Panjat Signboard Ipoh

Tuesday, January 3, 2017


Assalam,

Tetiba je rasa nak tulis pasal isu "Remaja Panjat Signboard Ipoh"

Korang agak-agak, ini contoh terbaik ke untuk dunia outdoor?

Bagi pendapat akula,

Ini contoh yang kurang baik.

Sebab apa?

1. Langsung takde pakai apa-apa alat keselamatan.
2. Ceroboh kawasan larangan, papan tanda milik Majlis Bandaraya Ipoh.

Aku tahu korang hebat, berani panjat signboard yang agak tinggi tanpa alat keselamatan. Siap gantung hammock atas tu. Terbaik! Tapi silap korangla, panjat ditempat yang kurang sesuai. Tempat larangan. Maksud aku menceroboh..

Kalau dibenarkan oleh pihak MBI (Majlis Bandaraya Ipoh), aku rasa takde masalah kot.

Macam dunia outdoor lah. Kalau nak naik gunung mana-mana pun, kena ada permit dan pastilah pihak terbabit mengutamakan aspek keselamatan kan?

Then lagi satu contoh, musim hujan. Ada sesetengah gunung, pihak yang bertanggungjawab akan tutup trek kalau gunung tu mengundang bahaya kalau naik time hujan. So, kita yang plan nak naik time tu surela batalkan hasrat dan pinda hari lain kan?

Ke ada yang tak nak dengar kata? Nak naik jugak gunung tu, walau trek tutup?

#JanganKecam ok. Tapi lau nak kecam, up to you lah. Sebab masing-masing ada pendapat yang tersendiri kan?

Paling penting sekarang ni, yang salah tetap salah.

Semoga group budak-budak tu one day dapat harumkan nama negara.. Siapa tahu kan? :)

P/S: Mak bapak korang tak marah ke, naik signboard tu? Kalau mak bapak aku dah lama kena marah. Mesti diorang akan kata, "buat apa naik signboard tu, buat kerja bod** jer..".

OKBai,
ASTraveler

4 comments

  1. Skrg dh jadi trend. Panjat crane lah, panjat pencawang TNB la, yg latest panjat signboard dekat Kuala Terengganu. Lps nie panjat KLCC pulak kot. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dibenarkan xpela.. jgn ceroboh tu.. huhu

      Delete
  2. sibuk nak panjat sana sini diorg ni.. tngga masjid xmaw panjat pulak..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak panjat xpe. tp tempat yg betul.. yg pi panjat signboard ape kejadahnyer :p

      Delete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.