Pormtip Thai Restaurant

No. 83, Ground Floor, Jalan Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000, Kuala Lumpur MY

Dibuka setiap hari, dari jam 11.30pg hingga 12mlm

Okbai,
ASTraveler 2017

Pormtip Thai Again

Tuesday, October 31, 2017

Salam pagi!

#MondayBlues >_<

Hope mood harini ok sampai ke petang :p

Pagi ni rasa tak sabar nak review, bagitau korang yang burger terbaru dari McD ni sedap haha!


Spicy Chicken McDeluxe Hot & Kickin' Chicken

#YangTerhangat katanya..

Semalam try.

Bagi aku yang kuat makan pedas ni, memang terasa la dia punya pedas. Tapi takdela pedas giler. Errr, tapi yang mana memang tak tahan pedas tu, akan kata pedas giler la kot! haha Daging ayam dia pun tebal.

Harga:

Set biasa RM12.70
Set Double RM18+ Woo agak mahal, set burger double dia..

So aku pilih set biasa jer bukan double...

Close up sikit,

Kotak yang penuh dengan gambar cili :p 
Yang terhangat katanya..
Tadaaaa,



Daging ayam dia memang tebal ok :) Thats why kalau set doubel bukan main mahal.. 


Ermmmm, memang sedap. Boleh repeat lagi nanti sementara ada.. 

So, overall bagi aku sedap & agak pedas. Tapi nak compare dengan Korean Burger, lagi pedas Korean Burger kot :)

P/S: errr actualy, burger Spicy Chicken McDeluxe ni memang dah lama ada, tapi McD dah upgrade kepada set Hot & Kickin Chicken, lebih kepada kepedasan dan ketebalan daging ayam compare dengan set Spicy Chicken McDeluxe yang sebelum nyer. Aku harap McD akan maintain kan set pedas ni sampai bila-bila :p

OK bai,
ASTraveler 2017

Spicy Chicken McDeluxe Hot & Kickin' Chicken

Monday, October 30, 2017

Assalam,


Sape penah try makan dekat restoran Mohd Chan? Actualy banyak cawangan dia.

Aku try pun, sebab member asyik ajak je makan kat situ. Hahaha!

Mula-mula dulu aku tanya gak, "Sedap ker?", "Apa yang sedap?" Sebab chinese style kan, aku tak berapa minat.

Tapi,...

Sejak 1st time try, sampai sekarang rasa nak singgah makan jer. Memang best. Makanan pun sedap-sedap.

Patutla ramai..!

1st cawangan Mohd Chan yang aku try, dekat Shah Alam. Kali kedua dekat Kelana Jaya.. Dan berkali-kali la juga repeat makan. Try-try menu yang ada. Rata-rata semua sedap!

Jom kita explore apa yang ada,


Rambang mata kan? Harga pun boleh tahan..

Minuman dia pulak, semua nampak sedap! :)


Haritu aku try dia punya Special Menu, 

Nasi Goreng Mohd Chan Seafood Special, RM15.90

Mai close-up.


Memang sedap OK :D


Popia goreng dia pun sodap!


Kawan aku cakap, mee sup dia pun sedap. 

Overall memang sedap. 

Tapi, entry kali ni aku tak dapat nak review details. Lupa nak snap resit bagai. Nextime review lg lah!

So, kalau korang nak try boleh ke website diorang ni.. 


Memang superb!

Okbai,
ASTraveler 2017

Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan

Friday, October 27, 2017


Release 19 Oct 2017.



Alamak!

Bila tengok trailer movie Haunted Hotel ni.. Macam wajib kena tengok jer. Sereemmmm.. huhhuhu!

HAUNTED HOTEL movie (2017) - Full Trailer

Thursday, October 26, 2017

Assalam semua, salam khamis.

Kejap betul khamis >.<

Pagi ni aku nak share sikit pasal, Marketplace Terbesar Dalam Malaysia.

Pada seller online, mesti dah tahu dan dah biasa tengok beberapa platform jual/beli yang popular kat Malaysia ni, antaranya




Yang aku senaraikan kat atas ni, memang top dah kat Malaysia ni. Mostly, semua aku dah try. Paling best bagi aku sebagai seller online kecil-kecilan ni, Mudah.my.

Macam 11Street & Lazada, kalau nak beriklan agak ketat sikit syarat-syaratnya. So aku tak try la :p

Tapi ada lagi satu platform yang agak baru dan agak best untuk berjual/beli yang aku nak share pagi ni iaitu;

Actualy, platform ni takdela baru sangat, kalau baca details, carousell ni ditubuhkan pada tahun 2012. Dah 5 tahun. Tapi baru nak naik, dengan dia punya duta iklan, Zul Arifin tu :p

Aku buka akaun carousell ni, pada bulan Mac 2017.

Tada....


Jemput la follow kalau sudi :D

Bagi aku carousell ni best sebab:

1. Ada live chat
2. Boleh leave +/- feedback
3. Interface yang menarik
4. Mesra pengguna

Selain tu jualan pun agak laju, dari yang lain-lain..

Antara feedback yang aku terima setakat ni,


Alhamdulillah setakat ni 98% +ve feedback aku terima dari buyer/seller dalam carousell. 2% lagi tu, -ve feedback yang aku dapat, padahal diorang yang buat hal. Sedih betul. haha!

Bab feedback ni memang kena jaga. Kalau banyak -ve dari +ve, susahla kita nak jual atau beli barang melalui carousell.

So pada sape yang belum ada akaun carousell, jom la sign up. Sementara FREE sepenuhnya! Mana la tau kan akan datang kena bayar..

Seriously, Carousell memang platform paling best setakat ni. Kalau ada dengar-dengar kata scammer ramai, mana-mana pun ada scammer. Cuma kita sebagai seller/buyer kena lebih berhati-hati.. :)

KBai,
ASTraveler 2017

Carousell

Salam semua!

Pernah dengar Gemfive atau dah pernah shopping online dengan Gemfive?


Aku adalah salah seorang regular customer dekat Gemfive ni. Banyakali dah beli barang dekat sini. Memang puas hati. Selalu buat diskaun giler-giler. 

Last 2 months, aku nak intai-intai la promo Merdeka etc. Try buka aps dia dalam phone, tapi tak keluar apa-apa bila klik. Pelik juga.

Maybe aku tak update kot. Then try update dekat Google Play, tapi takde pulak button update dekat situ. 

Maybe dorang tukar website?

Try search dekat Google Search, pun tak jumpa. Cuba open link website GemFive.....


Huhu sedih betul. Try search dekat fb pun dah takde.

Reason?

Sampai sekarang aku tak tau pasal ape. Dengar-dengar dorang dah tak boleh nak run, sebab atas sebab-sebab tertentu..


Dah tak boleh la nak shopping kat GemFive lagi lepas ni. Hope, akan datang ada lagi portal shopping online macam GemFive..

ASTraveler 2017

Gem Five Permanently Closed

Wednesday, October 25, 2017

Salam semua!

Pasal Google Ads ni, mesti ramai yang dah lama merasa Google tepek iklan kat blog korang kan? Macam aku ni, dah bertahun apply..

Then reject. Apply lagi, reject.. Sampai la harini, hampir dekat 10 tahun berblog baru Google approved application.. Fuh jenuh!

ALHAMDULILLAH

Akhirnya..... Dapat jugak!


Happy giler! haha

Tu jer nak ceriter..

P/S: Jangan lupa join GA terbaru aku yer! Banyak hadiah nak bagi ni. Nak tambah lagi hadiah, kalau ramai lagi peserta yang join. InshaAllah

KBai,
ASTraveler 2017

Google AdSense

Salam semua.

Korang pernah try ABC special dekat Seksyen 2, Shah Alam?

Dah lama ABC special ni popular dekat Seksyen 2 ni. Rasanya time study UiTM dulu tu pun memang dah ada ABC special ni.. Sampai sekarang masih ada..

Kira dapat sambutan la kan. Biasala foodcourt seksyen 2 tu, memang tempat lepak student untuk makan dsb.

Baru-baru ni, aku teringin lak nak makan ABC kat situ. Lama dah tak makan.

Tadaaaaa..

Perasa Coklat
Perasa Durian
Sebekas ABC harga dia RM4.50. So dua tu RM9. Not bad... Tapi tak macam yang aku pernah makan sebelum ni.. Yang aku makan sebelum ni lagi sedap. Maybe aku tersalah kedai. Tak ingat kedai yang mana haha

Actualy kat foodcourt ni, banyak kedai yang jual ABC special. So kalau korang pegi, pilih je yang mana satu. Rata-rata semua kedai, ramai orang beratur nak beli ABC.

Err, tau kan kat mana foodcourt Seksyen 2, Shah Alam ni? Kalau nak pegi UiTM, ikut gate utama, memang akan lalu foodcourt ni.. Sebelah dengan KFC seksyen 2, Shah Alam jer.. hihi

Cuma satu je aku tak bape suka dengan foodcourt ni, tahap kebersihan dia.. hahaa. Tahap kebersihan foodcourt tu, korang nilai la sendiri nanti huhu

OkBai,
ASTraveler 2017

ABC Special Seksyen 2, Shah Alam

Tuesday, October 24, 2017

Korang dah try rasa KFC terbaru ni, Spicy Sawadee Crunch?

Tengok gambar dorang iklan, bukan main hahaha


Semalam aku dah try. Order yang 3 ketul punya tu.. Share dengan kawan.

Bila dah order tu, tengok rupa ayam pun kita dah tau macam tak sedap. Tak macam dalam gambar pun.. Kalau dalam gambar, nampak bukan main crunchy hhahaa..

Takpelah dalam hati aku, mungkin rupa dia je kot. Rasa dia sedap, mana la tau kan.

Tapi bila dah makan..

Adoi!

Buat rugi order jer. Memang seriously, tak sedap langsung. Perencah serbuk terlampau banyak. Tak garing pun.. Ayam macam basah-basah sikit. Muak. Dalam erti kata lain,

OUT!

So, pada yang teringin nak try tu. Aku rasa tak payahla pegi try. Tapi tak tau la lain tekak, lain dia punye selera.

Nak tau rasa dia, kenala try sendiri kan?

 Hahahaha

Overall , aku tak nak bagi satu pun bintang!

Okbai,
ASTRaveler 2017

Spicy Sawadee Crunch

Monday, October 23, 2017

Chit Chat

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.