House Of Cat

Pernah dengar nama cafe ni? Cafe yang menempatkan lebih dari 50 ekor kucing (pelbagai baka dari dalam & luar negara). Dibuka untuk kita release tension, bermain dengan kucing-kucing yang ada dekat dalam kedai. Comel-comel & manja... Fees RM5/hour.

 
Tapi sayang,

baru semalam aku terperasan, premis dia dah nak tutup. Harini last day dorang buka. Tak sempat aku nak pegi. Sempat tengok dalam TV je sebelum ni tahun lepas.

Baca dorang punya kes, nak tutup sebab sihir. Kemungkinan ada orang yang tak puas hati hantar. Sejak bulan 10 2016, hingga hari ini pelanggan makin kurang. Makin kurang. Sebelumnya, memang ramai.. Hampir cecah 200 orang sehari datang kedai. Tapi kini, 2-3 orang je sehari yang masuk kedai. Kesian :(

https://www.facebook.com/houseofcatzzz

Sedihnya bila baca. Paham sangat perasaan dorang, hadap semua masalah apabila disihir..

Kenapa yer sesetengah orang kiter ni, kalau tak puas hati, mesti nak sihir. Mesti nak jumpa bomoh untuk gagalkan perniagaan orang lain bila nampak dah maju. Kenapa mesti ada rasa dengki dan tak puas hati. :(

Aku doakan moga mereka bebas dari segala masalah yang berpunca dari sihir. Mungkin ini ujian buat mereka (HOC) untuk lebih maju dalam bidang ni. Kepada yang suka sihir atau menyekutukan Allah, taula dia punya balasannya nanti..

Sedihnya...

Untuk info, korang boleh lawat fanpage diorang ni.. House Of Cat.. Pada siapa yang tinggal dekat Shah Alam, boleh lagi pegi untuk last day pembukaan harini. Doakan mereka :(

Aku tak dapat nak pegi :'(

ASTraveler

House Of Cat, Shah Alam

Sunday, May 21, 2017

Assalam semua..

Lama menyepi blog aku ni. So petang ni aku rajinkan sikit jari ni, nak tulis. Boring pun yer..

Dah nak masuk penghujung May 2017. Cepat betul masa berlalu kan? Next week dah nak masuk bulan Ramadhan lagi :) Semoga diberi kesempatan untuk kiter berpuasa pada tahun ni, InshaAllah..




So, untuk itu. Aku nak ucapkan selamat berpuasa pada semua saudara Islam dan mohon maaf pada semua yang kenal diri aku.. ZERO-ZERO ok :D

Selamat berpuasa! :)
ASTraveler

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalam,

Hi! Salam May 2017. Cepat masa berlalu kan...Tak lama lagi berpuasa kiter..

Last week, aku lepak Melaka. Sebab taknak mereput kat umah. Cuti ada 3 hari sebab Isnin cuti untuk hari Pertabalan Agong kiter.. Daulat Tuanku! So aku plan dengan BFF aku lepak 3hari kat Melaka.

Macam biasa, aku book hotel via Booking.com. Last minit punya plan, dapatla jugak 3H2M RM80. Parking RM5/night. So kalau korang nak harga murah-murah, boleh survey dekat booking.com ni. Mudah!

Sabtu tengahari bertolak ke Melaka, tunggu kawan ada kelas pagi. Tak heran sangat sebab Melaka tak jauh mana dari KL. Hanya dalam 2jam gitu. Lagipun check in, aku letak pukul 3-4ptg. Sempat!

Sampai Melaka tu dalam jam 4pm+, check in hotel dulu.. Aku stay kat Hotel AGH Lodge
Then berehat jap, tido. Jam 5-6pm baru plan nak keluar. Biasala Melaka agak panas walau jam 4ptg sekali pun. Err jom kasi intai sikit bilik dia...



Katil berselerak tu abaikan. Sebab snap lepas lepak-lepak. 1st time sampai tu memang bersih & kemas :)

Rehat-rehat kat bilik, sampai jam 5.30ptg. Then keluar gi makan. Lepas kenyang, kitorang cuci mata dekat pasar malam yang memang dekat dengan hotel, dan jenjalan disekitar situ jer. Nak jalan jejauh, penat masih tak hilang lagi :D


Lepas penat jalan, kitorang beli makanan untuk bawak balik hotel. Maklumla booking hotel tak termasuk makanan.. So, pandai-pandaila nak beli :D

Esoknya, barula kitorang plan pergi ke Pantai Klebang. Sajer jenjalan cari makan. Dari bandar Hilir Melaka ke Pantai Klebang tak jauh, dalam setengah jam dah sampai.

Cari punya cari, sampai la kitorang rasa nak singgah sini. Gerai makan "Santai Sini"..


Apa yang menarik? Tengok gerai, takdela menarik sangat. Gerai biasa tepi jalan je. Tapi, yang menarik aku nak makan situ, mestila sebab ramai orang. Biasanya ramai orang, makanan dia sedap. So kitorang singgahla makan kat situ..

Tengok gerainya, nampak biasa je kan?


Nampak biasa, tapi yang makan dekat situ agak ramai. Nasib baik time kitorang datang tu ada lagi tempat kosong. Makin petang makin ramai orang. Nasib baikla sampai agak awal sikit. Kalau tak, berjanggut nak menunggu meja kosong..

**Dinasihatkan, kalau nak pegi Pantai Klebang tu jangan lewat petang sangat. Sebab nanti parking susah.. Penuh & jammed! Jam 5 sampai sana ok dah tu..

Dah duduk meja kosong tu, kitorang order ni haaa..

1) 1x Mee Goreng Mamak
2) 1x Char Kuey Tiaw
3) 10x Otak-otak
4) 1x Cendol (Gerai Sebelah)
5) 2x air kosong.

Total haritu bayar dalam RM23 utk 2 orang makan.. Memang sedap laa semuanyaaa..!

Mai close up sikit apa yang sedap tu :p



Mengancam tak rupa mee goreng mamak dia? Jangan pandang rupa, rasa dia memang... pheww, sedap!




Char Kuey Tiaw, besar tu udang dia. Manis segar, sedap kata bff! :p

Nahh ni dia...!


Bukti sedap?


Mestila licin....! So korang memang kena try ni. Kalau pegi pantai Klebang, jangan lupa singgah gerai "Santai Sini, Char Kuey Tiaw Ketam"

Lepas makan, kita balik la hotel..

Okla tu jer nak share setakat ni..Nanti sambung lagi! Bye!

ASTraveler

Santai Sini Char Kuey Tiaw Ketam, Pantai Klebang Melaka

Monday, May 8, 2017

Chit Chat

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.