Satay Hut, Tanjung Karang

Tuesday, July 11, 2017

Assalam,

Huiii, lama betul tak jengah blog. Dari bulan puasa sampai lepas raya ni, tak sempat nak update.

Harini baru sempat jengah.

#Berabuk!

......

Last weekend aku ade job dekat Sekinchan. Kalau dah sampai area sana, restoran paling best yang aku suka singgah adalah, Restoran Satay Hut.

Memang terbaik!

Actualy dah lama sangat tak kesana. Baru-baru ni jer, sempat singgah sebab ada job dekat Sekinchan kan. Pegi singgah, balik pun singgah. Dahsyat! :p

Apa yang paling special dekat sana, dah tentula satay dia. Sempena nama retoran, Satay Hut. Memang sedap. Dari dulu sampai sekarang, rasa dia tak lari.. Kekal resepi rempah sedap dia tu sampai sekarang..

Disebabkan rindu, dah lama tak makan satay. Aku order jugak malam tu, dalam 15 cucuk. Makan 2 orang. Satay tu side order je. Yang utama, nasi + tomyam + telur dadar. Mmg feveret aku..

Tomyam dekat Satay Hut pun, tak mengecewa kan.. Sedap wei!

Ni haaa, satay dia!


Nampak sedap kan? Memang sedap pun!.. 

Satay kat sini, ada dua sejenis je. 

Ayam.. Daging takde, dan ada 2 saiz. Large (Besar) dan Regular (Biasa)..

Haritu aku order yang biasa je, sbb yang besar tu terlampau besar hahaa!

Yang kecik harga dia RM0.98sen secucuk. Yang saiz besar, aku tak sure berapa harga. Tak sempat tengok lak haritu.. Mungkin dalam RM2 secucuk.. Tapi berbaloi.. Yang kecik pun 20 cucuk makan 2 orang kenyang..

Satu lagi menu syiok kat situ, aku suka Mee Goreng Mamak dia.. Mengancam! Jangan salah tafsir lak. Satay Hut ni restoran melayu yer, bukan mamak. Tapi Mee Goreng Mamak dia memang sedap!



Pegi balik singgah makan mee goreng mamak dia tau. Sedap!

Orang kata kalau makan sedap, dan sangat kenyang.. Nak selfie pun best, puas hati :D


Maaf aku tak dapat citer details dengan resit bagai sebab tak sempat nak snap haritu. hahaa. So aku buat review sikit pasal restoran ni..

Review:

Overall memang best. 10/10 bintang aku bagi. Servis ok, tak lambat. Makanan rata-rata semua sedap, bukan satay je sedap.. 

Yang paling best, harga sangat berbaloi kalau nak makan kat situ. Haritu aku makan tomyam ayam semangkuk besar tu harga dia RM5.50 jer. Boleh order tomyam satu, untuk 2 orang makan.. Banyak... 

Nasi goreng kampung dia pun sedap. Masa nak bali KL, kawan aku dok order nasi goreng kampung. Sedap + pedas dan banyak. Boleh makan 2 orang jugak satu pinggan dia...

Mee Goreng Mamak dia sedap.. Pun boleh order sepinggan untuk 2 orang makan! hahaha

Nak tau review penuh, korang boleh check out fanpage dorang dekat fb SATAY HUT TANJONG KARANG

P/S: Kemudahan surau pun ada tau. Senang la kalau nak solat kat situ!

Ok bai,
ASTraveler

Post a Comment

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.