Santai Sini Char Kuey Tiaw Ketam, Pantai Klebang Melaka

Monday, May 8, 2017

Assalam,

Hi! Salam May 2017. Cepat masa berlalu kan...Tak lama lagi berpuasa kiter..

Last week, aku lepak Melaka. Sebab taknak mereput kat umah. Cuti ada 3 hari sebab Isnin cuti untuk hari Pertabalan Agong kiter.. Daulat Tuanku! So aku plan dengan BFF aku lepak 3hari kat Melaka.

Macam biasa, aku book hotel via Booking.com. Last minit punya plan, dapatla jugak 3H2M RM80. Parking RM5/night. So kalau korang nak harga murah-murah, boleh survey dekat booking.com ni. Mudah!

Sabtu tengahari bertolak ke Melaka, tunggu kawan ada kelas pagi. Tak heran sangat sebab Melaka tak jauh mana dari KL. Hanya dalam 2jam gitu. Lagipun check in, aku letak pukul 3-4ptg. Sempat!

Sampai Melaka tu dalam jam 4pm+, check in hotel dulu.. Aku stay kat Hotel AGH Lodge
Then berehat jap, tido. Jam 5-6pm baru plan nak keluar. Biasala Melaka agak panas walau jam 4ptg sekali pun. Err jom kasi intai sikit bilik dia...



Katil berselerak tu abaikan. Sebab snap lepas lepak-lepak. 1st time sampai tu memang bersih & kemas :)

Rehat-rehat kat bilik, sampai jam 5.30ptg. Then keluar gi makan. Lepas kenyang, kitorang cuci mata dekat pasar malam yang memang dekat dengan hotel, dan jenjalan disekitar situ jer. Nak jalan jejauh, penat masih tak hilang lagi :D


Lepas penat jalan, kitorang beli makanan untuk bawak balik hotel. Maklumla booking hotel tak termasuk makanan.. So, pandai-pandaila nak beli :D

Esoknya, barula kitorang plan pergi ke Pantai Klebang. Sajer jenjalan cari makan. Dari bandar Hilir Melaka ke Pantai Klebang tak jauh, dalam setengah jam dah sampai.

Cari punya cari, sampai la kitorang rasa nak singgah sini. Gerai makan "Santai Sini"..


Apa yang menarik? Tengok gerai, takdela menarik sangat. Gerai biasa tepi jalan je. Tapi, yang menarik aku nak makan situ, mestila sebab ramai orang. Biasanya ramai orang, makanan dia sedap. So kitorang singgahla makan kat situ..

Tengok gerainya, nampak biasa je kan?


Nampak biasa, tapi yang makan dekat situ agak ramai. Nasib baik time kitorang datang tu ada lagi tempat kosong. Makin petang makin ramai orang. Nasib baikla sampai agak awal sikit. Kalau tak, berjanggut nak menunggu meja kosong..

**Dinasihatkan, kalau nak pegi Pantai Klebang tu jangan lewat petang sangat. Sebab nanti parking susah.. Penuh & jammed! Jam 5 sampai sana ok dah tu..

Dah duduk meja kosong tu, kitorang order ni haaa..

1) 1x Mee Goreng Mamak
2) 1x Char Kuey Tiaw
3) 10x Otak-otak
4) 1x Cendol (Gerai Sebelah)
5) 2x air kosong.

Total haritu bayar dalam RM23 utk 2 orang makan.. Memang sedap laa semuanyaaa..!

Mai close up sikit apa yang sedap tu :p



Mengancam tak rupa mee goreng mamak dia? Jangan pandang rupa, rasa dia memang... pheww, sedap!




Char Kuey Tiaw, besar tu udang dia. Manis segar, sedap kata bff! :p

Nahh ni dia...!


Bukti sedap?


Mestila licin....! So korang memang kena try ni. Kalau pegi pantai Klebang, jangan lupa singgah gerai "Santai Sini, Char Kuey Tiaw Ketam"

Lepas makan, kita balik la hotel..

Okla tu jer nak share setakat ni..Nanti sambung lagi! Bye!

ASTraveler

Post a Comment

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.