Belah Gusi

Friday, January 6, 2017

Salam semua,

Dalam seumur hidup ni, korang pernah belah gusi tak? Sebab gigi geraham bongsu tumbuh senget? :p Belah gusi ni, 2 kali aku kena. Kiri kanan..! Pengalaman ngeri betul, huaaaa

1st dulu, aku tak tahu pun pasal belah gusi. Ni dah kena batang hidung sendiri, barula tahu. Kalau gigi geraham bongsu tumbuh senget sampai tolak gigi yang ada kt depan dia, memang doktor akan suruh buang gigi tu. Cara nak buang/cabut,

kena belah gusi! :O

Gini La kot contohnyer. Gigi tumbuh senget


Mula-mula nak pegi klinik, jumpa doktor gigi tu. Adui, takutnyer..

Tujuan aku pegi klinik dulu pun, mula-mula ingat nak tanya je. Kalau ada cara lain selain belah gusi.. Mana la tau ada cara lain kan? Dengan harapan tak payah susah-susah nak belah gusi..

Pegi klinik, doktor cek. Memang wajib kena belah gusi dan buang gigi tu. Sebab kalau kita biar, doktor kata akan efek pada gusi dan efek pada jiran gigi yang lain. Gusi jadi bernanah, lepas tu, gigi lain pun nanti rosak. Sebab ada jangkitan kuman kan.

Boleh tahan ke macamtu?

Kali pertama, disebabkan aku takut giler. Aku pegi private. Kos dia RM600. Buat dekat kampung. huhu. Takut nak buat dekat gov kan, baca dekat banyak forum dorg kata government buat kasar dan sakit, tu sebab bayar murah.

So, terpaksala keluar duit banyak. Konon dekat private tak sakit. huhu

Dekat private, dalam 10minit siap. Cepat doktor tu buat. Yela bayar pun mahal kan. Masa belah gusi dan cabut gigi geraham tu memang tak rasa sangat. Mungkin ubat bius dia letak banyak. Sampai rasa bibir, gusi ni rasa tebal giler..

Balik rumah, habis ubat bius. Nah amik, rasa dia sakit giler. Nangis!

Seminggu jugak aku dok umah.. huhu

Kali kedua, setahun++ kemudian. Gigi sebelah lagi pulak kena, adui..


Benda yang paling aku taknaklah selalunya terjadi.. Terpaksa hadapla nampaknya. Sebab simptom dia sama je macam sebelum ni..

Tapi kali ni, pegi government.

Memang beza, dulu masa buat private dalam masa 10minit siap. Tapi masa buat dekat government, agak-agak dalam sejam jugak. Tapi bayaran dia sangatla murah. RM1 daftar. Lepas tu bayar kos belah gusi tu RM50.

Cuma lama, dan ada kesilapan sikit. Masa doc nak cabut gigi tu, ada serpihan sikit tinggal. Aku dah risau. huhu..Takkan kena belah lagi kan? huhu. Doc tu ukur gigi yang tertinggal dekat gusi tu. Kurang dari 3mm kot.

Dia kata kalau kurang dari 3mm mcmtu..Xperlu buat apa-apa dah. OK. Nasib baik. Kalau lebih 3mm (lebih kurangla aku pun tak igt) memang kena cabut jugak kata doktor. huhu..

Lepas habis ubat bius, macam biasala meraung!

Tu la dia pengalaman belah gusi..Gigi aku tak pandai nak tumbuh elok. Menyenget lak dia huhu..

Pada yang memang kena belah gusi tu..Memang kena buat.. Tak boleh lari dari kenyataan dah hahhaa..Cuma, pilihla nak buat dekat Gov atau Private. Kalau private sekarang tak tahu la, berapa dah kos dia. Sebab yang aku buat dulu tu, takde GST lagi masa tu.

Tapi mana-mana korang buat pun, lepas ubat bius sakit dia sama je. Memang tak boleh nak lari.. hahhaa!

OkBai,
ASTraveler

2 comments

  1. Gigi bongsu kalau nk tumbuh mmg sakit. Dia tumbuh sikit2. Tue yg perit. Sis nie dah bertahun baru half keluar. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. okla tu. nasib baik xtumbuh senget.. kan kan? kalau senget xpasal2 kena belah gusi huhu

      Delete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.