Bukit Gasing

Tuesday, February 14, 2017

Assalam.

Last weekend aku dengan 2 orang kawan redah Bukit Gasing. Memang tak pernah jejak bukit ni, walaupun tak sampai setengah jam dah sampai kalau bertolak dari rumah.

Nak panaskan badan, exercise untuk bakar lemak berlebihan memang sesuaila kesini. Ramai orang pulak tu.

Aku pegi semalam, jam 9 pagi naik, turun dalam jam 12tengahari. Main redah je. Aku ingatkan ada satu trek, satu jalan. Banyak jalan rupanya..


Sepanjang hiking, redup sebab banyak pokok-pokok. So tak risau panas kalau pegi lewat sikit pun. Tak macam broga. Atas tu panas sangat. huhu



Redup kan? So nak pegi tengahari pun takde hal kot :p

1st aku naik, aku pegi area Pencawang. Tanya orang yang hiking dekat situ, pencawang tu salah satu puncak Bukit Gasing. Takde view pun. Ketinggian dalam 190meter.

Lepas sampai situ, aku turun, pegi puncak menara kawalan pulak. Ketinggian dalam 160meter.



Kat sini panas. So kejap je lepak. Lagipun ramai lepak situ. haha


Then seterusnya, kitorang plan nak turun. Jalan punya jalan, sampai kitorang terlepas ke Taman Rimba, Pantai Dalam KL. Baru aku tau Taman Rimba ni sebelah dengan Bukit Gasing jer. So, terpaksa la naik balik sebab kitorang parking dekat perumahan enterance Bukit Gasing. 

Bukit Gasing ni memang banyak dia punya laluan. Kalau kita tak tahu, memang satu bukit la kita tawaf. Haha. Nak turun tapi, tersinggah dekat jambatan gantung pulak. Ngeee...

Tadaaa...!


Nak jalan atas jambatan ni, kena jaga jarak. 5 meter katanya.. Ada tulis dekat papan tanda tu.. Lepas je dari jambatan gantung.. Trek agak mental sikit hahaa.. Tu dia,


Boleh tahan hahhaa.! Biasala kalau dah hiking, kena la hadapkan? :) Lepas naik tangga tinggi tadi tu, lepak dekat atas tu, maybe puncak lepas tangga tu. Ketinggian 172m.



View lepas harungi tangga tinggi huhu


Jam pun dah hampir pukul 12 tengahari. So decide turun.


Akhirnya turun jugak..... :D Jadila progress aku semalam dapat bakar sikit..


So, sape yang tak pernah pergi dan nak try pergi. Korang boleh waze je "Bukit Gasing, Petaling Jaya" atau taip Jalan Tanjong 54, Bukit Gasing. InshaAllah boleh sampai. Enterance dia kawasan perumahan,

P/S: Time pegi haritu, sebelum parking. Ternampak MPPJ tengah saman orang yang parking tepi jalan. So berhati-hatila.. Aku haritu parking jauh sikit dari pintu masuk ke Bukit Gasing tu. haaaa

OkBai,
ASTraveler

9 comments

  1. Replies
    1. hahaha bolela kalau free.. lama dah xhiking. :)

      Delete
  2. Kena bayar ke masuk sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bayar. Free je :) cuma parking kena pandai cari. Nti silap ari bulan kena saman dgn MPPJ huhu

      Delete
  3. nak tanye, trek die mmg naik tangga je ke? ingat nak naik tapi tak minat sket mendaki tangga, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdela bertangga sgt. Ada part² dia, kena redah tangga hahaha

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekejap je, huhu xsure paling laju bape min.. sbb haritu mmg santai habis..

      Delete
    2. dah bape kali tawaf haritu... dari jam 9pg+ sampai dkt pukul 1pm..

      Delete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.